Wednesday, November 11, 2009

Hasutan Iblis



Salam.

Iblis laknatullah pernah ganggu Nabi Adam dan Hawa a.h.s. dgn buah terlarang, akhirnya, kedua-duanya keluar dari Syurga. (Tentulah punya hikmah disebaliknya).

Iblis hasut dan ganggu anak Nabi Nuh a.s., katanya, dia akan ke gunung, nescaya dia akan selamat dari banjir besar, banjir kemurkaan ALLAH SWT. Akhirnya, dia mati dalam kekafiran.

Iblis masukkan jarumnya kpd anak-anak Nabi Ya'kub a.s., yakni, abang-abang Nabi Yusuf a.s. Disebabkan hasad, Nabi Yusuf dicampak ke dalam telaga, dibogelkan. Baju Nabi Yusuf dilumur darah serigala. Abang-abang pulang, mengadap ayahanda. Menangis berlakun, mengeluarkan air mata buaya, kononnya Yusuf dimamah serigala. Yusuf menderita. Dijual di pasar Mesir. Dibeli oleh Raja. Dipelihara di dalam istana. Isteri si Raja tak mampu menahan gelora. Yusuf a.s. menolak ajakan nafsu celaka. Konspirasi istana menyumbat Yusuf a.s. ke penjara. Bertahun lamanya di balik tembok. Ujian ALLAH buat Rasul yg mulia.

Nabi Ayyub a.s. ditimpa kesakitan yg teruk. Syaitan membisikkan kpd isterinya - 'Tinggalkanlah dia!". Ayyub a.s. keseorangan. Si isteri tidak sanggup menanggung kesusahan.

Iblis menunggang golongan munafiqun di Madinah. Bersorak mereka menaburkan fitnah - 'A'isyah telah berzina dgn Safwan!.' Na'uzubillah. Tiada inci bumi Madinah yg tidak sampai fitnah ini. Goncang rumahtangga Rasulullah saw.

Iblis hasut si tua di atas. Iblis mengajarnya dgn berkata 'Kalau hang tak mau hidup dgn aku, mai kita mati sama-sama.'

Dia menikam isterinya, Zabedah Ali, 73 tahun, sehingga mati, di Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan - dalam Parlimen Kuala Kedah.

ALLAH memberi peringatan:

`Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga.........'
AL-A'RAF: 27

'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatau hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kpd ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'
FUSSILAT: 36

Cuma yg 'mahal', payung yg cover mayat tu.........

Rasa pernah nampak je lambang tu, tapi di mana ya?

Tuesday, November 10, 2009

5 yg dipandang sebelah mata


Salam.

Waktu dan ketika yg ramai kita melalaikannya:

1. Keutamaan panggilan azan

2. Saf awal

3. Bersegera menuju ke masjid

4. Keutamaan sepertiga malam yg awal

5. Subuh

Kita memang lalai.

Disibukkan oleh urusan dunia yg tak pernah-pernah habis.

Apa pun, Vespa di atas tetap berwarna hijau putih!

Saturday, November 7, 2009

Spare sikit duit



Salam.

Dapat RM 7 Juta dari putera Arab Saudi kerana pulangkan barang tercicir milik kerabat Arab tu. Bagus la, satu sifat yg mulia. Barang milik orang, bukan kita punya, nak buat apa kita ambil. Berdosa.

Duit 7 Juta pun khabarnya dah diagih2kan kpd yg memerlukannya. Alhamdulillah, satu lagi sifat mulia. Tidak makan sorang. Tidak bakhil.

Harap-harap, spare sikit la duit untuk beli kain tudung.

ALLAH memberi peringatan:

`Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan yg beriman supaya menyekat pandangan mereka ( dpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir dpdnya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka.....................
AN-NUR: 31

Thursday, November 5, 2009

Senyum lah sikit


Salam.

Jangan senyum tanpa sebab.

