Wednesday, June 3, 2009

Tanda yg jelas






Salam.

Bagaimana mahu dibayangkan akan kedasyatan hari qiamat?

ALLAH berfirman (mafhum):
`Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur'
AT-TAKWIR: 6

Hasil pemanasan global, ketulan ais (iceberg) di Kutub Utara semakin mencair, sekaligus menambah isipadu air laut.

Tanda-tandanya semakin jelas..........

Fastabiqul khairat!

5 comments:

Ainur68 said...

Jelas bagi yang memahami. Yang tak paham-paham tu banyaklah alasan2 dan punca2 global warming yang di beri. Anyway, would like to recommend everybody to watch "The inconvenient truth" documentary. Dua cara utk melihatnya, sama ada kita terima hakikatnya yang dunia ini sudah sampai ke penghujungnya tanpa melakukan apa2 atau berusaha untuk menghadapinya. Sesungguhnya sabda rasullulah s.a.w ,Bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beribadatlah seolah2 kamu akan mati esoknya. Wallahualam.

Ust Halim Nasir said...

Ana dah tengok dokumentari tu. Memang padat dgn fakta2 penting ttg dunia yg semakin tenat.......

citra_trindah said...

Apa pandangan Ustaz tentang pendapat yang mengatakan dunia takkan lebih daripada 1500 hijrah?

Ust Halim Nasir said...

Kalau itu dijadikan i'tiqad, maka ia adalah berdosa dan boleh membawa kpd kerosakan iman krn yg mengetahui yg ghaib hanyalah ALLAH SWT.Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Dan mereka (yg ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari qiamat) yg dijanjikan itu, jika betul kamu org2 yg benar?"
Katakanlah (wahai Muhammad saw): " Sesungguhnya 'ilmu pengetahuan (ttg masa kedatangannya) hanya ada pada sisi ALLAH, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yg terang nyata."
AL-MULK: 25-26

Sains mesti tunduk kpd wahyu, ttp inilah yg tiada dalam benak pemikiran org2 barat.
Wallah hu a'lam.

citra_trindah said...

Terima kasih Ustaz..
cerita ni sebenarnya saya dengar dalam satu program agama di Radio. Sorang Ust. tu bercerita tentang kiamat. Katanya lagi, jarak antara dunia dengan kiamat sudah terlalu dekat Uumpama waktu asar dgn maghrib je. Itu dizaman Rasulullah. Zaman sekarang lagi dekat la rasanya..