Saturday, May 23, 2009

Jangan lupa do'a


Salam.

Nabi Zakaria a.s. tak pernah putus dan berhenti berdo'a kpd ALLAH. Firman ALLAH SWT:
` Ia merayu dgn berkata: `Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban di kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku- tidak pernah merasa hampa dgn do'a permohonanku kpdMu.'
Maryam: 4

Jangan malas nak berdo'a.

Nabi Yunus a.s. berdo'a dalam kegelapan perut ikan.

Nabi Ibrahim a.s. berdo'a di lembah Makkah yg kering- kontang.

Nabi Ya'kob a.s. berdo'a sehingga hampir buta, memohon supaya Yusuf a.s. dikembalikan.

Nabi Ayyub a.s. berdo'a dalam menanggung kesakitan di tubuh, mohon disembuhkan ALLAH.

Nabi Musa a.s. berdo'a dlm menghadapi kerenah Bani Israel.

Rasulullah saw berdo'a di Jabal Thur, dlm suasana gua yg sempit, memohon dihindar dr perancangan khianat si Abu Jahal.

Berdo'a dan terus berdo'a........ untuk apa saja. Malu la kalau Rasul2 adalah manusia yg tak pernah putus berdo'a, tiba2 kita merasakan tidak perlu merayu merintih kpd ALLAH dalam do'a.

Jgn lupa do'a untuk kesejahteraan politik di Perak.

Kata Ibn Taimiyyah- ALLAH itu tidak pekak, bisu dan buta!

3 comments:

citra_trindah said...

kucing ni dari rumah Ust. jugak ke?

Ainur68 said...

Allah itu kaya, takkan miskinnya Allah kalau dia beri kat kita...ye dak ustaz?

Kita orang KL said...

Sohih yg ukhti. Antara sifat ALLAH ialah Al-Ghoniyyu - MAHA KAYA. Kita ni fuqarak.....miskin sangat... Tanpa belas kasih ALLAH, entah apa la kita ni.