Thursday, December 17, 2009

Carilah 'Tuhan' yg lain!

Salam.

Rasulullah saw bersabda: ALLAH berfirman (hadith Qudsi):

`DiriKu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu. Muhammad (saw) adalah hamba dan RasulKu. Sesiapa yg:-

TIDAK REDHA dgn ketetapanKu;

TIDAK SABAR atas cubaanKu;

TIDAK BERSYUKUR atas ni'matKu; dan

TIDAK MERASA CUKUP terhadap pemberianKu, maka hendaklah dia menyembah Tuhan selain Aku.'

Ya ALLAH! Ampun kami ya ALLAH........

Wednesday, December 16, 2009

Tak nak pergi risik ke?

Salam.

1. Dewan Rakyat diberitahu bahawa kos pembinaan rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi adalah sebanyak RM12 Juta.

2. Tak tahu lah kita dari mana datang sumbernya. Ada org sponsor mungkin, atau dia berdikit-dikit menyimpan wang gaji bulanannya selama dia menjadi PM selama 5 tahun. Tidakkah gaji dan elaun seorang PM boleh mencecah puluhan ribu sebulan? Atau datang dari wang / cukai rakyat?

3. Memanglah menggiurkan untuk tinggal di rumah yg harganya sedemikian rupa. Kita yg rumah tak seberapa ni, tentu terbayang-bayang akan keadaan rumah yg harganya RM12 Juta itu.

4. Kolam renangnya, kawasan reakreasinya, bilik-bilik yg dilengkapi alat penghawa dingin, tentu menyilaukan mata sesiapa yg memandangnya.

5. Jangan lupa pula bibiknya!

6. Perlukah dalam usia Tun Abdullah yg sudah hampir 70 tahun itu, dia mendiami rumah yg sebegitu mewah? Atau ini salah satu daripada projek Islam Hadhari yg dicanangkannya dulu?

7. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, tetap letih menjaganya.

8. Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):

`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............'
AT-TAHRIM: 11

9. SPRM tak sudi nak risik-risik ke? RM12 Juta tu, bukan 12 Ringgit!

Monday, December 14, 2009

Masih ada waktu



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dan Kami bawa Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya, dgn tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Fir'aun hampir tenggelam, berkatalah ia (pd saat yg genting itu): 'Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yg dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari org-org yg berserah diri (menurut perintah).'

'(ALLAH berfirman): ' Adakah sekarang (baharu engkau beriman), pd hal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari org-org yg melakukan kerosakan?.'
YUNUS: 90,91

Jangan terlewat atas urusan yg amat penting, terutama yg membabitkan Islam.

Jangan terlewat untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menyumbang ke arah ketinggian Islam - fikiran, masa, tenaga dan harta.

Pastikan kita masuk senarai penghuni Syurga, kekal abadi selama-lamanya, InsyaALLAH.

Tuesday, December 8, 2009

Diari seorang mukmin

Salam.

Begitulah bernilainya hidup bagi setiap org yg beriman.

Dilihatnya hari yg dilaluinya, hari yg bakal dihadapinya, malahan hari yg telah luput darinya, sebagai detik kehidupan yg tidak mampu disia-siakannya.

Dia memandangnya sebagai satu rahmat yg tidak ternilai dari sisi ALLAH.

Ketika org lain melupakan dosanya, dia mengalirkan airmatanya, kerana dosanya kpd ALLAH. Takut kalau-kalau hari yg berlalu dipenuhi dosa menggunung, yg akan membebankannya di akhirat.

Ketika org lain lalai, alpa, membuang masa dgn hari yg dikurnia ALLAH kpdnya, dia berlumba-lumba melakukan kebaikan, walau sekadar melempar senyuman kpd rakannya. Dia menjadi golongan - Fastabiqul khairat.

Ketika org lain tak punya perancangan hidup, dia menanti kedatangan hari esok, dgn penuh harapan dan kesyukuran, untuk menghiasi hari yg bakal mendatang itu dgn amal yg baik, supaya dia tidak keletihan di bumi mahsyar.

ALLAH berfirman (mafhum):

`.........................Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia ALLAH dan rahmatNya kpd kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi ALLAH membersihkan sesiapa yg dikehendakiNya , dan ingatlah ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'
AN-NUR: 21

Saturday, December 5, 2009

Urus dengan efisyen


Salam.

ALLAH berfirman (mafhum):

'Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia......'
AL-KAHF: 46

`Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji'

'Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya'

'Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini).'
AL-HUMAZAH: 1-3

Sabda Rasulullah saw (mafhum):

'Ni'matnya harta di tangan org yg solih.'

Di akhirat, harta di tanya ALLAH 2 kali - Dari mana ambil/perolehi, dan ke mana dibelanjakan.

