Monday, December 21, 2009

Warisan penjajah



Salam.

Di antara agenda terbesar peristiwa hijrah ialah penyatuan ummah.

Aus/khazraj dan muhajirin tidak pernah bertemu sebelumnya, namun menjadi mesra yg amat sangat, mengalahkan kemesraan adik beradik.

Rahsianya? Kerana mereka diikat dan dipersaudarakan di atas aqidah.

Di atas ALLAH YG ESA.

Di atas menerima seruan Rasul yg tak pernah berdusta - Muhammad saw.

Di atas menerima ajaran Al-Quran yg satu.

Yg hitam seperti Bilal ibn Rabah, boleh bersama kaum Ansar yg cantik dan segak itu.

Mereka tidak melihat warna kulit, bangsa dan keturunan.

Yg mereka lihat ialah Islam.

Yg mereka fikir ialah Islam. Bagaimana mahu menyebar dan mempertahankannya.

Kebanyakan kita menyeru atas perpaduan bangsa semata-mata, mencampak jauh-jauh halal haram dan arahan Rasul yg mulia.

Bagi sebahagian kita, biar bangsa maju, walau Islam terperosok ke penjuru kehidupan. Dilupai orang. Dipermain, ditertawakan.

Inilah perpaduan warisan penjajah.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan org-org (Ansar) yg mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka (muhajirin), mereka mengasihi org-org yg berhijrah ke negeri mereka , dan tidak ada pula di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yg telah diberi kpd org-org yg telah berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan org-org yg berhijrah itu lebih dpd diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat..............'
AL-HASYR: 9

No comments: