Tuesday, June 30, 2009

Opera House dan MJ





Salam.

Kenangan lama menerjah semula di ingatan.

Sedang memancing di tepi kawasan teluk di Sydney Harbour Bridge...... 24 tahun dulu.

Hari sabtu, bila tak da kuliah, penulis sering ke sini bersama kwn-kwn yg lain.

Melepaskan lelah dan penat, santai minda.

Kagum tengok Harbour Bridge dan Opera House bersebelahannya.

Tetapi lagi kagum tengok peniaga-peniaga yg sedang ligat menjual CD MJackson dgn harga yg berpatutan. Semacam ribut yg melanda kampung, semua pakat kelam kabut nak memiliki CD MJ.

Harap-harap, di celah keghairahan ini, mereka tidak lupakan kematian, yg datang tanpa diundang, walaupun tiket untuk konsert di London dah sold out!

Kullu nafsin za iqotulmaut.......................

Friday, June 26, 2009

U got nothing!



Salam.

Dari Ibrahim bin Abdul Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdul Rahman bin 'Auf r.h., telah diberi makanan kpdnya, sedangkan ia berpuasa, lalu ia berkata:

`Mus'ab bin 'Umair r.h. telah terbunuh (syahid dalam Uhud), sedangkan ia lebih baik dpd aku. Tidak ada sesuatu untuk mengkafankannya kecuali sehelai burdah. Apabila ditutupi kepala, nampak kakinya, dan apabila ditutup kaki, nampak kepalanya. Sedangkan kita diberi rezeki yg banyak oleh ALLAH (atau ia berkata): ' Kita diberi rezeki di dunia sebagaimana yg kita terima hari ini. Sesungguhnya kita takut kebaikan kita disegerakan di dunia. Kemudian Abdul Rahman bin 'Auf menangis hingga meninggalkan makanan tersebut.'
AL-BUKHARI

Berapa ramai di antara kita yg boleh berfikir spt Abdul Rahman bin 'Auf r.h., yg bimbang kesenangan hanya dapat di dunia ini sahaja, sedangkan di akhirat tidak ada bahagian untuknya.

ALLAH memberi amaran (mafhum):
`........Dalam pd itu ada antara manusia yg (berdoa) dgn berkata: 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia.' (Org-org itu diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.'
AL-BAQARAH: 200

Ya ALLAH! Kurnikan kpd kami kebaikan didunia dan kesenangan di akhirat..........

Sunday, June 21, 2009

Safety bro!


Salam.

Baru sampai di rumah dari Ipoh.

Musafir bermula hari jumaat lepas, 19 Jun, bermula dari Pendang - Langkawi- Ipoh- S.Petani.

Gambar di atas dirakam dalam perjalanan ke jeti Kuala Kedah, Jumaat lepas, setelah selesai kuliah dhuha di Pendang, untuk ke destinasi ke Langkawi.

Dalam bab pakai topi keledar ni, kalau nak kira hukum, ia dipanggil Hukum Ta'zir.

Hukum Ta'zir adalah hukuman yg bersifat pengajaran terhadap pelbagai kesalahan yg tidak dihukum di dalam hukum hudud.

Hukum ini diserahkan kpd penguasa (pemerintah) yg mempunyai hak untuk menetapkan hukuman ta'zir kpd pesalah yg hukumannya tidak terdapat di dalam Al-Quran.

Hukum Ta'zir ini bertujuan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara tertib dan teratur.

Antara bentuk hukumannya adalah dikenakan denda atau dipenjara.

Mamat yg bawak ayam di atas tu, nak bayar denda ke, atau nak rasa duduk di rumah batu, tapi free?

Thursday, June 18, 2009

Sekadar peringatan



Salam.

Dari Nu'im b. Mujmir r.h., aku mendengar Rasulullah saw bersabda (mafhum):

`Sesungguhnya umatku akan dipanggil pd hari qiyamat nanti dgn " Ghurran Muhajjilin" kerana bekas wudhuknya yg bercahaya..............'
(AL-BUKHARI)

GHURRAN - Warna putih di kening kuda

MUHAJJILIN - Warna putih di pergelangan kaki kuda.

Sempurnakan wuduk, jgn membazir air, ratakan basuhan, lebihkan dari sempadan anggota wudhuk dan makruh melebihi 3 kali basuhan.

InsyaALLAH, terasa ni'matnya bersolat.