Jadilah pengurus harta yg efisyen.

Tuesday, December 1, 2009

Ambil kedua-duanya


Salam.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan di antara mereka pula ada yang (berdo'a dengan) berkata: `Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat , dan peliharalah kami dari azab neraka.'

'Mereka itulah yg akan mendapat bahagian yang baik dari apa yg telah mereka usahakan; dan ALLAH amat cepat hitunganNya.'
AL-BAQARAH: 201-202

Monday, November 30, 2009

Hari terakhir



Salam.

Kalau bawak anak-anak bercuti, mandi-manda di Pantai Merdeka, jangan lupa perhati banner di atas.

Lepas Pekan Tikam Batu, akan jumpa Alor Jawi, dlm DUN Pantai Merdeka.

Banner ini terpasang di pagar Masjid Alor Jawi. Tahniah kpd pengurusan masjid. Semoga dapat dicontohi oleh masjid-masjid yg lain.

Paling tidak, kalau terbaca apa yg tertulis, gerun juga nanti nak buat maksiat di Pantai Merdeka, takut itulah hari terakhir. Tak sempat pulak nak bertaubat. Na'uzubillah.................

Jom pi masjid!

Saturday, November 28, 2009

Berkorban atau terkorban?



Salam.

Musim korban tiba lagi.

Dalam Mazhab Syafi'e, ia adalah Sunat Muakkad (yg amat dituntut), manakala ada mazhab yg mewajibkannya.

Maka ramailah yg tampil untuk melakukan ibadah korban ini.

Persoalannya, apakah kita benar-benar mengisi erti sebuah pengorbanan yg diajar oleh Ibrahim a.s.?

Apakah kita bekorban sebab kita punya wang yg banyak? Mana tak banyaknya, lihatlah ketika pelancaran kempen kereta mpv perodua- Alza, berduyun-duyun org ramai menyerbu perodua centre untuk melihat kereta baru itu, sekaligus dgn tempahannya sekali. Kalau kereta yg harganya berpuluh ribu boleh dibeli, down payment pun 5-6 ribu, apa nak kesah dgn Rm 300 atau Rm 350 bagi 1/7 dari seekor lembu korban?

Apakah berkorban kerana adat kebiasaan? Rutin anak qaryah setiap tahun?

Hakikatnya, dalam berkorban ada yg terkorban!

Terkorban aqidah kerana menyokong kebatilan dan kemungkaran.

Terkorban harga diri- pakaian zaman jahiliyyah menjadi pembungkus diri. Hilang sifat malu.

Terkorban jati diri - Halal haram dibuat sesuka hati.

Terkorban nilai kemanusiaan - Mungkar dilihat sebagai kebaikan, manakala kebaikan ditentang sehabis daya dan tenaga.

Firman ALLAH (mafhum):

`Dan bacakanlah (wahai Muhammad saw) kpd mereka kisah (mengenai) dua org anak Adam yg berlaku dgn sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kpd ALLAH). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya, dan tidak diterima dari yg lain.....................................'
AL-MAIDAH: 27

Pastikan kita berkorban, bukan membunuh lembu, spt matador di Sepanyol.

'Mulia' nya binatang korban itu. Mereka sanggup dikorbankan untuk memenuhi perintah ALLAH.

Firman ALLAH (MAFHUM):

`Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kpd ALLAH, tetapi yg sampai kpdNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan taqwa dari kamu....................'
AL-HAJJ: 37

Berkorbanlah dgn apa saja- Masa, tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga untuk Islam tercinta ini.

Pertahan ia, kalau ia dihina, diperlekeh musuh durjana, nescaya syurga menanti untuk kekal abadi selama-lamanya di sana.

Thursday, November 26, 2009

Berbaloi-baloi!

Risalah yg disusun oleh 'Ustaz Amin Tok Guru'




Salam.

Hari Isnin lepas, penulis hadir kenduri perkahwinan anak kepada Ust Basyir, Pengetua Sek Ren Islam Zilalil Barakah, Tikam Batu, S.Petani.

Ketiga-tiga anak penulis belajar di sekolah ini. Darjah 1-6.

Alhamdulillah, berjaya sampai ke Univ.

Sebelum pulang, penulis dihadiahkan dgn sedikit buah tangan, antaranya ialah risalah di atas.

Selalunya org bagi kueh, gula-gula, bunga telur dsb.

Ada sedikit kelainan. Perubahan yg baik, yg boleh dicontohi masyarakat.

Menghadiri majlis jemputan kenduri tu dah dapat pahala dah, apatah lagi dgn bekalan risalah yg sedemikian, tentulah berbaloi-baloi, kata iklan Celcom.

