Sunday, May 31, 2009

Sejarah tercipta di Masjid Batu, Permatang Pauh.

Cikgu Azizi Abdullah memulakan bicara pembuka kata


Membahaskan kisah Ka'ab bin Malik r.h. selepas teater
Sebahagian hadirin di dalam masjid




`Ka'ab' merayu dan merintih......

Terbaring lesu- menunggu kata dari Tuhan!

Bersyukur- Taubat 'Ka'ab' diterima ALLAH

Penulis bersama Sabri Yunus (Watak Ka'ab bin Malik)

Menjamu selera selepas persembahan. Sabri Yunus bersama Hj Azizi Abdullah.

Salam.

Alhamdulillah, seperti yg dirancang, program teater Menunggu Kata Dari Tuhan, biiznillah, berjaya dipersembahkan di dalam Masjid Batu, Permatang Pauh, SPtengah.

Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:
1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka'ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka'ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka'ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka'ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!'

Kata Ka'ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?'

Ka'ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka'ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi........ Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka'ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau! Kata Ibn Taimiyyah r.h.m - Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Atas penerimaan taubat itu, Ka'ab r.h. menginfaqkan separuh dpd kebun tamarnya di jalan ALLAH SWT.

Moral- Jangan abaikan tugas berjihad membela Islam kerana tidak mungkin kita akan mampu menanggung kemurkaan ALLAH SWT!

Berjihadlah dgn apa saja yg kita mampu, yg penting Islam berada di persadanya.

Friday, May 29, 2009

`Menunggu Kata Dari Tuhan'

Salam.

Tak berapa nak up-date blog. Letih sangat. Kelmarin balik dari Langkawi sampai rumah agak lewat, sekitar 6 ptg.

Ditambah pula dgn feri yg sarat dgn penumpang dari Kuah ke K.Kedah. Terlupa pulak sebab kelmarin dah bermula cuti sekolah (tak berapa nak ingat sbb anak2 dah duduk U!), apa lagi, penuh la feri. Bergerak pun tak berapa laju. Mujur la alun lautan tak berapa kuat, juga ada tayangan vcd, cerita kung fu siam yg agak kelakar, tak la boring sangat.

Sampai rumah jam 6ptg, rehat sekejap, kemudian bersiap untuk kuliah maghrib di Masjid Sintuk Bugis, KKMuda.

Hari ni pulak (jumaat), jadi khatib jemputan untuk khutbah di Masjid Kepala Gajah, Simpang Ampat, SPerai Selatan. Habis khutbah, singgah di rest Mustafa di pekan Simpang Ampat. Mustafa ni satu sekolah dulu di tingkatan 4 dan 5. Last jumpa lepas result SPM keluar tahun 83. Maknanya, dah 26 tahun tak jumpa! Apa lagi, berpeluk sakan la kami berdua. Itu lah nilai persahabatan. Sambil makan, sambil menyembang kisah suka duka di asrama dulu.

Sewaktu tulis kisah ni, baru balik ceramah maghrib di surau Lembah Bujang, Merbok. Letih sungguh badan. Jumpa esok, InsyaALLAH.

Esok ada teater hadith selepas maghrib di Masjid Batu, Permatang Pauh, PP.

Dinsman dan Sabri Yunus akan mengendalikannya. Buat dalam masjid, bukan dalam dewan. Teater hadith dgn tajuk-` Menunggu Kata Dari Tuhan', ttg kisah Ka'ab bin Malik r.h. yg dpulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana tidak menyertai perang Tabuk.

Aku diberi penghormatan oleh pihak masjid untuk mengulas hadith itu selepas saja tamat persembahan teater. Tunggu cerita selanjutnya.........

Monday, May 25, 2009

Mandi sungguh!



Salam.

Nasi kambing mandi terbesar di dunia.

Jangan jadi kambing sudah la!

Agullak ya syeikh!

Kena samak

Salam.

Nak bertanding juga di DUN Manik Urai? Inilah yg UBN akan dapat kalau bertanding juga.

Simpan aje la duit, kata tak nak membazir dlm praya kecil.

Si jersi BIRU tu sah muka dia kena samak dgn air 7 lautan!

Sepatutnya yg berjersi no 2 tu, seluar dia warna HIJAU. Baru real punya........

Saturday, May 23, 2009

Jangan lupa do'a


Salam.

Nabi Zakaria a.s. tak pernah putus dan berhenti berdo'a kpd ALLAH. Firman ALLAH SWT:
` Ia merayu dgn berkata: `Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban di kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku- tidak pernah merasa hampa dgn do'a permohonanku kpdMu.'
Maryam: 4

Jangan malas nak berdo'a.

