Friday, January 1, 2010

Cerah hatinya!

Al-HAJJ: 46

Maksudnya: `Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya- dgn melihat kesan-kesan yg tersebut - mereka menjadi org yg ada hati yg dgnnya mereka dapat memahami, atau ada telinga yg dgnnya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yg sebenarnya bukanlah mata kepala yg buta, tetapi yg buta itu ialah MATA HATI yg ada di dalam dada.



Salam.

Habis sampaikan kuliah di Masjid Batu smlm, seorang mu'allaf bernama Haikal telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dlm masa 10 minit.

Haikal buta semenjak dilahirkan. Dia dari keluarga berbangsa Cina.

Dia memeluk Islam ketika berusia 15 tahun. Keluarganya tidak membantah.

Dia mengenali Islam sejak berusia 9 tahun lagi, hasil pergaulannya dgn rakan-rakan sebayanya yg beragama Islam.

Sekarang dia sedang menuntut di National Blind school di Afrika Selatan, dalam bidang Syariat Islam dan Bahasa Arab. Sekarang sedang bercuti musim panas. Pulang ke Malaysia.

Antara perkara paling menarik yg diperkatakan Haikal ialah berhubung dgn Ahli Parlimen Islam di Afrika Selatan. Semuanya penghafaz Al-Quran.!

Sedap la bersidang dan berhujah bila Quran dalam kepala.

Mungkin tak da istilah walk out bagi MP di sana! Atau pun, parlimen bertukar jadi tempat sarkas.

Apa pun, kutipan derma mlm tu semuanya untuk Haikal. Dia nak beli lap top braille.

Selamat maju jaya untuk Haikal.

Monday, December 28, 2009

Pesan S.Uthman r.h.

ALI-IMRAN: 185

Maksudnya: `Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya...................'




Salam.

Kematian tak pernah dicari, tetapi ia datang mencari manusia.

Telah berkata Saidina Uthman r.h. - `Takutlah kamu kalau-kalau Malaikat pencabut nyawa mencabut nyawa kamu dalam keadaan kamu tidak bersedia untuk bertemu ALLAH.'

Sangkaan baik kita kpd saudara Islam kita yg meninggal dalam tragedi di Ipoh kelmarin.

Bersedialah dalam apa keadaan sekalipun - by all means!

Ya ALLAH! Matikan kami dalam husnul khatimah.



Saturday, December 26, 2009

Ibadah dalam kejahilan


AT-TAUBAH: 122

Maksudnya ' Dan tidaklah (betul dan elok) org-org yg beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya org-org (yg tienggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yg dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yg keluar berjuang) apabila org-org itu kembali kpd mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan ALLAH).'

Dalam keadaan perang pun, tidak semua dikehendaki keluar untuk menghadapi musuh.

Sebahagian kena tinggal untuk mempelajari ilmu tentang Islam.

Bagaimana sebahagian kita boleh memilih untuk tidak bersusah payah mendalami ilmu tentang Islam, sedangkan suasana kita adalah suasana tenang dan aman?

Kalau ada perang pun, perang 'demokrasi'. Itu pun 5 tahun sekali, atau kalau ada YB yg dijemput awal bertemu Pencipta.

Wahai mereka yg rumahnya brdekatan masjid dan surau, keluarlah, dan susun langkahmu ke arah majlis yg dihadiri sama ribuan Malaikat.

Wahai yg punya masa lapang yg banyak, aturlah langkahmu. Berhijrahlah ke arah mencintai majlis ilmu.

Wahai yg masih sehat, yg masih kuat pendengarannya, segeralah mencari kefahaman Islam, sebelum dipekak tuli oleh ALLAH SWT.

Ingat pesan Rasulullah saw- Di akhir zaman, akan muncul ahli ibadah yg jahil!


Friday, December 25, 2009

Air mata PMR!


Salam.

Rasulullah saw telah brsabda (mafhum):

`Tidak akan masuk neraka seseorang yg menangis kerana takut kpd ALLAH, sehingga susu itu dapat kembali ke lampungnya (menunjukkan satu perkara yg mustahil). Tidak akan berkumpullah debu fi sabilillah itu dgn asap neraka jahannam.'
(MUSLIM DARI ABU HURAIRAH R.H.)


Berapa banyak dah air mata kita tumpah kerana menangisi dosa-dosa yg lampau?