Semoga ada yg mengikutnya, InsyaALLAH.

Tuesday, November 24, 2009

Dimatikan Ulamak

Almarhum Syeikh Abu Bakar Awang

Salam.

Almarhum kembali menemui ALLAH SWT kelmarin, sekitar jam 11, pd usia 84 tahun.

Dikebumikan lepas asar, bersebelahan kubur rakan karibnya, Almarhum Syeikh Niamat Yusuf.

Kedua-duanya adalah org kuat MTI (Maahad Tarbiyyah Islamiyah) Derang, yg melahirkan ulamak dan pejuang-pejuang Islam.

Sabda Rasululah saw:

`Bahawasanya ALLAH swt tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dgn sekaligus dari (dada) manusia, tetapi ALLAH menghilangkan ilmu itu dgn mematikan alim-ulamak. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulamak, org ramai akan memilih org-org yg jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.'
MUSLIM

Kedah kehilangan seorang lagi pejuang Islam, setelah Almarhum Pak ya Junid, Ust Azahari, Ust Fadhil Nor, Ust Niamat Yusuf.

Al-Fatihah untuk mereka semua.

Saturday, November 21, 2009

Di mana nilai manusia?


Salam.

Inilah kita, manusia.

Dah mati, dikerat, dipotong-potong.

Post-mortem la bahasa mudahnya.

Tanpa iman dan taqwa, apa lah yg ada pd kita.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan orang-orang yg beriman dan mengerjakan amal yg solih, serta beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpd Muhammad (saw)- yg ialah kebenaran dpd Tuhan mereka - ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan akhirat).'
MUHAMMAD (saw) : 2

Thursday, November 19, 2009

Good luck



Salam.

Good luck to all SPM candidates.

Banyakkan solawat atas Rasulullah saw, ingat ALLAH selalu.

InsyaALLAH, dipermudah ALLAH menghadapi kertas peperiksaan.

Saturday, November 14, 2009

Hentakan tumit

Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Isma'il, sesungguhnya ia adalah benar menepati janji, dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, dan ia pula adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya.'
MARYAM: 54,55

Hentakan tumitnya menerbitkan zam-zam.

Air yg paling hebat kandungan mineralnya di dalam dunia.

Tak pernah kering, dan tak pernah habis-habis.

Diminum sampai qiyamat.

Rasulullah saw galakkan kita ziarah sahabat/jiran/taulan yg baru pulang dari menunaikan haji. Selain bertanya khabar, air inilah yg kita nak minum.

Kalau hidang teh tarik, kedai mamak pun berlambak!

Rasul yg mulia ada berpesan: `Diminum zam-zam bersama dgn niat.'

Sambil minum, niatlah yg baik.

Friday, November 13, 2009

Vitamin M




Salam.

Pemuda di atas bernama Azizuzanadi Zainuddin.

Menetap di Pelangai, Bentong, Pahang.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan dari Northwood Univ, Michigan, US.

Memiliki Ijazah Sarjana (Masters) in Info System

Masters in International Buisness

Masters in Risk Management

Ketiga-tiga Masters dari Concordia Univ, Wisconsin, US.

Sekarang sebagai penternak kambing biri-biri baka Australia.

Itulah yg diajar oleh Rasulullah saw di dalam satu doa:

`..........aku berlindung kpdmu Ya ALLAH dari LEMAH dan MALAS.............'

Sebahagian masyarakat melayu kita terlalu banyak Vitamin M - Malas!

Malas penghalang utama atas sebarang kejayaan.

Kata Saidina Umar r.h. - Langit tidak menurunkan hujan emas!

Wednesday, November 11, 2009

Hasutan Iblis



Salam.

Iblis laknatullah pernah ganggu Nabi Adam dan Hawa a.h.s. dgn buah terlarang, akhirnya, kedua-duanya keluar dari Syurga. (Tentulah punya hikmah disebaliknya).

Iblis hasut dan ganggu anak Nabi Nuh a.s., katanya, dia akan ke gunung, nescaya dia akan selamat dari banjir besar, banjir kemurkaan ALLAH SWT. Akhirnya, dia mati dalam kekafiran.

Iblis masukkan jarumnya kpd anak-anak Nabi Ya'kub a.s., yakni, abang-abang Nabi Yusuf a.s. Disebabkan hasad, Nabi Yusuf dicampak ke dalam telaga, dibogelkan. Baju Nabi Yusuf dilumur darah serigala. Abang-abang pulang, mengadap ayahanda. Menangis berlakun, mengeluarkan air mata buaya, kononnya Yusuf dimamah serigala. Yusuf menderita. Dijual di pasar Mesir. Dibeli oleh Raja. Dipelihara di dalam istana. Isteri si Raja tak mampu menahan gelora. Yusuf a.s. menolak ajakan nafsu celaka. Konspirasi istana menyumbat Yusuf a.s. ke penjara. Bertahun lamanya di balik tembok. Ujian ALLAH buat Rasul yg mulia.