Nabi Yunus a.s. berdo'a dalam kegelapan perut ikan.

Nabi Ibrahim a.s. berdo'a di lembah Makkah yg kering- kontang.

Nabi Ya'kob a.s. berdo'a sehingga hampir buta, memohon supaya Yusuf a.s. dikembalikan.

Nabi Ayyub a.s. berdo'a dalam menanggung kesakitan di tubuh, mohon disembuhkan ALLAH.

Nabi Musa a.s. berdo'a dlm menghadapi kerenah Bani Israel.

Rasulullah saw berdo'a di Jabal Thur, dlm suasana gua yg sempit, memohon dihindar dr perancangan khianat si Abu Jahal.

Berdo'a dan terus berdo'a........ untuk apa saja. Malu la kalau Rasul2 adalah manusia yg tak pernah putus berdo'a, tiba2 kita merasakan tidak perlu merayu merintih kpd ALLAH dalam do'a.

Jgn lupa do'a untuk kesejahteraan politik di Perak.

Kata Ibn Taimiyyah- ALLAH itu tidak pekak, bisu dan buta!

Thursday, May 21, 2009

Cermin Hidup


Salam.

Ini dipanggil CERMIN MATI. Apa yg kita lakukan akan diikut sama di dalam cermin itu. Cuma terbalik aje. Kalau kita angkat tangan kanan, dalam cermin jadi tgn kiri la.

Dalam hidup ni, kita perlukan CERMIN HIDUP. Cermin yg scan kita luar dan dalam.

Cermin hidup itu akan lihat kelemahan kita, kesalahan kita, lalu ditegurnya dgn ikhlas.

Kalau dia nampak sifat mazmumah ada kat kita, dibimbingya kita supaya kita memiliki sifat mahmudah.

Cermin hidup itu boleh jadi Isteri kita, atau suami kita, atau kawan pejabat kita, atau mungkin jiran-jiran kita. Boleh jadi juga rakan berjuang dalam politik, kerana maklum la org politik kadang2 cepat hilang pertimbangan. Mengaku berjuang Islam, solat subuh pun 6.50am!

Ia tak perlu banyak. Cukup seorang, tapi ikhlas, dan tegurannya kerana ALLAH SWT.

Wednesday, May 20, 2009

Jgn lupa asal-usul

Salam.

Manusia amat mudah melupakan asal-usul kejadiannya. Maklumlah, dah berpangkat, ada jawatan besar2, gaji pun, boleh tahan juga, berangka-angka.

Dia lupa nak ingat balik starting point dia dari mana. Dari mani yg hina! Ayam tak patuk, itik tak sudu!

Tak da masa nak mengingati ALLAH.

Tak da masa nak ke rumah ALLAH, menadah telinga mendengar nasihat berguna.

Tak da ruang hartanya nak diinfaq di jalan ALLAH, kerana katanya, ini semua adalah atas usaha dan susah-payahnya. Apa hal pulak nak diberi dgn senang pd org lain.

Ada masa pulak untuk kerja-kerja maksiat. Ada cukup masa untuk melayani GRO. Ada cukup masa untuk `exercise' pinggang dalam dang-dutnya.

Ada masa untuk bersantai di Hawaii. Ada masa untuk ke Hollywood.

Breakfast- NY, Lunch- London, Dinner- Paris. Hebat!

Tak da masa untuk ziarah insan kamil- Muhammad saw.

Tak da masa untuk ke Makkah, Madinah- Haji dan Umrah. Bagi mereka, ini kwsn `padang pasir' yg membosankan!

ALLAH SWT memberi amaran:
`Binasalah hendaknya manusia (yg ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
`(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan ALLAH?'
`Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dgn persediaan untuk bertanggungjawab'
'ABASA 17-19



Monday, May 18, 2009

Tunggu apa lagi?


Salam.

Yg pasti, rangka yg dijumpai di atas adalah rangka manusia.

Di zaman mana dia hidup? Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui. Mungkin 'Ad, Thamud, atau sesiapa sahaja. Yg pentingnya, mereka adalah manusia yg lebih dahulu mendiamai planet bumi ini.

Firman ALLAH SWT (mafhum):
` Maka masing-masing Kami binasakan dgn sebab dosanya, ada di antaranya yg Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dgn batu;dan ada yg dibinasakan dgn letusan suara yg menggemparkan bumi; dan ada yg Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yg Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) ALLAH tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yg menganiaya diri mereka sendiri.' AL-'ANKABUT: 40

Banding saiz tubuh kita dgn mereka? Boleh jawab sendiri.

Walau kecil, tapi gedebe, berlagak lebih cerdik dari Rasul.