Tuesday, June 16, 2009

Da'wah di balik tembok



Salam.

Mafhum dpd firman ALLAH swt:

`Wahai sahabatku berdua yg sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang Tuhan yg bercerai-berai itukah yg lebih baik, atau menyembah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Berkuasa?.'
YUSUF: 39

Kesempitan ruang bilik penjara, bagaikan istana bagi Yusuf a.s., kerana yg sempit bilik sel itu, bukan jiwanya.

Jiwanya tenang dan bahagia, bersih dan suci.

Dia dikhianati, angkara konspirasi pihak istana. Angkara si Zulaikha, isteri penguasa, yg memendam rasa kpd Yusuf a.s. berpuluh tahun lamanya.

Konspirasinya terbongkar. Dia cepat menukar plot cerita dan peristiwa. Seluruh jari menuding ke arah Yusuf a.s.

Penjarakan dia! Yusuf a.s. menjawab: `Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kpd penjara dari apa yg wanita2 itu ajak aku kpdnya.....'

Di penjara itu, Yusuf a.s. menyampaikan mesej ketuhanan. ALLAH yg Esa mesti disembah.

Yang di dakwah itu telah sah kejahatan mereka oleh si penguasa, sedangkan Yusuf a.s. mangsa keadaan untuk menutup kejelikan istana.

Hampir 7 tahun Yusuf a.s. merengkok tanpa kesalahan yg dapat dibuktikan penguasa.

Namun, di balik tembok itulah, bergemanya risalah tauhid!

Da'wah ada di mana-mana. Kata Rasul saw - 'Sampaikan dpdku walau pun satu ayat......'

Saturday, June 13, 2009

Double F


Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dan janganlah bersumpah org-org yg mempunyai kelebihan harta dan kekayaan di antara kamu, bahawa mereka tidak akan memberikan kekayaan mereka itu kpd kaum kerabatnya, org-org miskin dan yg berhijrah di jalan ALLAH. Malahan mereka hendaklah memaafkan dan mengampunkan (melupakan). Tidakkah kamu suka sekiranya ALLAH mengampuni dosa kamu , sedangkan ALLAH Pengampun lagi Penyayang.'
AN-NUR: 22

Sebab turun ayat:

Ayat ini diturunkan dan ditujukan kpd Abi Bakr r.h.

Ia telah bersumpah untuk tidak lagi memberikan sokongan nafkah bagi perbelanjaan sepupunya yg miskin, yg ditanggung makan minumnya yg bernama Mastoh bin Uthathah, kerana Mastoh telah terlibat secara langsung dalam peristiwa Hadithul Ifki (berita palsu), yakni fitnah yg menuduh Saidatina A'isyah r.h. telah melakukan zina.

Perbuatan Abi Bakr ini telah ditegur ALLAH SWT.

Rasulullah saw datang mendapatkan Abi Bakr, memujuknya supaya memaafkan dan melupakan kesalahan Mastoh, dan meneruskan kembali bantuannya kpd Mastoh.

Mendengar ayat ini dibacakan Rasulullah saw kpdnya, ia berkata: `Bahkan! Sememangnya saya suka ALLAH mengampunkan saya.'

Akhirnya, ia meneruskan bantuannya semula kpd Mastoh.

Inilah tuntutan Islam, namun payah untuk mengerjakannya.

Double F - Forgive and Forget!


Wednesday, June 10, 2009

Spesis babi


Sudah la makan babi, bagi pulak pembantu rumah dia, Siti Hajar, makan babi.

Mmg babi punya manusia!

Jiwa dia, hati perut dia, pemikiran dia- semuanya spesis babi!

Tuesday, June 9, 2009

Al-Gharur- Si syaitan licik



Salam.

Berbahas sudah.

Pembentangan usul-usul pun dah selesai.

Muktamar pun dah menutup tirai.

Perwakilan pulang ke kawasan masing-masing, menggalas visi dan misi, memikul amanah ketuhanan yg terlalu berat.

Harap-harap, jangan kita menikam sesama sendiri.

Ketawa besar musuh.

Musuh politik, dan yg paling jahat- Syaitan. Dia akan cari jalan memisahkan kasih sayang kita dalam berjamaah. Dia akan berusaha melaga2kan kita. Dia akan membuat setengah dari kita menjadi gila- enggan lagi patuh kpd ketua, sedangkan berpuluh tahun kita telah diusrahkan supaya taat kpd ketua selagi tidak bercanggah dgn arahan ALLAH dan RasulNya.

