Saturday, October 31, 2009

Matikan hujjah musuh


Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad saw) tentang orang yg berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana ALLAH memberi orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: `Tuhanku ialah Yang Menghidup dan Yang Mematikan.' Ia menjawab: `Aku juga boleh menghidup dan mematikan.' Nabi Ibrahim berkata lagi:` Sesungguhnya ALLAH menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkan ia dari barat.' Maka tercenganglah orang yg kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), ALLAH tidak akan memberikan petunjuk kpd kaum yg zolim.'
AL-BAQARAH: 258

Antara skil dalam berda'wah ialah:

Berda'wah sambil mematikan hujjah musuh.

Bila dah takda hujjah dia melawan juga, maka layaklah dia di salai di dalam neraka!









Tuesday, October 27, 2009

Ramai yang terlepas pandang



Salam.

Dari Salamah bin Al-Akwa' r.h., bahawasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah saw, dgn menggunakan tangan kirinya lalu Rasulullah saw bersabda: 'Makanlah dgn menggunakan tangan kananmu.' Orang itu berkata: ' Saya tidak dapat makan yg sedemikian itu.' Rasulullah bersabda: ' Tidak dapat engkau?' Ia berbuat sedemikian itu, tidak ada yg mendorongnya, melainkan kesombongannya jua. Salamah berkata: ' Orang itu akhirnya benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya,' yakni, tangannya terus cacat untuk selama-lamanya, sebab tidak dapat digunakan untuk apa-apa lagi.
MUSLIM

Saturday, October 24, 2009

Supernova



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`...................dan Kami turunkan besi, di dalamnya ada kekuatan yg besar dan berbagai menafaat untuk manusia..............'
AL-HADID: 25

Besi asalnya berada di dalam bintang-bintang dalam sistem cakerawala.

Oleh kerana suhunya yang terlalu tinggi, maka bintang-bintang tidak mampu menanggungnya lagi, maka berlakulah letupan yg dipanggil dgn istilah NOVA atau SUPERNOVA.

Meteor yang mengandungi besi jatuh ke bumi.

Semuanya untuk manusia, khalifah yang dicipta ALLAH di bumi.

Manusia sering lupa diri, sedangkan ni'mat datang silih berganti.

Friday, October 23, 2009

3 Kegelapan



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`..................... Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian, dalam 3 SUASANA KEGELAPAN........'
AZ-ZUMAR: 6

3 Tahap kegelapan:

1. PRE-EMBRIONIK - 2 1/2 Minggu pertama, membenamkan diri pada dinding rahim.

2. EMBRIONIK - 5 1/2 Minggu - Embrio - Organ dan sistem tubuh terbentuk.

3. FETUS - 8 Bulan sehingga dilahirkan.

Tak da siapa boleh mencabar keagungan mu'jizat Al-Quran, melainkan mereka yg telah mewaqafkan dirinya untuk ke neraka!

Thursday, October 22, 2009

Modenisma yg melingkupkan



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dialah yg menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya , serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan ALLAH; dan (ingatlah), kpd ALLAH jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah ni'matNya dan takutilah kemurkaanNya).'
AL-MULK: 15

MODENISMA di barat digerakkan oleh falsafah enlightment-humanism (pencerahan manusia/ pembebasan manusia) dari tradisi.

3 asas utama modenisma:

1. Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya - ATHEISM, AGNOTISM

2. Alam semesta wujud secara mekanistik mengikut hukumnya yang tersendiri - IMMANENTISME

3. Aqal rasional dan pancaindera mampu memahami fenomena alam dengan sendiri - RASIONALISM

Perkara 1 - Menidakkan ALLAH sebagai pencipta.
- Manusia bebas buat apa saja, tanpa ada rasa pengawasan dari ALLAH
- Dunia hancur dgn manusia sebegini

Perkara 2 - Sains yg menolak kewujudan ALLAH
- End of this universe - apabila kuasa graviti yg mengikat sistem cakerawala menjadi lemah - Kefahaman ttg qiamat yg menolak ALLAH

Perkara 3 - Musibah, amaran ALLAH spt banjir, gempa, taufan dsb hanyalah fenomena alam. Tiada sebab2 kedurhakaan manusia terhadap ALLAH SWT.

Na'uzubillahi min zalik.

Sesungguhnya barat maju tanpa aqidah.

Wednesday, October 21, 2009

Dajjal sebelum Dajjal



Salam.

13 Apr 1909 - Tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari tampuk pemerintahan Kerajaan Ottomaniyah Turki, melalui konspirasi jahat pihak musuh.