Berapa banyak pula yg dialirkan kerana mengenangkan betapa banyaknya ni'mat ALLAH k atas kita, tetapi terlalu sedikit amalan yg dipersembahkan kpd ALLAH?

Hari ini ramai ibu-bapa yg menangis gembira atas keputusan cemerlang anak-anak mereka di dalam PMR. Tahniah diucapkan. Segala penat-lelah berbaloi dgn keputusan yg diterima.

Jangan pula nanti ibu-bapa menangis di akhirat kerana anak cemerlang di dunia sahaja.

Solatnya diabaikan. Tak pernah diambil peduli oleh ibu-bapanya.

Penjagaan 'auratnya pun tak diambil kisah. Anak zaman sekarang, biarlah mengenal fesyen-fesyen terkini!

Pakai seluar jeans, t-shirt lengan pendek, tudung ala-ala Sophia Loren....... Biarlah, anak zaman internet. 1 Malaysia!

Dia nak bawak balik rumah jantan mana pun tak kisah. Ini zaman Brad Pitt, Tom Cruise. Bukan zaman Nordin Ahmad dalam Film Semerah Padi.

Nanti jantan tu usung dia ke sana ke mari. Penyudahnya, anak dara pun usung perut yg sudah berisi. Itu yg akhbar dedahkan - Hari ni aqad nikah, esok beranak!








Wednesday, December 23, 2009

Penjara org beriman



Salam.

Sabda Rasulullah saw (mafhum):

`Dunia itu adalah laksana syurga bagi org kafir, tetapi ibarat penjara bagi org-org yg beriman.'
(MUSLIM)

Tak da satu pun pantang larang di dalam syurga bagi penghuninya. Apa yg mereka inginkan semuanya disediakan ALLAH. Begitulah dunia bagi si kafir. Nak makan apa, telan lah. Dari biawak di pokok kelapa, sampai babi di hutan. Nak pakai apa, pakailah, sampai juling biji mata menengoknya. Nak berjudi, makan riba, rasuah, sapu semua, sebab dunia adalah syurga bagi si kafir.

Bagi org beriman, kena berlakun menjadi 'banduan' di dunia.

Seorang banduan di penjara diikat dgn segala peraturan, bermula dari makan-minum, bersukan, sampailah kpd berpakaian, semuanya ditentukan oleh pihak penjara.

Tak boleh sesuka hati mereka nak makan apa saja, nak berpakaian mengikut kehendak hati mereka.

Mereka mesti patuh kpd undang-undang penjara.

Begitulah org-org beriman. Mesti patuh kpd tuan punya alam ini, ALLAH SWT. Segala peraturan yg telah ditetapkan melalui RasulNya, adalah satu kemestian yg tidak boleh disanggah. Menyanggahnya, bererti, menempah tiket ke neraka!

Monday, December 21, 2009

Warisan penjajah



Salam.

Di antara agenda terbesar peristiwa hijrah ialah penyatuan ummah.

Aus/khazraj dan muhajirin tidak pernah bertemu sebelumnya, namun menjadi mesra yg amat sangat, mengalahkan kemesraan adik beradik.

Rahsianya? Kerana mereka diikat dan dipersaudarakan di atas aqidah.

Di atas ALLAH YG ESA.

Di atas menerima seruan Rasul yg tak pernah berdusta - Muhammad saw.

Di atas menerima ajaran Al-Quran yg satu.

Yg hitam seperti Bilal ibn Rabah, boleh bersama kaum Ansar yg cantik dan segak itu.

Mereka tidak melihat warna kulit, bangsa dan keturunan.

Yg mereka lihat ialah Islam.

Yg mereka fikir ialah Islam. Bagaimana mahu menyebar dan mempertahankannya.

Kebanyakan kita menyeru atas perpaduan bangsa semata-mata, mencampak jauh-jauh halal haram dan arahan Rasul yg mulia.

Bagi sebahagian kita, biar bangsa maju, walau Islam terperosok ke penjuru kehidupan. Dilupai orang. Dipermain, ditertawakan.

Inilah perpaduan warisan penjajah.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan org-org (Ansar) yg mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka (muhajirin), mereka mengasihi org-org yg berhijrah ke negeri mereka , dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yg telah diberi kpd org-org yg telah berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan org-org yg berhijrah itu lebih dpd diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat..............'
AL-HASYR: 9

Thursday, December 17, 2009

Carilah 'Tuhan' yg lain!