Bahaya! Boleh membawa anda ke Tanjung Rambutan.

Kalau nak lebih sikit bayar tol - Tampoi!

Wednesday, November 4, 2009

All yours!


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah (saw) sesudah terang nyata kpdnya kebenaran petunjuk (yg dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yg lain dari jalan orang-orang yg beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yg dipilihnya, dan (pd hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam; dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.'
AN-NISAK: 115

`Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Qur'an) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yg menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang dpdnya.'
AZ-ZUKHRUF: 36

`Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yg membawanya kpd kejahatan, dan yg membawanya kpd bertaqwa.'

AS-SYAMS: 8

It's all yours!

Tuesday, November 3, 2009

Jangan lupa mereka


Salam.

ALLAH SWT berfirman (mafhum):

`Dan kitab-kitab 'amal juga tetap akan dibentangkan , maka engkau akan melihat orang-orang yg berdosa itu, merasa takut akan apa yg tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: 'Aduhai celakanya kami! Mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yg kecil atau yg besar, melainkan semuanya dihitungnya!'. Dan mereka mendapati segala yg mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zolim kpd seseorang pun.'
AL-KAHF: 49

Manusia boleh hitung untung ruginya dalam perniagaan, tetapi kadang-kadang lupa untuk menghitung dosa pahalanya dgn ALLAH.

Lupa bahawa kita semakin dekat untuk berpakaian serba putih, beserta kapas, berbau kapor barus.

Lubang hidung pun nanti ada kapas! Sesuatu yg jarang dibuat sewaktu hidup.

Lupa bahawa kita semakin hampir untuk bertemankan cacing dan ulat di dalam tanah yg sempit.

Mari muhasabah diri.

Taubat atas dosa-dosa terlampau.

Yang nak jadi tetamu ALLAH di Haramain, bersih dan sucikan diri anda. Zahir dan batin.

Ingat! Raqib dan 'Atid tak pernah tersilap dalam tugasan mereka.

Jangan lupa mereka, cukup dekat............... di kiri kanan kita.

Saturday, October 31, 2009

Matikan hujjah musuh


Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad saw) tentang orang yg berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana ALLAH memberi orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: `Tuhanku ialah Yang Menghidup dan Yang Mematikan.' Ia menjawab: `Aku juga boleh menghidup dan mematikan.' Nabi Ibrahim berkata lagi:` Sesungguhnya ALLAH menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkan ia dari barat.' Maka tercenganglah orang yg kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), ALLAH tidak akan memberikan petunjuk kpd kaum yg zolim.'
AL-BAQARAH: 258

Antara skil dalam berda'wah ialah:

Berda'wah sambil mematikan hujjah musuh.

Bila dah takda hujjah dia melawan juga, maka layaklah dia di salai di dalam neraka!









Tuesday, October 27, 2009

Ramai yang terlepas pandang



Salam.

Dari Salamah bin Al-Akwa' r.h., bahawasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah saw, dgn menggunakan tangan kirinya lalu Rasulullah saw bersabda: 'Makanlah dgn menggunakan tangan kananmu.' Orang itu berkata: ' Saya tidak dapat makan yg sedemikian itu.' Rasulullah bersabda: ' Tidak dapat engkau?' Ia berbuat sedemikian itu, tidak ada yg mendorongnya, melainkan kesombongannya jua. Salamah berkata: ' Orang itu akhirnya benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya,' yakni, tangannya terus cacat untuk selama-lamanya, sebab tidak dapat digunakan untuk apa-apa lagi.
MUSLIM

Saturday, October 24, 2009

Supernova



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`...................dan Kami turunkan besi, di dalamnya ada kekuatan yg besar dan berbagai menafaat untuk manusia..............'
AL-HADID: 25

Besi asalnya berada di dalam bintang-bintang dalam sistem cakerawala.