Ingat! Rasulullah saw itu seorang yg berlapang dada dalam perkara yg tidak ada padanya arahan dari ALLAH.

Rasulullah saw terima cadangan menggali parit dari Salman r.h., yg lebih junior keislamannya dari sahabat yg lain.

Rasulullah saw terima pandangan majoriti sahabat yg mahu keluar ke Uhud menghadapi musuh, dpd bertahan di dalam kota Madinah, walaupun Rasulullah saw berpendapat lebih elok bertahan di dalam Madinah.

Bawa bertenang, kerana jalan perbincangan dan melontarkan pandangan sentiasa terbuka buat kita.

Yang penting- Jangan gadaikan prinsip perjuangan, kerana kita semakin hampir menguburkan syaitan-syaitan manusia ini!

Monday, June 8, 2009

Fikirkan...........



salam.

KERAJAAN PERPADUAN?

Sunday, June 7, 2009

Bai'atul Aqabah yg Kedua- Perkara kedua


Salam.

TGNA infaqkan wang ringgitnya untuk perjuangan Islam sebanyak RM16,500.

Ada org kata, dia boleh la infaq sebanyak itu sbb dah berapa tahun dia jadi MB Kelantan, dan berapa pulak gaji seorang MB, tak termasuk elaun2 yg lain.

Ketahuilah, sesungguhnya arahan menginfaqkan harta benda di jalan ALLAH adalah terpikul atas semua- Kaya miskin, susah dan senang.

Imbau balik isi kandung perjanjian Aqabah yg Kedua, yg berlaku di antara Rasulullah saw dan 72 org Ansar r.h.m. di Mina, setahun sebelum hijrah.

Apa kata Rasulullah saw pd isi bai'ah yg kedua - `Di atas dasar bernafqah (bersedia untuk berbelanja- untuk Islam) di masa susah dan senang.'

Org berada infaq cara senangnya, org tak berapa ada duit, infaq cara tak berapa ada itu lah.

Ada sahabat yg infaq di jalan ALLAH separuh dpd kebun tamarnya, iaitulah Ka'ab bin Malik r.h., dan ada sahabat yg infaq di jalan ALLAH, beberapa tangkai buah tamar! Namun, semuanya dgn misi yg satu- Mahu melihat Islam di daulatkan selayaknya melalui harta yg diinfaqkan.

Ingat! Rasul yg mulia, saw, ada menegaskan - `Takutlah (peliharalah) dirimu dari api neraka, walau bersedeqah dgn hanya sebiji buah tamar.'

ALLAH berfirman (mafum):
`Sesungguhnya org-org yg sebenar2nya beriman hanyalah org2 yg percaya kpd ALLAH dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dgn harta benda dan jiwa mereka pd jalan ALLAH; mereka itulah org-org yg benar (pengakuan imannya).
AL-HUJURAT: 15

Friday, June 5, 2009

1st Law Of Motion



Salam

Teori undang2 pergerakan pertama Newton (1st Law Of Motion) berbunyi:

AN OBJECT AT REST WILL REMAIN AT REST, UNLESS ACTED ON BY AN UNBALANCED FORCE.

Terjemah - Sesuatu objek yg pegun (tidak bergerak) akan kekal pd kedudukan pegunnya, sehinggalah ada daya luaran yg tidak seimbang yg bertindak ke atasnya.

Inilah keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, K.Terengganu.

Ayuh! Cari siapa yg bertanggungjawab. Seret mereka ke muka pengadilan. Duit rakyat bukan boleh buat mcm harta bapak mereka! RM292J.

SPRM- Tunggu apa lagi! Nilai harga stadium ni tak sama dgn kes lembu korban di Selangor. Tak percaya pergi tanya Dr Khir Toyo.

Thursday, June 4, 2009

Saintis mana nak kira ni?



Salam.

Di antara ribuan teori dalam ilmu Fizik ialah:

v=d/t

v= velocity - Halaju
d= distance - Jarak
t=time - masa

Maknanya kita boleh mengira kelajuan sesuatu objek sekiranya kita tahu jaraknya dan masa yg diambil oleh objek itu. Begitulah sebaliknya, yakni, kita boleh mencari jarak dan mengira masa yg diambil.

