Saturday, November 21, 2009

Di mana nilai manusia?


Salam.

Inilah kita, manusia.

Dah mati, dikerat, dipotong-potong.

Post-mortem la bahasa mudahnya.

Tanpa iman dan taqwa, apa lah yg ada pd kita.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan orang-orang yg beriman dan mengerjakan amal yg solih, serta beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpd Muhammad (saw)- yg ialah kebenaran dpd Tuhan mereka - ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan akhirat).'
MUHAMMAD (saw) : 2

7 comments:

Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

Salam....
Siapalah kita tanpa kasih sayangNYA..
Apalah yang ada pada Harta, Pangkat dan Takhta...Semuanya akan hanya menambah susah kita di SANA andai tiada Iman dan Taqwa...
Kalau hidup ini hanya mencari isi untuk perut, maka kita akan hina sehina yang keluar dari perut..SHIT!!

IBAN MUSLIM said...

Salam,

Akhirat adalah matlamat kita sebagai seorang mukmin, sebaliknya dunia adalah matlamat atau syurga bagi orang kafir.

Semoga sebagai seorang mukmin yang taqwa pada Allah, sama-samalah kita menambahkan saku akhirat berbanding mengenyangkan perut di dunia sahaja.

Muhammad Fahmi said...

apa hukum post mortem dalam Islam ustaz. ana baru pindah BLM, la duduk lorong 3/8

siti ajar bt yaakob said...

Saya berdoa bersungguh2 agar kalau mati nanti jangan la post mortem dibuat atas saya...betul2 saya tak nakkkkk...sakit...cuma waktu tu menjerit pun tak de sapa nak peduli...first time tengok gambar2 post mortem dulu tak leh lena...rasa sangat kejam..

Ust Halim Nasir said...

Salam buat momo.Pandangan pertama oleh As-Syeikh Asy-Syarbini al-khatib di dalam Mughni al-muhtaj - Hukumnya HARUS berdasarkan Qiyas kpd pandangan ulamak yg mengharuskan membedah perut mayat wanita yg hamil untuk mengeluarkan janin yg diharapkan boleh hidup (kandungan 6 bulan ke atas).
Pandangan kedua oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam At-Tuhfah- juga qiyas kpd hukum dibolehkan membelah perut org yg telah menelan harta org lain.
Wallah hu a'lam.

Ainur68 said...

Bila tengok gambar lemak yg byk2 tu teringat kes lemak manusia di buat kosmetik! Huish... USD15K satu liter tau harga nyer....dahsyat! dahsyat! Itulah nilai manusia hari ini...

nurkasih said...

Salam...
Sayu tengok mayat tu. Apabila nyawa berpisah dari jasad maka tinggallah jasad yang tidak mampu berbuat apa2 walaupun untuk meminta tolong. Kita beribadat untuk fadhilatnya. Kita meminta syurgaNYA. Tidak salah untuk meminta dari ALLAH. Yang mengagumkan saya ialah apabila Rabiatul Adawiah berkata "Jika saya masuk neraka dengan redha ALLAH, tidak mengapa".

Ada pihak yg mengatakan planet marikh (mars) telah bertukar arah pusingannya dari biasa. Bumi cuma menunggu masa sahaja untuk berpusing arah berlawanan dari biasa. Matahari akan terbit dari barat. Pintu taubat akan ditutup. NASA menafikan berita ini kerana menguntungkan Islam. Post-mortem puntiada berguna waktu tu. Wallah hu a'lam...