Salam.

Rasulullah saw bersabda: ALLAH berfirman (hadith Qudsi):

`DiriKu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu. Muhammad (saw) adalah hamba dan RasulKu. Sesiapa yg:-

TIDAK REDHA dgn ketetapanKu;

TIDAK SABAR atas cubaanKu;

TIDAK BERSYUKUR atas ni'matKu; dan

TIDAK MERASA CUKUP terhadap pemberianKu, maka hendaklah dia menyembah Tuhan selain Aku.'

Ya ALLAH! Ampun kami ya ALLAH........

Wednesday, December 16, 2009

Tak nak pergi risik ke?

Salam.

1. Dewan Rakyat diberitahu bahawa kos pembinaan rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi adalah sebanyak RM12 Juta.

2. Tak tahu lah kita dari mana datang sumbernya. Ada org sponsor mungkin, atau dia berdikit-dikit menyimpan wang gaji bulanannya selama dia menjadi PM selama 5 tahun. Tidakkah gaji dan elaun seorang PM boleh mencecah puluhan ribu sebulan? Atau datang dari wang / cukai rakyat?

3. Memanglah menggiurkan untuk tinggal di rumah yg harganya sedemikian rupa. Kita yg rumah tak seberapa ni, tentu terbayang-bayang akan keadaan rumah yg harganya RM12 Juta itu.

4. Kolam renangnya, kawasan reakreasinya, bilik-bilik yg dilengkapi alat penghawa dingin, tentu menyilaukan mata sesiapa yg memandangnya.

5. Jangan lupa pula bibiknya!

6. Perlukah dalam usia Tun Abdullah yg sudah hampir 70 tahun itu, dia mendiami rumah yg sebegitu mewah? Atau ini salah satu daripada projek Islam Hadhari yg dicanangkannya dulu?

7. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, tetap letih menjaganya.

8. Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):

`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............'
AT-TAHRIM: 11

9. SPRM tak sudi nak risik-risik ke? RM12 Juta tu, bukan 12 Ringgit!

Monday, December 14, 2009

Masih ada waktu



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dan Kami bawa Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Fir'aun dan tenteranya, dgn tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Fir'aun hampir tenggelam, berkatalah ia (pd saat yg genting itu): 'Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yg dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari org-org yg berserah diri (menurut perintah).'

'(ALLAH berfirman): ' Adakah sekarang (baharu engkau beriman), pd hal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari org-org yg melakukan kerosakan?.'
YUNUS: 90,91

Jangan terlewat atas urusan yg amat penting, terutama yg membabitkan Islam.

Jangan terlewat untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menyumbang ke arah ketinggian Islam - fikiran, masa, tenaga dan harta.

Pastikan kita masuk senarai penghuni Syurga, kekal abadi selama-lamanya, InsyaALLAH.

Tuesday, December 8, 2009

Diari seorang mukmin

Salam.

Begitulah bernilainya hidup bagi setiap org yg beriman.

Dilihatnya hari yg dilaluinya, hari yg bakal dihadapinya, malahan hari yg telah luput darinya, sebagai detik kehidupan yg tidak mampu disia-siakannya.

Dia memandangnya sebagai satu rahmat yg tidak ternilai dari sisi ALLAH.

Ketika org lain melupakan dosanya, dia mengalirkan airmatanya, kerana dosanya kpd ALLAH. Takut kalau-kalau hari yg berlalu dipenuhi dosa menggunung, yg akan membebankannya di akhirat.

Ketika org lain lalai, alpa, membuang masa dgn hari yg dikurnia ALLAH kpdnya, dia berlumba-lumba melakukan kebaikan, walau sekadar melempar senyuman kpd rakannya. Dia menjadi golongan - Fastabiqul khairat.

Ketika org lain tak punya perancangan hidup, dia menanti kedatangan hari esok, dgn penuh harapan dan kesyukuran, untuk menghiasi hari yg bakal mendatang itu dgn amal yg baik, supaya dia tidak keletihan di bumi mahsyar.

ALLAH berfirman (mafhum):

`.........................Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia ALLAH dan rahmatNya kpd kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi ALLAH membersihkan sesiapa yg dikehendakiNya , dan ingatlah ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'
AN-NUR: 21

Saturday, December 5, 2009

Urus dengan efisyen


Salam.

