Wednesday, March 31, 2010

Jahil Masyuk!

Assalamu'alaikum wrm.

Pernah pada satu waktu, dia digelar Abal Hakam (Bapa Hakim). Biru katanya, biru la. Jangan ada yg cuba menukarnya menjadi hijau. Buruk padahnya. Silap-silap, melayang nyawa.

Rasulullah saw turun dari Gua Hirak. Memulakan langkah berda'wah. Menyerang setiap ideologi yg salah, termasuk berhala-berhala bodoh yg berdiri megah di keliling Ka'bah.

Lalu Rasululah saw menggelar dia - Abu Jahal (Bapa Kejahilan). Sampai lah hari qiamat, itulah panggilan yg paling baik untuknya. Penentang Islam tegar.

Ibu ayah risau melihat anak jahil dalam pelajaran. Dihantarnya ke pusat-pusat tuisyen yg tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tak cukup dgn itu, musim cuti sekolah tiba, diposkan pula ke Kem-kem Motivasi. Semuanya atas tujuan yg satu - Mahu melihat anak-anak keluar dari kepompong kejahilan dan kebengapan. Melihat dunia luar dgn lebih luas.

Ada pemerintah yg suka melihat rakyatnya jahil, terutamanya jahil politik.

Senang di 'gula-gula' kan.

Senang di 'jalan tar' kan.

Senang di ' subsidi' kan.

Senang di 'projek' kan.

Senang di 'bodoh media' kan.

Supaya senang nak perintah sepenggal lagi.

Inilah Jahil Masyuk!



Maksud: 'Dan apabila dikatakan kpd mereka: "Turutlah akan apa yg diturunkan ALLAH", mereka menjawab: " (tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yg kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun ttg perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat pertunjuk hidayah (dari ALLAH)?
Dan bandingan (orang-orang yg menyeru) orang-orang yg kafir (yg tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yg berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yg pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan aqalnya."
AL-BAQARAH: 170-171.


8 comments:

pacheko said...

Salam, pinjam kata-kata ust Ismail kamus "wal fulus fid dunia, wal mamfus fil akhirat"... nak ambik, nah ambik semua... tak payah kira halal ka haram.

mi-phg said...

Sallam, yang boleh ditipu oleh jahil masyuk ini hanya yang jahil murakkab ia itu yang jahil sombong tak mau mengaji,tak mau kulliah banyak hisap rokok he he he.

PRO ISLAM said...

Salam Ustaz, awat lama tak up-date blog, rasa rindu nak tengok peluru berpandu ustaz. Ustaz pi umrah pulak ka?.

Tasbih Alam said...

Salam,

adapun tujuan saya adalah untuk membina rangkaian blogger..
Sekian lama saya mempelajar bagaimana membina blog.. kini sudah sampai masa saya membina rangkaian bersama-sama blogger hebat yang lain, serta mempelajari lebih banyak untuk menjadi blogger hebat seperti anda..
Di harap kita akan dapat saling mengunjungi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi persaudaraan serta mendapat menafaat daripadanya.. insya Allah

Sesungguhnya hujung jari yang menekan papan kekunci pada keyboard adalah lebih tajam dari mata pedang..

wassalam...

pecinta_Islam said...
This comment has been removed by the author.
pecinta_Islam said...

salam ustaz..saya memohon pendpt ustaz

apakah hukumnya jika seseorng merujuk pakar feng shui,dan apakah hukumnya jika mempercayainya

pecinta_Islam said...

salam ustaz,sy memohon kiranya boleh untuk ustaz memberi pandangan ustaz ataupun boleh menjelaskn di blog ustaz berhubung berita dr kosmo ini.apa pndpt ustaz.berita dr kosmo ini seolah-olah menggambarkan semua agama adalah sama disisi Allah.dan mati dlm apa agama sekalipun tidak menjadi masalah kerana Allah tidak memandang agama dalam menempatkan manusia di syurga.

antara petikan di dlm tulisan tersebut yg agak aneh adalah:

"Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik"

nampaknya penulis beranggapan,kita semua di dlm islam yg percaya hanya masuk islam shja boleh menyelamat dr azab api neraka adalah fahaman salah.fahaman kita semua adalah tidak betul baginya.

dr petikan nya yg lain pula:
"Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?"

penulis cuba mempertikaikan lagi akan keselamatan hanya di dalam islam shja.makd penulis,agama lain jg ada jaminan masuk syurga.aneh sngt2 penulisannya..

muga ustaz boleh berikn penjelasan akannya.

saya memetiknya di kosmo online disini:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm

Brian Günter Haugen said...

Nama..Brian Günter Haugen
Tinggal di ..... Rhine-Westphalia
Utara Profesion ...... ahli perniagaan
Jumlah pinjaman .... € 250,000
Faedah pinjaman .... 1%
Agama: Katolik E-mel saya untuk setiap ekuire; brianhuagen101@gmail.com Dikatakan bahawa hidup hanya dapat dinikmati sepenuhnya jika ada penderitaan dan keperitan. Saya gembira dan bersyukur kerana saya bersama Mizuho Bank, Ltd. Branch Düsseldorf menerima pinjaman sebanyak € 250,000 dalam akaun bank. Adakah anda seorang lelaki atau wanita yang telah memohon pinjaman dan telah ditolak oleh bank anda? Saya ingin memberitahu anda hari ini bahawa anda boleh mendapatkan pinjaman dari syarikat dalam talian terbaik dan anda tidak perlu mengisi banyak dokumen, mereka juga mempunyai kadar faedah 1% yang baik. Saya diperkenalkan dengan SYARIKAT PINJAMAN AASIMAHA ADILA oleh seorang rakan yang telah menerima pinjaman daripada mereka. Saya memerlukan wang tunai dan pergi ke bank saya. Mereka memberitahu saya bahawa kerana kredit buruk saya tidak layak mendapat pinjaman, dan kadar faedah bank tinggi. Saya gembira sekarang kerana dapat membina perniagaan besar impian saya. Pembayaran saya akan bermula tidak lama lagi. Berhentilah membuang masa dengan bank perdagangan dengan kadar faedah yang tinggi dan terapkan AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM untuk mendapatkan dana pinjaman anda. Mereka sangat pantas mendapatkan pinjaman yang diluluskan dan memberi kredit ke akaun anda pada hari yang sama dengan permohonan. Tidak, terlalu banyak proses dan prosedur yang terlibat, seperti halnya bank. Syarikat pinjaman tidak tahu bahawa saya berkongsi berita baik ini. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel. Mohon sekarang ..... (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com) E-mel saya untuk setiap ekuire; brianhuagen101@gmail.com