Saturday, November 14, 2009

Hentakan tumit

Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Isma'il, sesungguhnya ia adalah benar menepati janji, dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, dan ia pula adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya.'
MARYAM: 54,55

Hentakan tumitnya menerbitkan zam-zam.

Air yg paling hebat kandungan mineralnya di dalam dunia.

Tak pernah kering, dan tak pernah habis-habis.

Diminum sampai qiyamat.

Rasulullah saw galakkan kita ziarah sahabat/jiran/taulan yg baru pulang dari menunaikan haji. Selain bertanya khabar, air inilah yg kita nak minum.

Kalau hidang teh tarik, kedai mamak pun berlambak!

Rasul yg mulia ada berpesan: `Diminum zam-zam bersama dgn niat.'

Sambil minum, niatlah yg baik.

3 comments:

pacheko said...

Salam ustaz, teringin sungguh saya nak ke sana bilalah agaknya? Dalam usaha sekarang ni,fulus belum cukup. Doakan saya berjaya sampai ke sana ustaz.Insyaallah.

Love Islam said...

Didoakan supaya anta dapat menjadi tetamu ALLAH di Makkah, dan mengunjungi Rasulullah saw. Tiada ni'mat yg dapat digambarkan......

qyla said...

ALLAH HUAKBAR..!!

lagi 2 hari saya akan ke sana pak cak.

doakan saya pak cak..

amin,,