Saturday, November 28, 2009
Berkorban atau terkorban?
Salam.
Musim korban tiba lagi.
Dalam Mazhab Syafi'e, ia adalah Sunat Muakkad (yg amat dituntut), manakala ada mazhab yg mewajibkannya.
Maka ramailah yg tampil untuk melakukan ibadah korban ini.
Persoalannya, apakah kita benar-benar mengisi erti sebuah pengorbanan yg diajar oleh Ibrahim a.s.?
Apakah kita bekorban sebab kita punya wang yg banyak? Mana tak banyaknya, lihatlah ketika pelancaran kempen kereta mpv perodua- Alza, berduyun-duyun org ramai menyerbu perodua centre untuk melihat kereta baru itu, sekaligus dgn tempahannya sekali. Kalau kereta yg harganya berpuluh ribu boleh dibeli, down payment pun 5-6 ribu, apa nak kesah dgn Rm 300 atau Rm 350 bagi 1/7 dari seekor lembu korban?
Apakah berkorban kerana adat kebiasaan? Rutin anak qaryah setiap tahun?
Hakikatnya, dalam berkorban ada yg terkorban!
Terkorban aqidah kerana menyokong kebatilan dan kemungkaran.
Terkorban harga diri- pakaian zaman jahiliyyah menjadi pembungkus diri. Hilang sifat malu.
Terkorban jati diri - Halal haram dibuat sesuka hati.
Terkorban nilai kemanusiaan - Mungkar dilihat sebagai kebaikan, manakala kebaikan ditentang sehabis daya dan tenaga.
Firman ALLAH (mafhum):
`Dan bacakanlah (wahai Muhammad saw) kpd mereka kisah (mengenai) dua org anak Adam yg berlaku dgn sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kpd ALLAH). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya, dan tidak diterima dari yg lain.....................................'
AL-MAIDAH: 27
Pastikan kita berkorban, bukan membunuh lembu, spt matador di Sepanyol.
'Mulia' nya binatang korban itu. Mereka sanggup dikorbankan untuk memenuhi perintah ALLAH.
Firman ALLAH (MAFHUM):
`Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kpd ALLAH, tetapi yg sampai kpdNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan taqwa dari kamu....................'
AL-HAJJ: 37
Berkorbanlah dgn apa saja- Masa, tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga untuk Islam tercinta ini.
Pertahan ia, kalau ia dihina, diperlekeh musuh durjana, nescaya syurga menanti untuk kekal abadi selama-lamanya di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Aidil Adha sahabat...
Moga kita semua thabat dan istiqamah di atas jalanNYA...berkorban kerana AgamaNya
Allahu Abar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Wa Lillahil Hamd!
'Amanat Terakhir Prof. Zulkifli Muhammmad:
“Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu turunan ialah KEIKHLASAN. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil,mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat. Tetapi kalau keikhlasan yang ada pada kita maka ada harapan cita-cita kita akan dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat, sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang hendak kita perjuangkan.” - Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. lahir22 Mac 1927 meninggal6 Mei 1964
'Allahuakbar!
http://ruangstella.blogspot.com/2009/11/amanat-terakhir-prof-zulkifli-muhammmad.html
Salam Ustaz,
Memang betul apa yang ustaz katakan. Itulah hakikatnya.
Salam Idul Adha...semoga kita ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. Nilaian ALLAH itulah yang terbaik.
Post a Comment