ALLAH berfirman (mafhum):

'Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia......'
AL-KAHF: 46

`Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji'

'Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya'

'Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini).'
AL-HUMAZAH: 1-3

Sabda Rasulullah saw (mafhum):

'Ni'matnya harta di tangan org yg solih.'

Di akhirat, harta di tanya ALLAH 2 kali - Dari mana ambil/perolehi, dan ke mana dibelanjakan.

Jadilah pengurus harta yg efisyen.

Tuesday, December 1, 2009

Ambil kedua-duanya


Salam.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan di antara mereka pula ada yang (berdo'a dengan) berkata: `Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat , dan peliharalah kami dari azab neraka.'

'Mereka itulah yg akan mendapat bahagian yang baik dari apa yg telah mereka usahakan; dan ALLAH amat cepat hitunganNya.'
AL-BAQARAH: 201-202

Monday, November 30, 2009

Hari terakhir



Salam.

Kalau bawak anak-anak bercuti, mandi-manda di Pantai Merdeka, jangan lupa perhati banner di atas.

Lepas Pekan Tikam Batu, akan jumpa Alor Jawi, dlm DUN Pantai Merdeka.

Banner ini terpasang di pagar Masjid Alor Jawi. Tahniah kpd pengurusan masjid. Semoga dapat dicontohi oleh masjid-masjid yg lain.

Paling tidak, kalau terbaca apa yg tertulis, gerun juga nanti nak buat maksiat di Pantai Merdeka, takut itulah hari terakhir. Tak sempat pulak nak bertaubat. Na'uzubillah.................

Jom pi masjid!

Saturday, November 28, 2009

Berkorban atau terkorban?



Salam.

Musim korban tiba lagi.

Dalam Mazhab Syafi'e, ia adalah Sunat Muakkad (yg amat dituntut), manakala ada mazhab yg mewajibkannya.

Maka ramailah yg tampil untuk melakukan ibadah korban ini.

Persoalannya, apakah kita benar-benar mengisi erti sebuah pengorbanan yg diajar oleh Ibrahim a.s.?

Apakah kita bekorban sebab kita punya wang yg banyak? Mana tak banyaknya, lihatlah ketika pelancaran kempen kereta mpv perodua- Alza, berduyun-duyun org ramai menyerbu perodua centre untuk melihat kereta baru itu, sekaligus dgn tempahannya sekali. Kalau kereta yg harganya berpuluh ribu boleh dibeli, down payment pun 5-6 ribu, apa nak kesah dgn Rm 300 atau Rm 350 bagi 1/7 dari seekor lembu korban?

Apakah berkorban kerana adat kebiasaan? Rutin anak qaryah setiap tahun?

Hakikatnya, dalam berkorban ada yg terkorban!

Terkorban aqidah kerana menyokong kebatilan dan kemungkaran.

Terkorban harga diri- pakaian zaman jahiliyyah menjadi pembungkus diri. Hilang sifat malu.

Terkorban jati diri - Halal haram dibuat sesuka hati.

Terkorban nilai kemanusiaan - Mungkar dilihat sebagai kebaikan, manakala kebaikan ditentang sehabis daya dan tenaga.

Firman ALLAH (mafhum):

`Dan bacakanlah (wahai Muhammad saw) kpd mereka kisah (mengenai) dua org anak Adam yg berlaku dgn sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kpd ALLAH). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya, dan tidak diterima dari yg lain.....................................'
AL-MAIDAH: 27

Pastikan kita berkorban, bukan membunuh lembu, spt matador di Sepanyol.

'Mulia' nya binatang korban itu. Mereka sanggup dikorbankan untuk memenuhi perintah ALLAH.

Firman ALLAH (MAFHUM):

`Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kpd ALLAH, tetapi yg sampai kpdNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan taqwa dari kamu....................'
AL-HAJJ: 37

Berkorbanlah dgn apa saja- Masa, tenaga, wang ringgit, jiwa dan raga untuk Islam tercinta ini.

Pertahan ia, kalau ia dihina, diperlekeh musuh durjana, nescaya syurga menanti untuk kekal abadi selama-lamanya di sana.

Thursday, November 26, 2009

Berbaloi-baloi!

Risalah yg disusun oleh 'Ustaz Amin Tok Guru'




Salam.