Siapa boleh kira berapa jarak (distance) dalam hal ini:

Dari Abu Hurairah r.h., katanya: " Kita semua bersama Rasulullah saw, tiba-tiba terdengarlah suara benda yg jatuh dgn keras, lalu Rasulullah saw bersabda: " Adakah engkau semua mengetahui suara apakah ini?" Kita semua berkata: " ALLAH dan RasulNya yg lebih mengetahui."Rasulullah saw lalu bersabda: " Ini adalah batu yg dilemparkan ke dalam neraka sejak 70 tahun yg lalu, dan kini sudah sampai di dasar neraka itu. Maka dari itu engkau semua dapat mendengarkan suara jatuhnya."
(Muslim)

Berdasarkan formula halaju di atas, sila kira berapa jarak (kedalaman) antara tebing neraka dan dasar neraka itu.

Selamatkan kami dari nerakaMu Ya ALLAH!

Wednesday, June 3, 2009

Tanda yg jelas






Salam.

Bagaimana mahu dibayangkan akan kedasyatan hari qiamat?

ALLAH berfirman (mafhum):
`Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur'
AT-TAKWIR: 6

Hasil pemanasan global, ketulan ais (iceberg) di Kutub Utara semakin mencair, sekaligus menambah isipadu air laut.

Tanda-tandanya semakin jelas..........

Fastabiqul khairat!

Monday, June 1, 2009

Hukum pancung dalam Islam





Main tarik2 je..........

Bersepai.........


Salam.

Di dalam Islam, hukum bunuh itu adalah hukum pancung.

Hukuman itu hendaklah disaksikan org ramai, supaya terbit kegerunan di hati masing2 untuk tidak melakukan kesalahan dosa itu.

Kalau ada rezeki dlm musim haji dan umrah, boleh menyaksikan hukuman pancung di khalayak ramai, terutama di Madinah, di hadapan perkuburan Baqi'.

Kalau di Jeddah, di Masjid Qisas, selepas solat jumaat, kalau ada rezeki boleh menyaksikannya.

Itulah hukum ALLAH dan RasulNya.

Sunday, May 31, 2009

Sejarah tercipta di Masjid Batu, Permatang Pauh.

Cikgu Azizi Abdullah memulakan bicara pembuka kata


Membahaskan kisah Ka'ab bin Malik r.h. selepas teater
Sebahagian hadirin di dalam masjid




`Ka'ab' merayu dan merintih......

Terbaring lesu- menunggu kata dari Tuhan!

Bersyukur- Taubat 'Ka'ab' diterima ALLAH

Penulis bersama Sabri Yunus (Watak Ka'ab bin Malik)

Menjamu selera selepas persembahan. Sabri Yunus bersama Hj Azizi Abdullah.

Salam.

Alhamdulillah, seperti yg dirancang, program teater Menunggu Kata Dari Tuhan, biiznillah, berjaya dipersembahkan di dalam Masjid Batu, Permatang Pauh, SPtengah.

Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:
1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka'ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka'ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka'ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka'ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!'

Kata Ka'ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?'

Ka'ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka'ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi........ Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka'ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau! Kata Ibn Taimiyyah r.h.m - Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Atas penerimaan taubat itu, Ka'ab r.h. menginfaqkan separuh dpd kebun tamarnya di jalan ALLAH SWT.

Moral- Jangan abaikan tugas berjihad membela Islam kerana tidak mungkin kita akan mampu menanggung kemurkaan ALLAH SWT!

Berjihadlah dgn apa saja yg kita mampu, yg penting Islam berada di persadanya.

Friday, May 29, 2009

`Menunggu Kata Dari Tuhan'

Salam.

Tak berapa nak up-date blog. Letih sangat. Kelmarin balik dari Langkawi sampai rumah agak lewat, sekitar 6 ptg.

Ditambah pula dgn feri yg sarat dgn penumpang dari Kuah ke K.Kedah. Terlupa pulak sebab kelmarin dah bermula cuti sekolah (tak berapa nak ingat sbb anak2 dah duduk U!), apa lagi, penuh la feri. Bergerak pun tak berapa laju. Mujur la alun lautan tak berapa kuat, juga ada tayangan vcd, cerita kung fu siam yg agak kelakar, tak la boring sangat.

Sampai rumah jam 6ptg, rehat sekejap, kemudian bersiap untuk kuliah maghrib di Masjid Sintuk Bugis, KKMuda.