Beliau pernah menegur Ataturk dgn katanya:

'Tidak ada kebaikan yg boleh aku harapkan dpd golongan yg mengabaikan solat.'

Melabel Ataturk sebagai 'Dajjal dan pembinasa agama.'

Golongan pembinasa agama itu akan terus lahir dan terus lahir......... menyambung nafas keji si Ataturk, dgn memahami Islam mengikut selera mereka, bukan mengikut acuan yg ditinggalkan Rasul saw.

Mereka akan memudah-mudahkan Islam.

Merekalah Dajjal sebelum Dajjal!

Firman ALLAH (mafhum):

`Kemudian mereka digantikan oleh keturunan -keturunan yg mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dgn melakukan ma'siat); maka mereka akan menghadapi azab (di dalam neraka).'
MARYAM: 59

Friday, October 16, 2009

Ini Negara Demokrasi

Salam.

Beberapa tahun dulu, gegak gempita Dewan Merdeka di PWTC agar diluluskan cadangan menukar logo Petronas kerana katanya mirip logo lambang PAS.

Hari ni, gegak gempita lagi tentang cerita Petronas.

Wakil UMNO Kedah mintak PM jenguk2 la petronas, sbb katanya banyak geng pembangkang di dalamnya.

Wakil UMNO Wilayah cadangkan supaya dilakukan pemutihan terhadap Petronas, supaya menyokong UMNO 100%!

Malaysia ni kan Negara Demokrasi, suka hati la siapa yg kita nak sokong.

Nak masuk Parti mana pun, masuk la. Semuanya berdaftar di bawah ROS.

Apa masalahnya bila ada yg sokong lain dari UMNO?

Minyak di stesyen pam Petronas setakat ni tak da masalah dalam melayani kehendak pengguna. Maknanya, bermula dari pekerja-pekerja di pelantar-pelantar minyak di tengah laut, sehinggalah kpd jurutera-jurutera petronas, sampailah kpd staf-staf di pejabat, semuanya menjalankan tugas mereka dgn baik. Yang masalahnya ialah harga minyak yg naik! Membebankan.

Tambahan pula, mereka adalah golongan yg cerdik, yg dapat bezakan hak dan batil, bukan macam setengah dari masyarakat kita yg berqiblatkan kain pelikat dan gula sekilo! SRP pun ambil 7 kali, menyamai 7 petala langit, tak lulus-lulus juga. Baca NST pun terbalik!

Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar! Hampeh!

Opppps! Satu lagi - Ketua UMNO Tasik Gelugor cadang ditubuhkan Dewan Ulama UMNO, termasuklah mencadangkan penubuhan TV UMNO.

Bersediakah Hamid Othman dan rakan-rakan yg sewaktu dgnnya?

Wan Mokhtar boleh kut..................

Harap-harap tak batal lagi la kalau PAS ajak muzakarah.

Thursday, October 15, 2009

Ubat punggung


Salam.

Ada ubat punggung tak di klinik-klinik atau farmasi?

Kalau ada, tolong beli dan sedeqahkan kat mereka sorang satu. Punggung mereka sedang sakit tenat.

Auuuuuw!

Wednesday, October 14, 2009

Cinta yang wajib dicari

Kalau berada dalam bas dari Jeddah ke Madinah, sampai saja di pinggir Madinah, nampak saja kubah hijau dari dalam bas, pasti mengalir air mata, kerana di bawah kubah hijau inilah Rasul yg mulia.........

Suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi

Salam.

Cinta itu terbahagi ia kpd 2 bahagian.

1. CINTA YG TAK PAYAH DIPELAJARI - spt cinta pd diri sendiri, kalau sakit, makanlah ubat. Atau cinta kpd kedua ibu bapa. Secara sendirinya, perasaan ini tak payah diajar, hatta binatang pun sayang pd anak-anaknya.

2. CINTA YG MESTI DICARI, DIPELAJARI- iaitulah cinta kpd Rasulullah saw. Ia tidak datang dgn sendiri. Mesti belajar kehidupan Rasulullah saw, pahit maung, sakit getirnya dalam membawa risalah, sudah pasti menerbitkan rasa rindu dan kasih kpdnya.

Rasul yg mulia, saw, ada bersabda (mafhum):

`Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yg dikasihi olehnya lebih dpd ibu bapanya, anak-pinaknya dan manusia seluruhnya.'
(SYAIKHAN)

Jangan ulang cinta si Abu Talib!

