Salam.
ALLAH SWT berfirman (mafhum):
`
Dan kitab-kitab 'amal juga tetap akan dibentangkan , maka engkau akan melihat orang-orang yg berdosa itu, merasa takut akan apa yg tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: 'Aduhai celakanya kami! Mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yg kecil atau yg besar, melainkan semuanya dihitungnya!'. Dan mereka mendapati segala yg mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zolim kpd seseorang pun.'
AL-KAHF: 49
Manusia boleh hitung untung ruginya dalam perniagaan, tetapi kadang-kadang lupa untuk menghitung dosa pahalanya dgn ALLAH.
Lupa bahawa kita semakin dekat untuk berpakaian serba putih, beserta kapas, berbau kapor barus.
Lubang hidung pun nanti ada kapas! Sesuatu yg jarang dibuat sewaktu hidup.
Lupa bahawa kita semakin hampir untuk bertemankan cacing dan ulat di dalam tanah yg sempit.
Mari muhasabah diri.
Taubat atas dosa-dosa terlampau.
Yang nak jadi tetamu ALLAH di Haramain, bersih dan sucikan diri anda. Zahir dan batin.
Ingat! Raqib dan 'Atid tak pernah tersilap dalam tugasan mereka.
Jangan lupa mereka, cukup dekat............... di kiri kanan kita.
2 comments:
Salam,
Ustaz,apakah ubat terbaik untuk membersih dan menyucikan hati yang kotor dengan perkara2 yang bathil?
Salam buat Pacheko. Zikrulah, bacaan quran, tanamkan sifat2 Mahmudah adalah antara ubat2 untuk menyucikan hati. Kata Imam Ghazali r.h.m., antara tanda2 hati yg hidup:
1. Lekas segera minta ampun bila dah buat dosa
2. Gembira dan seronok bila melakukan kebaikan.
Wallah hu a'lam.
Post a Comment