Thursday, March 4, 2010

Nilai kebenaran


Maksud: "Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yg mereka pura-pura adakan. (dgn sihir mereka).


"Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri; sujud,


"Sambil berkata: Kami beriman kpd Tuhan sekalian 'alam,

ASY-SYU'ARAA: 45-47

Assalamu'alaikum wrm.

Sebahagian ayat Al-Quran yg menceritakan tentang pertarungan sengit antara Musa a.s. dan ahli-ahli sihir Firaun.

ALLAH SWT tidak menyatakan tarikhnya, bila ia berlaku, hari apa dan pukul berapa. Itu tidak penting. Itu bukan kaedah AL-Quran.

Samalah tidak pentingnya membahaskan tarikh sebenar kelahiran Muhammad saw. Ada yg kata 9 R/Awwal, ada yg kata 12 R/Awwal, dan ada pandangan bahawa Rasulullah saw lahir pd bulan Ramadhan.

Juga tidak penting untuk membuang masa dalam mencari jumlah sebenar Ashabulkahf. Ada yg kata 3 orang, ada kata5, dan ada yg kata 7 bersama seekor anjing. (AL-KAHF: 22)

Al-Quran diturunkan ALLAH untuk diambil pengajaran dpdnya.

Demikianlah peristiwa di dalam ayat di atas. Yang penting ialah memahami betapa mahalnya kebenaran.

Betapa apabila kebenaran itu sudah terhidang di hadapan mata, jangan bertangguh lagi untuk bersamanya. Manusia tidak pernah tahu bila ALLAH akan memetri pintu hatinya!

Kebenaran itu apabila sudah dirasakan betul di dalam hati org yg mahu menerimanya, maka segala-galanya menjadi mudah bagi mereka.

Firaun yg dianggap 'Tuhan' oleh kaumnya, bagi ahli sihir yg mula menerima kebenaran itu, melihatnya seperti kuman yg kecil sahaja. Segala ugutan dan gertakan Firaun cair di dalam hati mereka. Tidak meremangkan bulu roma mereka walau sehelai sekalipun! Mereka berkata pula kpd Firaun : " Hukumlah apa yg engkau mahu hukum, kerana sesungguhnya engkau hanya mampu menghukum di dunia sahaja!.' (SURAH TO HA: 72)

Akhirnya, kebenaran itu menjadikan mereka golongan syuhadak. Mereka di salib di pohon kurma, dipotong kaki dan tangan mereka.

Benarlah kata Ibnu Abbas - Di pagi hari, mereka adalah ahli-ahli sihir, di sebelah petang mereka adalah syuhadak yg dimuliakan ALLAH!

Namun, ada segelintir manusia yg sudah tidak dapat melihat kebenaran itu kebenaran.

Mereka dibutakan oleh harta benda dunia dan nafsu yg jahat.

Mereka sanggup mengkhianati amanah mereka. Akhirnya, yg baik dipandang buruk, dan buruk dipandang baik dan berharga sekali.

Selamat melompat bagi sesiapa yg mahu melompat selepas ini. Elok-eloklah melakukan lompatan, nanti tersungkur jatuh, dan terus tak bangun-bangun dah.


1 comment:

Faridah Ahmad said...

salam ustaz,mereka yang selalu melompat ini sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan hak rakyat,rakyat ditipu dengan janji-janji manis.mereka hanya pentingkan wang ringgit shj,untuk membela nasib rakyat tak semestinya terletak pada parti sahaja,tetapi jika individu yang dipilih rakyat sbg wakil benar2 menjalankan tanggujawab,insyaallah,rakyat akan menghormati perjuangan individu tersebut tanpa perlu melihat parti apa yang di anggotainya.