Islam kolot, penghalang kemajuan, tak sesuai, Islam untuk melayu sahaja, dan macam2 lagi tanggapan negatif terhadap Islam. Senang cakap, seolah2 mereka kata ALLAH tersilap la bawak turun Islam ni- na'uzubilah!

Benar kata Rasul yg mulia- Yg mula2 akan dirungkai buang dari Islam adalah HUKUM, dan yg terakhir yg akan dicabut dari Islam ialah SOLAT.

Entah berapa banyak kes ragut, yg akhirnya membawa kematian kpd mangsa.

Entah berapa banyak pak guard melayu yg maut di tembak perompak bersenjata.

Entah berapa jumlah bayi tertonggeng dgn tali pusat masih belum terpotong di dalam tong2 sampah.

Entah berapa banyak la perut2 yg buncit dek kerana memakan benda haram- judi, rasuah dan riba.

Entah berapa kes org kena langgar oleh pemandu2 mabuk. Minum arak yg dilesenkan.

Nak tahu berapa jumlahnya? Tanyalah DS Najib. Tentu dia ada jawapannya, kerana dia PM.

Apa khabar Pak Lah? Seronok bercuti?
Apa khabar Perak? Bila nak mengundi?

Thursday, May 14, 2009

Jenama apa pulak ni?

Lihat tulisan di belakang t-shirt


Salam.

Ini Islam jenama apa ni?

Hadhari ke? Sendirian berhad ke?

Jangan bagi Malaikat `pening' sudah la......

Salam buat anak Pak Ngah Baharum, Kg Sedaka, Yan. Tolong tengok2 sama no!

Wednesday, May 13, 2009

Macam biskut daa......

Inilah yg paling tak berkenan sekali- Injec bius!

Proses bermula. Gigi no 4 -atas.

Salam.

Hari ni pergi cabut gigi. Mlm tadi dah tak boleh tidur, berdenyut sampai ke otak!

Pertama kalinya gigi belah atas di cabut. Dah berlubang teruk.

Cabut gigi perkara biasa. Yg tak bolehnya tercabut iman dan keyakinan. Yg ni sakitnya sampai hari qiyamat. Sakit jiwa, kerana tak bertemu kebenaran hakiki.

Sakit hatinya melihat kebenaran diperjuangkan, dijulang org.

Sakit hati juga fikir kemelut di Perak.

Sekejap haram, sekejap halal! Sekejap masuk pejabat, sekejap keluar pejabat! Dah macam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tak da! Namun halal tetap halal, haram tetap haram, silap2 haram jadah!

Ampun tuanku! Bubarkan DUN segera!


Friday, May 8, 2009

Spesis ikut nafsu



Salam.

Antara makhluk ciptaan ALLAH yg tak pernah belajar undang-undang, tak kan ikut undang-undang dan tak kan peduli dgn undang-undang.

Asal hasrat nafsu tercapai, kira ok la tu.

Wednesday, May 6, 2009

Gigi cukup ka?

Salam.

Anak punai anak merbah,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Inikan pulak gigi orang.

Dah tau tak da gigi, posing buat apa lagi depan colgate tu. Siapa yg teringin nak beli. Gigi awak pun tak tergosok dah.

Dah tau tak da kualiti, nak buat apa promosi diri lagi?

Nak buat apa kata- 'saya mampu....', 'saya boleh...', 'saya bersedia....' 'saya sanggup.....' saya akan pastikan.....' bla bla bla.....

Gimik je tu. Gimik gila ke jawatan.

Periksa gigi dulu la!

Tuesday, May 5, 2009

Politik Semut


Salam.

Salam sekali lagi kepada org2 politik yg gilakan jawatan, mengidam macam wanita mengandung 3 bulan. Mari belajar politik dari semut, halus tubuh fizikal, tapi tinggi daya `pemikiran'. Penuh dgn produktiviti yg membina kehidupan berhemah dan berdisplin.

ALLAH SWT berfirman: (mafhum)-
`(Maralah angkatan itu) sehingga apabila mereka sampai ke lembah semut, maka berkatalah seekor semut: `Wahai sekalian semut, masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman (a.s.) dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya.'
AN-NAML: 18

Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya berada dalam satu perjalanan yg jauh. Tentulah banyak barang2 makanan yg dibawa oleh Sulaiman a.s. dan pasukannya.

Ketua semut itu tidak mengarahkan semut2 yg lain supaya nganga mulut mereka di bawah telapak kaki kuda Sulaiman a.s. dan tenteranya, kerana hentakan kaki kuda itu sudah boleh menjatuhkan barang sebiji dua gula, atau makanan ke tanah.

