Tuesday, June 9, 2009
Al-Gharur- Si syaitan licik
Salam.
Berbahas sudah.
Pembentangan usul-usul pun dah selesai.
Muktamar pun dah menutup tirai.
Perwakilan pulang ke kawasan masing-masing, menggalas visi dan misi, memikul amanah ketuhanan yg terlalu berat.
Harap-harap, jangan kita menikam sesama sendiri.
Ketawa besar musuh.
Musuh politik, dan yg paling jahat- Syaitan. Dia akan cari jalan memisahkan kasih sayang kita dalam berjamaah. Dia akan berusaha melaga2kan kita. Dia akan membuat setengah dari kita menjadi gila- enggan lagi patuh kpd ketua, sedangkan berpuluh tahun kita telah diusrahkan supaya taat kpd ketua selagi tidak bercanggah dgn arahan ALLAH dan RasulNya.
Ingat! Rasulullah saw itu seorang yg berlapang dada dalam perkara yg tidak ada padanya arahan dari ALLAH.
Rasulullah saw terima cadangan menggali parit dari Salman r.h., yg lebih junior keislamannya dari sahabat yg lain.
Rasulullah saw terima pandangan majoriti sahabat yg mahu keluar ke Uhud menghadapi musuh, dpd bertahan di dalam kota Madinah, walaupun Rasulullah saw berpendapat lebih elok bertahan di dalam Madinah.
Bawa bertenang, kerana jalan perbincangan dan melontarkan pandangan sentiasa terbuka buat kita.
Yang penting- Jangan gadaikan prinsip perjuangan, kerana kita semakin hampir menguburkan syaitan-syaitan manusia ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ustaz check komen kat kedahlanie.. marah sungguh
Mengkritik, menyokong atau memberi komen tiada salahnya. Yang salahnya, ramai yang mula mencerca ulama'.
Saya tidak tahu siapa yang mengambil saham dengan memulakan kritikan dengan cercaan kepada para ulama'.
Mengkritik biarlah dengan adabnya. Kalau orang PAS yang berbuat demikian, jelas mereka jenis tiada tarbiyah.
Post a Comment