Tuesday, November 24, 2009

Dimatikan Ulamak

Almarhum Syeikh Abu Bakar Awang

Salam.

Almarhum kembali menemui ALLAH SWT kelmarin, sekitar jam 11, pd usia 84 tahun.

Dikebumikan lepas asar, bersebelahan kubur rakan karibnya, Almarhum Syeikh Niamat Yusuf.

Kedua-duanya adalah org kuat MTI (Maahad Tarbiyyah Islamiyah) Derang, yg melahirkan ulamak dan pejuang-pejuang Islam.

Sabda Rasululah saw:

`Bahawasanya ALLAH swt tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dgn sekaligus dari (dada) manusia, tetapi ALLAH menghilangkan ilmu itu dgn mematikan alim-ulamak. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulamak, org ramai akan memilih org-org yg jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.'
MUSLIM

Kedah kehilangan seorang lagi pejuang Islam, setelah Almarhum Pak ya Junid, Ust Azahari, Ust Fadhil Nor, Ust Niamat Yusuf.

Al-Fatihah untuk mereka semua.

2 comments:

pacheko said...

Salam,
Sungguh-sungguh masyarakat dunia meratapi kematian MJ, Tapi bila ulama besar meninggal kita tak kisah pun. Sedarlah kita, sesungguhnya setiap ulama yang meningggal membawa bersama ilmu-ilmunya dan tiada berganti... Moga roh Syeikh Abu bakar Awang dicucuri
rahmat.

mahabbah said...

syeikh ilmu miras.
al fatihah