Hari Isnin lepas, penulis hadir kenduri perkahwinan anak kepada Ust Basyir, Pengetua Sek Ren Islam Zilalil Barakah, Tikam Batu, S.Petani.

Ketiga-tiga anak penulis belajar di sekolah ini. Darjah 1-6.

Alhamdulillah, berjaya sampai ke Univ.

Sebelum pulang, penulis dihadiahkan dgn sedikit buah tangan, antaranya ialah risalah di atas.

Selalunya org bagi kueh, gula-gula, bunga telur dsb.

Ada sedikit kelainan. Perubahan yg baik, yg boleh dicontohi masyarakat.

Menghadiri majlis jemputan kenduri tu dah dapat pahala dah, apatah lagi dgn bekalan risalah yg sedemikian, tentulah berbaloi-baloi, kata iklan Celcom.

Semoga ada yg mengikutnya, InsyaALLAH.

Tuesday, November 24, 2009

Dimatikan Ulamak

Almarhum Syeikh Abu Bakar Awang

Salam.

Almarhum kembali menemui ALLAH SWT kelmarin, sekitar jam 11, pd usia 84 tahun.

Dikebumikan lepas asar, bersebelahan kubur rakan karibnya, Almarhum Syeikh Niamat Yusuf.

Kedua-duanya adalah org kuat MTI (Maahad Tarbiyyah Islamiyah) Derang, yg melahirkan ulamak dan pejuang-pejuang Islam.

Sabda Rasululah saw:

`Bahawasanya ALLAH swt tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dgn sekaligus dari (dada) manusia, tetapi ALLAH menghilangkan ilmu itu dgn mematikan alim-ulamak. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulamak, org ramai akan memilih org-org yg jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.'
MUSLIM

Kedah kehilangan seorang lagi pejuang Islam, setelah Almarhum Pak ya Junid, Ust Azahari, Ust Fadhil Nor, Ust Niamat Yusuf.

Al-Fatihah untuk mereka semua.

Saturday, November 21, 2009

Di mana nilai manusia?


Salam.

Inilah kita, manusia.

Dah mati, dikerat, dipotong-potong.

Post-mortem la bahasa mudahnya.

Tanpa iman dan taqwa, apa lah yg ada pd kita.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan orang-orang yg beriman dan mengerjakan amal yg solih, serta beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpd Muhammad (saw)- yg ialah kebenaran dpd Tuhan mereka - ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan akhirat).'
MUHAMMAD (saw) : 2

Thursday, November 19, 2009

Good luck



Salam.

Good luck to all SPM candidates.

Banyakkan solawat atas Rasulullah saw, ingat ALLAH selalu.

InsyaALLAH, dipermudah ALLAH menghadapi kertas peperiksaan.

Saturday, November 14, 2009

Hentakan tumit

Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Isma'il, sesungguhnya ia adalah benar menepati janji, dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, dan ia pula adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya.'
MARYAM: 54,55

Hentakan tumitnya menerbitkan zam-zam.

Air yg paling hebat kandungan mineralnya di dalam dunia.

Tak pernah kering, dan tak pernah habis-habis.

Diminum sampai qiyamat.

Rasulullah saw galakkan kita ziarah sahabat/jiran/taulan yg baru pulang dari menunaikan haji. Selain bertanya khabar, air inilah yg kita nak minum.

Kalau hidang teh tarik, kedai mamak pun berlambak!

Rasul yg mulia ada berpesan: `Diminum zam-zam bersama dgn niat.'

Sambil minum, niatlah yg baik.

Friday, November 13, 2009

Vitamin M




Salam.

Pemuda di atas bernama Azizuzanadi Zainuddin.

Menetap di Pelangai, Bentong, Pahang.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan dari Northwood Univ, Michigan, US.

Memiliki Ijazah Sarjana (Masters) in Info System

Masters in International Buisness

Masters in Risk Management

Ketiga-tiga Masters dari Concordia Univ, Wisconsin, US.

Sekarang sebagai penternak kambing biri-biri baka Australia.

Itulah yg diajar oleh Rasulullah saw di dalam satu doa:

`..........aku berlindung kpdmu Ya ALLAH dari LEMAH dan MALAS.............'

Sebahagian masyarakat melayu kita terlalu banyak Vitamin M - Malas!

Malas penghalang utama atas sebarang kejayaan.

Kata Saidina Umar r.h. - Langit tidak menurunkan hujan emas!