Monday, October 12, 2009

Solve this equation


Salam.

Subject: Add Maths 1 Malaysia (Paper 1)

Solve this equation:

Given x= Bagan Pinang

y= nilai rasuah

By taking the value of Pie is 3.142, find Isa Samad in UP (Undi Pos). (10 marks)

Bisa bingung



Salam.

Masih tak ku temui jawapannya.

Kaki rasuah yg pernah dikenakan tindakan boleh menang................

Bisa bingung memikirkannya!

Saturday, October 10, 2009

Memang panas pun

Grand Final Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2009 di UKM

Salam.

Memang panas pun!

Dunia zaman sekarang. Prinsipnya- `Apa org lelaki buat, perempuan pun boleh juga'

Islam tak pernah menghalang kegiatan bersukan. Menunggang kuda, memanah dan berenang adalah di antara perkara yg dinyatakan di dalam hadith Rasul yg mulia.

Dalam Islam, ada jenis sukan yg org perempuan ditegah menyertainya, demi menjaga maruah dan harga diri wanita, seperti bina badan, angkat berat, tinju dsb.

Bersukan di dalam Islam tidak sampai menggadaikan prinsip-prinsip asas spt menutup aurat. Riadhah dan hukum tidak boleh dipisahkan.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);...................'
AL-AHZAB: 59

Agak-agaknya, abang-abang yg dibelakang tu, mata tgh concentrate kat mana agaknya?

Pinjam kata-kata Nabil - Aaa lu pikir la sendiri!



Thursday, October 8, 2009

Hari itu akan sampai jua!



Salam.

Begitulah keadaannya di akhir zaman.

Sakitnya menyampaikan risalah Islam.

Pedihnya mempertahankan kebenaran.

Ramai yg menentang dari yg menerima.

Walau dimaki, walau disakiti, genggamlah ia, laksana mengenggam bara api.

Syurga menanti, kekal abadi, meraih ni'mat yg tak bertepi.

ALLAH SWT memberi peringatan:

`Allah berfirman: ' Inilah hari (qiamat) yg (padanya) orang-orang yg benar (pd tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa'at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.'
AL-MAIDAH: 119

Hari itu pasti akan sampai jua!

Tuesday, October 6, 2009

Rasul mencintainya

Bukit Uhud



Gua tempat Rasulullah saw dirawat ketika luka dalam Perang Uhud



Umrah 07

Syawal yg berbaki............
Jangan kau lupa Uhud

Uhud...................
Menjadi saksi bagi segalanya
Ketaatan sahabat
Kealpaan sebahagiannya, mengundang duka
Dunia terbentang di hadapan, secara tiba-tiba
Harta dunia menggelapkan mata.....................

Uhud.....................
Menanggalkan keimanan milik si munafiq
1,000 tentera, berbaki 700!
Hasutan, pujukan dan rayuan, si syaitan Abdullah bin Ubbay
Si kepala munafiq, penghuni kerak api neraka

Uhud..................
Si Singa ALLAH, menunaikan janjinya
Dirobek dada, terburai perutnya
Dinobat ALLAH dan RasulNya
Penghulu bagi segala syuhadak di syurga yg mulia

Uhud.................
Khabar angin ditiup musuh
Rasul yg mulia sudah tiada!
Sahabat terperanjat
Hilang semangat!
Sebahagian pulang ke Madinah
Bukan lari dari medan perjuangan!
Itu dosa besar
Bacul namanya
Semuanya kerana 'kesedihan' kerana 'kehilangan' Rasul yg mulia
Akhirnya kembali semula
Ternyata berita dusta

Uhud..................
70 sahabat menuju syurga!
Hamzah, Mus'ab dan Ibn Jahsy
Berjanji setia sehidup semati
Pertahankan ad-din yg suci

Uhud.................
Jangan lupa si Pedang ALLAH!
Kholid al-walid
Bijak melancar strategi
Tumbang pasukan pemanah
Selesai Hudaibiyah, dia pula tumbang
ke pangkuan ad-din yg suci
Perang Mu'tah menjadi saksi
Rom lari tak cukup kaki!

Uhud...........................
Mengajar kita
Kemenangan dgn susah dan payah
Tiada kemenangan percuma!
Tiada kebal bagi RasulNya
Patah gigi gerahamnya, luka pipinya
Tembus baju besinya
Pengsan ia beberapa ketika

Uhud...................
Rasul yg mulia ada bersabda:
'Inilah dia bukit, kita mencintainya, dan dia mencintai kita.'

ALLAH HU AKBAR!