Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Masihi - Melihat kebesaran ALLAH


Esok 1 Jan 09.
Setakat mana masyarakat Islam Malaysia faham erti tahun baru?
Sebahagiannya faham seperti tahun2 sebelumnya mereka faham:-

Mlm ni, berkumpul di Dataran Merdeka, maghrib tak tahu, Isyak bila nak buat......

Then, countdown to 10 `10, 9, 8, 7, ......' Hurey! Dentuman bunga api, berpelukan, seronok tak ketahuan, qiyamullail tgh jalan...

Episod lama yg memualkan.

Apa dia tahun baru? Bumi melengkapkan satu pusingannya mengelilingi matahari, bermula titik pertamanya 1 Jan 08, hingga titik akhirnya 31 Dis 08.

Bumi bergerak di atas paksinya, melengkapkan satu pusingan selama 23.9 jam, menghasilkan siang dan malam- Sehari semalam.

Bumi bergerak juga keliling matahari - satu pusingan lengkap 365 hari. Terjadilah 4 musim - Gugur, Sejuk, Bunga dan Panas.

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kpdnya dan kpd bumi: `Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dgn sukarela, atau dgn paksa! Keduanya menjawab ' Kami berdua sedia menurut- patuh dgn sukarela.'
11: FUSSILAT.

So, sambut tahun baru masihi tak salah, asalkan nampak ALLAH SWT, Zat yg menggerakkan makhluk ini.

Yg salahnya, jadi berok mak yeh tiap2 tahun. Tinggal solat, maksiat, mungkar.

Selamat Tahun Baru 2009.

Ya ALLAH! Selamatkanlah umat Islam di Gaza. Hancur Yahudi!

Tuesday, December 30, 2008

Makan untuk hidup....


Kalau orang jadi macam kucing ni, amacam? Bukan mentekedarah dah ni.....

Jaga makan sikit, banyakkan sayur dan buah2an.....

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan!

Firman ALLAH (mafhum):
`.......... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula melampau-lampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yg melampaui batas.' AL-A'RAF: 31.

Berapa kerat yg nak peduli..................


Antara penegasan Timb YDP Agong dalam ucapan sambutan Ma'al Hijrah 1430H:

1. Ramai yg tidak menghormati para Ulamak.

2. Suka mengambil jalan mudah dgn mengenepikan ajaran ugama.

3. Malas berfikir dan berusaha.

4. Bermusuhan sesama umat Islam.

5. Mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal haram di dalam Islam.

Ramai yg pekak dari yg mendengarnya!

Sunday, December 28, 2008

4 Faktor .........

Ada 4 faktor yg dapat menghadirkan rasa takut kpd ALLAH SWT pd diri seseorang hamba.

1. MENZIARAHI QUBUR
-di sana terdapat anak-anak, cucu-cucu dan nenek-moyang, juga teman dan sahabat.
- pd lafaz yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah dikatakan:
`Sesungguhnya qubur dapat mengingatkan kalian pada negeri akhirat.'
(Muslim, Ahmad)

2. SELALU MENGINGATI KEMATIAN
- di pagi hari, petang, mahupun ketika berbaring di tempat tidurnya.
- Fatimah bt Malik, isteri Khalifah Umar b. Abd Aziz r.h.m. berkata: `Apabila Umar hendak berbaring ke tempat tidurnya, dia menggigil seperti burung yg kedinginan. Aku bertanya: `Wahai Umar, mengapa tuan belum tidur lagi?' Umar menjawab: ` Bagaimana mungkin saya boleh tidur, sesungguhnya katil ini telah mengingatkanku kpd qubur.'

3. SELALU MENGINGATI BAHAWA AZAB ALLAH SANGAT PEDIH
- Jika ALLAH mengazab hambaNya, DIA tidak mengasihinya sedikitpun.
- Umar Al-Khattab r.h. dalam suratnya kpd para gabenurnya, berkata:` Ketahuilah, bahawa seksa ALLAH sangat pedih, apakah kamu telah melupakannya?.'

4. SENTIASA WASPADA TERHADAP PANDANGAN ALLAH
- kata Ibnu Taimiyyah r.h.m. ` Hati adalah rumah ALLAH. Rumah ini tidak akan baik, tidak akan kukuh dan tidak akan berkata jujur kpd ALLAH, melainkan kamu memperhati dan menyedari bahawa ALLAH selalu melihatmu.

