Friday, June 26, 2009

U got nothing!



Salam.

Dari Ibrahim bin Abdul Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdul Rahman bin 'Auf r.h., telah diberi makanan kpdnya, sedangkan ia berpuasa, lalu ia berkata:

`Mus'ab bin 'Umair r.h. telah terbunuh (syahid dalam Uhud), sedangkan ia lebih baik dpd aku. Tidak ada sesuatu untuk mengkafankannya kecuali sehelai burdah. Apabila ditutupi kepala, nampak kakinya, dan apabila ditutup kaki, nampak kepalanya. Sedangkan kita diberi rezeki yg banyak oleh ALLAH (atau ia berkata): ' Kita diberi rezeki di dunia sebagaimana yg kita terima hari ini. Sesungguhnya kita takut kebaikan kita disegerakan di dunia. Kemudian Abdul Rahman bin 'Auf menangis hingga meninggalkan makanan tersebut.'
AL-BUKHARI

Berapa ramai di antara kita yg boleh berfikir spt Abdul Rahman bin 'Auf r.h., yg bimbang kesenangan hanya dapat di dunia ini sahaja, sedangkan di akhirat tidak ada bahagian untuknya.

ALLAH memberi amaran (mafhum):
`........Dalam pd itu ada antara manusia yg (berdoa) dgn berkata: 'Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia.' (Org-org itu diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.'
AL-BAQARAH: 200

Ya ALLAH! Kurnikan kpd kami kebaikan didunia dan kesenangan di akhirat..........

3 comments:

naimayob said...

salam

ada ke hadis yg mengatakan bulan Rejab bulan Allah dan bulan Sya'ban bulan Nabi?

Ainur68 said...

Salam,

Semoga kita mendapat kebaikan di kedua-dua dunia. Amin.

Ust Halim Nasir said...

Salam. Tidak ada hadith yg berbunyi - `Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku.' Ini adalah ucapan Ibn Jahdam, seorang penduduk Makkah yg telah mencipta hadith palsu ini. Inilah pandangan Imam ibn Qayyim Al-Jauzi r.h.m. Haram dan masuk neraka apabila kita berdusta atas nama Rasulullah saw.