Wednesday, November 11, 2009

Hasutan Iblis



Salam.

Iblis laknatullah pernah ganggu Nabi Adam dan Hawa a.h.s. dgn buah terlarang, akhirnya, kedua-duanya keluar dari Syurga. (Tentulah punya hikmah disebaliknya).

Iblis hasut dan ganggu anak Nabi Nuh a.s., katanya, dia akan ke gunung, nescaya dia akan selamat dari banjir besar, banjir kemurkaan ALLAH SWT. Akhirnya, dia mati dalam kekafiran.

Iblis masukkan jarumnya kpd anak-anak Nabi Ya'kub a.s., yakni, abang-abang Nabi Yusuf a.s. Disebabkan hasad, Nabi Yusuf dicampak ke dalam telaga, dibogelkan. Baju Nabi Yusuf dilumur darah serigala. Abang-abang pulang, mengadap ayahanda. Menangis berlakun, mengeluarkan air mata buaya, kononnya Yusuf dimamah serigala. Yusuf menderita. Dijual di pasar Mesir. Dibeli oleh Raja. Dipelihara di dalam istana. Isteri si Raja tak mampu menahan gelora. Yusuf a.s. menolak ajakan nafsu celaka. Konspirasi istana menyumbat Yusuf a.s. ke penjara. Bertahun lamanya di balik tembok. Ujian ALLAH buat Rasul yg mulia.

Nabi Ayyub a.s. ditimpa kesakitan yg teruk. Syaitan membisikkan kpd isterinya - 'Tinggalkanlah dia!". Ayyub a.s. keseorangan. Si isteri tidak sanggup menanggung kesusahan.

Iblis menunggang golongan munafiqun di Madinah. Bersorak mereka menaburkan fitnah - 'A'isyah telah berzina dgn Safwan!.' Na'uzubillah. Tiada inci bumi Madinah yg tidak sampai fitnah ini. Goncang rumahtangga Rasulullah saw.

Iblis hasut si tua di atas. Iblis mengajarnya dgn berkata 'Kalau hang tak mau hidup dgn aku, mai kita mati sama-sama.'

Dia menikam isterinya, Zabedah Ali, 73 tahun, sehingga mati, di Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan - dalam Parlimen Kuala Kedah.

ALLAH memberi peringatan:

`Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga.........'
AL-A'RAF: 27

'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatau hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kpd ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'
FUSSILAT: 36

Cuma yg 'mahal', payung yg cover mayat tu.........

Rasa pernah nampak je lambang tu, tapi di mana ya?

9 comments:

naimayob said...

bagus punya depa snap gmbr tu....lambang tu yang mahal....bkn sng dapat...tua2 pun cemburu lagi...

PRO ISLAM said...

Payung free, ambil saja la. Memang sah orang belah sana, ha...ha....haaa

Abu Faqihah 74 said...

logo pada payung ..menggambarkan riwayat UMNO akan tamat seperti jenazah itu..amin..!!!

pacheko said...

Dah sampai zaman nyanyuk dia dah... pasai tu bini sendiri pun kena bunuh...

Gedung Ilmu said...

Salam..
Walaubagaimanapun sama-sama kita doa agar rohnya dicucuri Allah. Bagi Lambang tertera tu adalah petanda PRU13 akan tersungkur Doakan Islam mendapat kemenangan.

Azhar said...

Salam Ustaz,

Utusan Meloya baik punya cover lambang tu lihat link : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm . Kenape ye cover lambang tu ?

Budak Syburi said...

iblis, dia hasut tak kira umur, tak kira ustaz, tak kira sapa-sapa saja.

minta jauh dari godaan iblis.

nurkasih said...

Assalamualaikum,

Sy nie sokong Islam kerana agama ini adalah agama yang benar. Sy amat bersyukur kerana dilahirkan oleh orang Islam dan ditakdirkan masih Islam. Sy mohon kepada ALLAH supaya sy sentiasa Islam dan mati pun dalam Islam.
Sy nak citer ni kerana ustaz bkn sahaja seorang yg mempunyai ilmu agama yg tinggi tp juga ilmu kejuruteraan yg tinggi. Untuk jadi jurutera bknlah mudah. IQ kena tinggi...itu anugerah ALLAH. Pemikiran ustaz mmg first class.

Nak citer ker tak nie? Sy mintak maaf dulu la ustaz kot2 ustaz tak setuju atau tersinggung nanti.

Nabi Muhammad saw, sejak dilantik menjadi rasul sentiasa berusaha menyatukan umat manusia di atas nama Islam. Politiknya pun adalah politik yang berteraskan penyatuan umat. Tidakkah kita perhatikan kaum ansar boleh bersatu dengan kedatangan Islam padahal mereka bermusuhan di antara puak mereka? Malangnya setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu kita berpecah sesama Islam. Kita bertelagah sesama sendiri sepertimana berlaku selepas kematian Saidina Usman ra. Tidakkah itu pengajaran dari ALLAH untuk kita fikirkan?

Sy sedih sbb kita tidak sayangkan saudara kita sendiri. Pasal payung lambang BN pada payung pun kita boleh menaikkan amarah kita pada UMNO (utk pengetahuan sy bkn ahli UMNO). Mcm pacheko kata mmg tepat...dah sampai zaman nyanyuk dah. Orang nyanyuk atau senile dementia, kadang2 normal kadang2 tidak normal. Kita yg sentiasa normal ini kena lebih rasional lagi.

Sy difahamkan ada usaha dari beberapa orang kuat PAS yg inginkan kita umat Islam bersatu dlm erti kata yg sebenar, seperti yg dituntut oleh Islam. Namun usaha itu mendapat tentangan. Biar sy katakan di sini bahawa pada akhir zaman ini Islam akan menang bkn dengan jalan majoriti undi. Dalam erti kata yg lain Islam akn menang bkn dgn jalan demokrasi. Islam akn menang sebagaimana Rasulullah saw menyatukan umatnya semasa hayatnya. Perlu ada manusia yang berani menegakkan kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana2 parti politik yg mengamalkan demokrasi. Siapa yg mencipta demokrasi? Tidakkah barat termasuk yahudi laknatulllah?

Bangunlah wahai umat Islam!!

Sy ada satu cara untuk penyatuan ini...orang PAS kahwin dgn org UMNO. Didiklah mereka kepada Islam yg sebenar...didiklah zuriat-zuriat mereka nnt. Bila sampai masanya, Islam tidak perlu lg mengharapkan kemenangan dari undi majoriti. Jgn salah faham dgn sistem komunis yg juga tidak mengamalkan demokrasi tetapi salah di sisi Islam. Sy juga BUKAN berfahaman komunis.

Macamaner ustaz boleh tak satukan umat Islam nie?

Nak tanya sket...mana perginya artikel tentang bola sepak Kelantan lwn N.9 tempohari?

Jgn marah no ustaz sama bg komen nie...sy sayang ustaz kerana ALLAH. Kalau sy salah maafkan lah sy. Tunjuk ajarlah sy jika sy dah terpesong dari ajaran Islam.

Ust Halim Nasir said...

Sama buat Nurkasih. Kadang-kadang kita terlalu `syadid' dgn politik, sehingga melupakan tuntutan ugama. Seolah-olah kita `bertuhankan' demokrasi, sdgnkan ia hanyalah sistem yg kita tumpang untuk menyampaikan cita-cita dan perjuangan Islam ini. Sampai naik pening kadang-kadang memikirkan hal yg sebegini. Doalah yg terbaik untuk kesejahteraan Islam dan ummatnya. Atikel bola tu, mungkin anak ana dah delete kot, sbb bengang Kelantan kalah. He he he.....