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1430H.



Menjana Ummah Gemilang


Salam Hijrah 1430H. Tema cukup cantik- `Menjana Ummah Gemilang'. Mudah-mudahan:

Gemilang dgn Iman dan Taqwa
Gemilang dgn Ilmu serta Hikmah
Gemilang dgn Membaca dan Meneliti Al-Quran
Gemilang berlandaskan Syariat
Gemilang dgn menegakkan Ibadah
Gemilang dgn Solat
Gemilang dgn Jihad dan Mujahadah
Gemilang dgn menegakkan Ihsan
Gemilang dgn menjaga Amanah
Gemilang dgn Akhlak Murni
Gemilang dgn sikap yg Positif
Gemilang dgn menegakkan Keadilan
Gemilang dgn Bersyukur
Gemilang dgn Pengurusan Masa
Gemilang dgn Berdoa

Perkenankan Ya ALLAH!

Friday, December 26, 2008

la insyakartum laazidannakum......


Alhamdulilah, ni'mat ALLAH melimpah ruah......

Sabda Rasululah saw (mafhum):`Termasuk kebahagiaan hidup seseorang manusia, ialah memperolehi isteri yg baik, kediaman yg baik dan kenderaan yg baik.' (IMAM AHMAD).

Wednesday, December 24, 2008

Kasut- senjata moden abad 22

Hero baru- Muntazir Az-Zaidi
opps! nasib baik tak kena!

Ketika hampir seluruh pemimpin Arab hari ini tunduk dan mengiyakan saja apa yg dilakukan oleh Mr Bush ini, ALLAH lantik bagi kita seorang wartawan Iraq, yg namanya tak pernah dikenal sebelum ini, jauh sekali untuk berkenalan dgnnya, yg akhirnya menjadi `idola' segera di kalangan kita yg memang meluat dgn tindakan si penjenayah dunia ini.

Dia tidak menggunakan peluru hidup, jauh sekali bom berangkai yg dijatuhkan tentera US di Iraq, cukup dgn kasut- Bush sudah dimalukan oleh seluruh dunia.

Demonstari jalanan berlaku hampir setiap hari di Iraq, termasuk di Lebanon dalam usaha mengajak masyarakat menyokong tindakan Muntazir.

Sudah siap sedia ratusan peguam yg tanpa mahu dibayar, bersedia untuk membela Muntazir dalam perbicaraan pd minggu depan.

Begitulah nilai harga maruah diri mereka. Di Thailand, PM nya bertukar setahun sebanyak 3 orang! Tak sempat nak hafal nama, dah diganti dgn org lain. Di Malaysia, jenuh tunggu.....

Maruah dan harga diri memang tinggi nilainya.....

P36 KT, agak-agak nanti berapa ramai org melayu yg akan berkata- `same aje ustaz!(pinjam loghat org perak) siape menang pun, serupe aje!'

Agak2 kalau pemimpin UMNO kena baling kasut, amacam??? Sendiri jawab la.....

Tuesday, December 16, 2008

Mohamad Iqbal bermadah.....



Jangan dipilih hidup bagaikan nyanyian ombak.......

hanya bernyanyi, ketika terhempas di pantai.....

tapi.....

jadilah kamu ibarat air bah....

menggugah dan mengubah dunia dgn amalmu!

Monday, December 15, 2008

Rahsia bertudung.



Karima Burns di dalam artikelnya The Science Behind The Veil menyatakan:
`Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus dpd tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala. Justru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain. Menutup kepala juga bermenafaat di musim panas. V.G.ROCINE, seorang pakar otak , mengatakan fosforus otak menjadi cair pd suhu 108 darjah F. Ini berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala! Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif.'

Firman ALLAH (mafhum):
`
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman , supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)...........
59: AL-AHZAB

Bila lagi nak bertudung, menutup aurat dgn betul?

Friday, December 12, 2008

Bulan oh bulan!


Pagi tadi jam 5.30 pagi, aku keluar rumah menuju Masjid Al-Barakah Tikam Batu, untuk kuliah subuh.

Dah lama aku tak hadir kuliah subuh di masjid tu. Sebok dgn urusan anak nak ke Jordan, dan berbagai-bagai lagi urusan dunia yg tak pernah selesai.