Hari ni pulak (jumaat), jadi khatib jemputan untuk khutbah di Masjid Kepala Gajah, Simpang Ampat, SPerai Selatan. Habis khutbah, singgah di rest Mustafa di pekan Simpang Ampat. Mustafa ni satu sekolah dulu di tingkatan 4 dan 5. Last jumpa lepas result SPM keluar tahun 83. Maknanya, dah 26 tahun tak jumpa! Apa lagi, berpeluk sakan la kami berdua. Itu lah nilai persahabatan. Sambil makan, sambil menyembang kisah suka duka di asrama dulu.

Sewaktu tulis kisah ni, baru balik ceramah maghrib di surau Lembah Bujang, Merbok. Letih sungguh badan. Jumpa esok, InsyaALLAH.

Esok ada teater hadith selepas maghrib di Masjid Batu, Permatang Pauh, PP.

Dinsman dan Sabri Yunus akan mengendalikannya. Buat dalam masjid, bukan dalam dewan. Teater hadith dgn tajuk-` Menunggu Kata Dari Tuhan', ttg kisah Ka'ab bin Malik r.h. yg dpulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana tidak menyertai perang Tabuk.

Aku diberi penghormatan oleh pihak masjid untuk mengulas hadith itu selepas saja tamat persembahan teater. Tunggu cerita selanjutnya.........

Monday, May 25, 2009

Mandi sungguh!



Salam.

Nasi kambing mandi terbesar di dunia.

Jangan jadi kambing sudah la!

Agullak ya syeikh!

Kena samak

Salam.

Nak bertanding juga di DUN Manik Urai? Inilah yg UBN akan dapat kalau bertanding juga.

Simpan aje la duit, kata tak nak membazir dlm praya kecil.

Si jersi BIRU tu sah muka dia kena samak dgn air 7 lautan!

Sepatutnya yg berjersi no 2 tu, seluar dia warna HIJAU. Baru real punya........

Saturday, May 23, 2009

Jangan lupa do'a


Salam.

Nabi Zakaria a.s. tak pernah putus dan berhenti berdo'a kpd ALLAH. Firman ALLAH SWT:
` Ia merayu dgn berkata: `Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban di kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku- tidak pernah merasa hampa dgn do'a permohonanku kpdMu.'
Maryam: 4

Jangan malas nak berdo'a.

Nabi Yunus a.s. berdo'a dalam kegelapan perut ikan.

Nabi Ibrahim a.s. berdo'a di lembah Makkah yg kering- kontang.

Nabi Ya'kob a.s. berdo'a sehingga hampir buta, memohon supaya Yusuf a.s. dikembalikan.

Nabi Ayyub a.s. berdo'a dalam menanggung kesakitan di tubuh, mohon disembuhkan ALLAH.

Nabi Musa a.s. berdo'a dlm menghadapi kerenah Bani Israel.

Rasulullah saw berdo'a di Jabal Thur, dlm suasana gua yg sempit, memohon dihindar dr perancangan khianat si Abu Jahal.

Berdo'a dan terus berdo'a........ untuk apa saja. Malu la kalau Rasul2 adalah manusia yg tak pernah putus berdo'a, tiba2 kita merasakan tidak perlu merayu merintih kpd ALLAH dalam do'a.

Jgn lupa do'a untuk kesejahteraan politik di Perak.

Kata Ibn Taimiyyah- ALLAH itu tidak pekak, bisu dan buta!

Thursday, May 21, 2009

Cermin Hidup


Salam.

Ini dipanggil CERMIN MATI. Apa yg kita lakukan akan diikut sama di dalam cermin itu. Cuma terbalik aje. Kalau kita angkat tangan kanan, dalam cermin jadi tgn kiri la.

Dalam hidup ni, kita perlukan CERMIN HIDUP. Cermin yg scan kita luar dan dalam.

Cermin hidup itu akan lihat kelemahan kita, kesalahan kita, lalu ditegurnya dgn ikhlas.

Kalau dia nampak sifat mazmumah ada kat kita, dibimbingya kita supaya kita memiliki sifat mahmudah.

Cermin hidup itu boleh jadi Isteri kita, atau suami kita, atau kawan pejabat kita, atau mungkin jiran-jiran kita. Boleh jadi juga rakan berjuang dalam politik, kerana maklum la org politik kadang2 cepat hilang pertimbangan. Mengaku berjuang Islam, solat subuh pun 6.50am!

Ia tak perlu banyak. Cukup seorang, tapi ikhlas, dan tegurannya kerana ALLAH SWT.