Nabi Ayyub a.s. ditimpa kesakitan yg teruk. Syaitan membisikkan kpd isterinya - 'Tinggalkanlah dia!". Ayyub a.s. keseorangan. Si isteri tidak sanggup menanggung kesusahan.

Iblis menunggang golongan munafiqun di Madinah. Bersorak mereka menaburkan fitnah - 'A'isyah telah berzina dgn Safwan!.' Na'uzubillah. Tiada inci bumi Madinah yg tidak sampai fitnah ini. Goncang rumahtangga Rasulullah saw.

Iblis hasut si tua di atas. Iblis mengajarnya dgn berkata 'Kalau hang tak mau hidup dgn aku, mai kita mati sama-sama.'

Dia menikam isterinya, Zabedah Ali, 73 tahun, sehingga mati, di Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan - dalam Parlimen Kuala Kedah.

ALLAH memberi peringatan:

`Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga.........'
AL-A'RAF: 27

'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatau hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kpd ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'
FUSSILAT: 36

Cuma yg 'mahal', payung yg cover mayat tu.........

Rasa pernah nampak je lambang tu, tapi di mana ya?

Tuesday, November 10, 2009

5 yg dipandang sebelah mata


Salam.

Waktu dan ketika yg ramai kita melalaikannya:

1. Keutamaan panggilan azan

2. Saf awal

3. Bersegera menuju ke masjid

4. Keutamaan sepertiga malam yg awal

5. Subuh

Kita memang lalai.

Disibukkan oleh urusan dunia yg tak pernah-pernah habis.

Apa pun, Vespa di atas tetap berwarna hijau putih!

Saturday, November 7, 2009

Spare sikit duit



Salam.

Dapat RM 7 Juta dari putera Arab Saudi kerana pulangkan barang tercicir milik kerabat Arab tu. Bagus la, satu sifat yg mulia. Barang milik orang, bukan kita punya, nak buat apa kita ambil. Berdosa.

Duit 7 Juta pun khabarnya dah diagih2kan kpd yg memerlukannya. Alhamdulillah, satu lagi sifat mulia. Tidak makan sorang. Tidak bakhil.

Harap-harap, spare sikit la duit untuk beli kain tudung.

ALLAH memberi peringatan:

`Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka ( dpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir dpdnya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka.....................
AN-NUR: 31

Thursday, November 5, 2009

Senyum lah sikit


Salam.

Jangan senyum tanpa sebab.

Bahaya! Boleh membawa anda ke Tanjung Rambutan.

Kalau nak lebih sikit bayar tol - Tampoi!

Wednesday, November 4, 2009

All yours!


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah (saw) sesudah terang nyata kpdnya kebenaran petunjuk (yg dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yg lain dari jalan orang-orang yg beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yg dipilihnya, dan (pd hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam; dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.'
AN-NISAK: 115

`Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Qur'an) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yg menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang dpdnya.'
AZ-ZUKHRUF: 36

`Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yg membawanya kpd kejahatan, dan yg membawanya kpd bertaqwa.'

AS-SYAMS: 8

It's all yours!

Tuesday, November 3, 2009

Jangan lupa mereka


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan kitab-kitab 'amal juga tetap akan dibentangkan , maka engkau akan melihat orang-orang yg berdosa itu, merasa takut akan apa yg tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: 'Aduhai celakanya kami! Mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yg kecil atau yg besar, melainkan semuanya dihitungnya!'. Dan mereka mendapati segala yg mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zolim kpd seseorang pun.'
AL-KAHF: 49

Manusia boleh hitung untung ruginya dalam perniagaan, tetapi kadang-kadang lupa untuk menghitung dosa pahalanya dgn ALLAH.

Lupa bahawa kita semakin dekat untuk berpakaian serba putih, beserta kapas, berbau kapor barus.

Lubang hidung pun nanti ada kapas! Sesuatu yg jarang dibuat sewaktu hidup.

Lupa bahawa kita semakin hampir untuk bertemankan cacing dan ulat di dalam tanah yg sempit.

Mari muhasabah diri.

Taubat atas dosa-dosa terlampau.

Yang nak jadi tetamu ALLAH di Haramain, bersih dan sucikan diri anda. Zahir dan batin.

Ingat! Raqib dan 'Atid tak pernah tersilap dalam tugasan mereka.

Jangan lupa mereka, cukup dekat............... di kiri kanan kita.