Ketika keluar dari gate 1 Bandar Laguna Merbok, aku sempat rakam gambar ni melalui hphone ku- Bulan sdg mengambang penuh. Terpesona sungguh melihat bulan ciptaan ALLAH, cantik, menawan hati.

ALLAH berfirman (mafhum):
` Dialah yg menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yg menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pd tempat-tempat peredarannya(masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa......'
5: YUNUS a.s.

Nak ambil gaji- Cukup BULAN
Mengandung- Berapa BULAN?
Pilihanraya- PANGKAH BULAN!

Aku dah rabun! tapi dekat je......


Wajah baru bersama kacamata. Handsome???

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`ALLAH yg menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yg dikehendakiNya, dan Dialah jua Yg Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.'
54: AR-RUM

Ijah! Jangan gelakkan abi......huhu!

Wednesday, December 10, 2008

Sejenak bersama Hujjatul Islam.....

Tentang celaan orang, mengapa kita mesti takut kpdnya?

Ia tidak akan menambah atau mengurangi kita sesuatu pun, selagi ALLAH tidak menentukan yg demikian itu atas diri kita.

Celaan orang juga tidak akan menyegerakan ajal kita, tidak akan melambatkan rezeki kita dan tidak akan menjadikan kita dari ahli neraka, sekiranya kita memang dari ahli syurga.

Ia tidak akan dapat menjadikan kita dibenci di sisi ALLAH, sekiranya kita memang dipuji di sisiNya.

Fikir-fikirkan..................

Tuesday, December 9, 2008

Doa dari Rasulmu..... Ringkas dan padat.



Rasul saw telah mengajar doa ini kpd 'Ali r.h.:

`Allahhummahdini, wa saddidni.' (Muslim, Ahmad dan Abu Daud r.h.m.).
`Ya ALLAH, tunjukilah aku luruskanlah aku (dlm perbuatan dan ucapanku).'

Selamat beramal........

Wednesday, December 3, 2008

Dialah Bapa Segala Nabi dan Rasul




Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadah haji) dan tempat yg aman; dan jadikanlah oleh kamu MAQAM IBRAHIM itu tempat sembahyang......'
AL-BAQARAH: 125

Hebatnya Abul Anbiyak, Ibrahim a.s., bekas tapak kakinya dijadikan kawasan solat..... Belum lagi mahu dinilai ajaran para Rasul, bekas tapak kakinya saja menjadi sebahagian syiar Islam.

Cuma sayang, terlalu banyak perkara tak baik berlaku. Khurafat tanpa ilmu....

Ada yg menjilat dan mencium penutup kaca maqam ibrahim itu......

Ada yg mengusap-usapnya, dan menyapu tangan ke muka..........

Itu semua tidak disuruh. Yg dituntut ialah menjadi pengikut ajaran Ibrahim a.s.

Ibrahim a.s. berdakwah kpd bapanya, menyeru bapanya meninggalkan syirik- Maryam 42-47

Ibrahim a.s. menyeru pemerintahnya Namrud, kembali bertauhidkan ALLAH yg Esa- Al-Baqarah 258

Ibrahim a.s. menyeru org yg hidup sezamannya supaya berfikir ttg salahnya berhala-berhala yg disembah.- Al-Anbiyak 65-67

Ibrahim a.s. meninggalkan zuriat keturunan di lembah makkah untuk berdakwah di luar makah. Hajar dan Ismail a.h.s. yg masih lemah ditinggalkan di bawah pemeliharaan ALLAH.
Ibrahim 37

Ibrahim dan Ismail a.h.s. menyempurnakan pembinaan Ka'abah yg suci itu- Al-Baqarah 127

Ibrahim a.s. berdoa pd ALLAH mohon tunjukkan manasik haji- Al-Baqarah 128

Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anaknya demi menjunjung perintah ALLAH! - As-Soffat 102-107.

Salamun 'ala Ibrahim..... Bapa segala Nabi dan Rasul.

ALLAH berfirman- `Dan tidak ada yg lebih baik ugamanya dpd org yg menyerahkan dirinya kpd ALLAH (dgn ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan , dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yg lurus (yg tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) ALLAH menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.'
AN-NISAK: 125