Diajarnya semut-semut yg lain supaya jgn tamak, rakus dan haloba. Bawak bertenang dulu di dalam lubang (rumah) masing-masing. Nanti bila Sulaiman a.s. dan bala tenteranya dah jauh berlalu, baru la kutip apa yg perlu dikutip.

Ukur baju di badan sendiri la! Awak tu dah la semut, nak banding dgn kaki kuda pun jauh langit dgn bumi. Nanti tak sempat nak nganga, dah mati hancur lumat dipijak dek kuda2 Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya.

Nak lawan jugak ke? Nak jawatan juga? Terasa nak mencabar lagi?

Hentikan la, buat aje la kerja kita apa yg sesuai dgn keadaan diri kita.Tengok-tengok la sama 'ilmu kita, tahap pemikiran kita, keupayaan kita menguruskan sesuatu.

Hentikanlah kerja mengeruhkan suasana. Nanti buat org bertambah menyampah lagi kat kita. Nanti kalau kena pijak, tak bangkit2 dah, silap-silap jadi Pengerusi Tetap Cawangan je!

Pengerusi Tetap Cawangan pun kira ok la tu. Jawatan juga. Bertugas setahun sekali.

Sunday, May 3, 2009

Anda jenis tanah yg mana?


Salam.

Sehari dua ni Kedah hujan agak lebat, disertai angin ribut yg kuat.

Beginilah pandangan artis terhadap hujan di dalam lagunya:

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yg disirami
begitulah hati ini......

Lihat pula Islam dalam menghuraikan hujan yg turun. Rasul yg mulia (saw) telah bersabda:

`Dari Abu Musa Al-Asy'ariyyi r.h., katanya: Rasulullah saw bersabda: `Bandingan apa yg ALLAH utuskan aku membawanya dari hidayah petunjuk dan 'ilmu pengetahuan ,adalah sama seperti HUJAN LEBAT YG MENIMPA BUMI, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yg subur, yg menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh2an yg banyak;
dan terdapat sebahagian dpdnya tanah2 yg keras yg hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka ALLAH menjadikan ia bermenafaat kpd manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka);
dan terdapat pula sebahagian dpdnya tanah2 yg lain, yg keadaannya hanyalah tanah2 rata yg keras yg tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput.
........ (Al-Bukhari, Muslim dan An-Nasaie)

Tanah jenis yg pertama- Manusia yg menerima 'ilmu dan menghafaznya, serta ia
menerima kesan dan pengaruh 'ilmu itu, dia beramal dgnnya dan
mengajarkannya kpd org lain.Inilah sebaik2 manusia.

Tanah jenis yg kedua- org yg menerima 'ilmu pengetahuan dan menghafaznya, dan dapat
mengajarkannya pd org lain, tetapi ia sendiri tidak mendapat faedah
beramal dgnnya. Suruh org lain buat baik, dia bergelumang dgn
ma'siat.

Tanah jenis yg ketiga- Org yg tidak menerima 'ilmu pengetahuan, tidak ber'amal dgn Islam.
Inilah sejahat2 manusia. Na'uzubillahi min zalik.

Anda jenis tanah yg mana?

Friday, May 1, 2009

Pekerja ALLAH


Salam.

Selamat Hari Pekerja untuk semua. Tak kira sektor swasta atau awam.

Anda semua punya jasa yg banyak membangunkan negara ini ke arah mencapai piawaian yg boleh dikecapi oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

Jangan lupa juga bagi org2 Islam. Kita adalah pekerja2 ALLAH, pekerja bagi Islam yg mulia ini.

Apa tugas sebagai pekerja ALLAH? Kata Almarhum Syeikh Mohamad Al-Ghazali, tugas2 itu merangkumi melakukan pembaharuan di dalam Islam.

Maksud beliau ialah:
1. proses yg berperanan mengawasi ketulenan atau keaslian Islam
2. menghakiskan karat2 yg memudaratkan kilauannya.

Islam di akhir zaman seolah2 sudah hilang keasliannya. Diperkenalkan kpd masyarakat jenama2 Islam yg baru, yg disadur dgn ayat2 al-quran dan hadith2 Rasulullah saw, wal hal sebenarnya adalah pembohongan atas nama Islam. Semuanya untuk survival politik yg sempit, bukan untuk menunjukkan kehebatan Islam.

Terlalu banyak karat2 yg sekarang in sdg memalapkan Islam di mata dunia.

Inilah tugas kita! Pastikan Islam yg tulen sampai ke tangan anak cucu kita, dan untuk generasi seterusnya. Kikis buang segala karat2nya.