Oleh kerana suhunya yang terlalu tinggi, maka bintang-bintang tidak mampu menanggungnya lagi, maka berlakulah letupan yg dipanggil dgn istilah NOVA atau SUPERNOVA.

Meteor yang mengandungi besi jatuh ke bumi.

Semuanya untuk manusia, khalifah yang dicipta ALLAH di bumi.

Manusia sering lupa diri, sedangkan ni'mat datang silih berganti.

Friday, October 23, 2009

3 Kegelapan



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`..................... Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian, dalam 3 SUASANA KEGELAPAN........'
AZ-ZUMAR: 6

3 Tahap kegelapan:

1. PRE-EMBRIONIK - 2 1/2 Minggu pertama, membenamkan diri pada dinding rahim.

2. EMBRIONIK - 5 1/2 Minggu - Embrio - Organ dan sistem tubuh terbentuk.

3. FETUS - 8 Bulan sehingga dilahirkan.

Tak da siapa boleh mencabar keagungan mu'jizat Al-Quran, melainkan mereka yg telah mewaqafkan dirinya untuk ke neraka!

Thursday, October 22, 2009

Modenisma yg melingkupkan



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dialah yg menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya , serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan ALLAH; dan (ingatlah), kpd ALLAH jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah ni'matNya dan takutilah kemurkaanNya).'
AL-MULK: 15

MODENISMA di barat digerakkan oleh falsafah enlightment-humanism (pencerahan manusia/ pembebasan manusia) dari tradisi.

3 asas utama modenisma:

1. Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya - ATHEISM, AGNOTISM

2. Alam semesta wujud secara mekanistik mengikut hukumnya yang tersendiri - IMMANENTISME

3. Aqal rasional dan pancaindera mampu memahami fenomena alam dengan sendiri - RASIONALISM

Perkara 1 - Menidakkan ALLAH sebagai pencipta.
- Manusia bebas buat apa saja, tanpa ada rasa pengawasan dari ALLAH
- Dunia hancur dgn manusia sebegini

Perkara 2 - Sains yg menolak kewujudan ALLAH
- End of this universe - apabila kuasa graviti yg mengikat sistem cakerawala menjadi lemah - Kefahaman ttg qiamat yg menolak ALLAH

Perkara 3 - Musibah, amaran ALLAH spt banjir, gempa, taufan dsb hanyalah fenomena alam. Tiada sebab2 kedurhakaan manusia terhadap ALLAH SWT.

Na'uzubillahi min zalik.

Sesungguhnya barat maju tanpa aqidah.

Wednesday, October 21, 2009

Dajjal sebelum Dajjal



Salam.

13 Apr 1909 - Tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari tampuk pemerintahan Kerajaan Ottomaniyah Turki, melalui konspirasi jahat pihak musuh.

Beliau pernah menegur Ataturk dgn katanya:

'Tidak ada kebaikan yg boleh aku harapkan dpd golongan yg mengabaikan solat.'

Melabel Ataturk sebagai 'Dajjal dan pembinasa agama.'

Golongan pembinasa agama itu akan terus lahir dan terus lahir......... menyambung nafas keji si Ataturk, dgn memahami Islam mengikut selera mereka, bukan mengikut acuan yg ditinggalkan Rasul saw.

Mereka akan memudah-mudahkan Islam.

Merekalah Dajjal sebelum Dajjal!

Firman ALLAH (mafhum):

`Kemudian mereka digantikan oleh keturunan -keturunan yg mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dgn melakukan ma'siat); maka mereka akan menghadapi azab (di dalam neraka).'
MARYAM: 59

Friday, October 16, 2009

Ini Negara Demokrasi

Salam.

Beberapa tahun dulu, gegak gempita Dewan Merdeka di PWTC agar diluluskan cadangan menukar logo Petronas kerana katanya mirip logo lambang PAS.

Hari ni, gegak gempita lagi tentang cerita Petronas.

Wakil UMNO Kedah mintak PM jenguk2 la petronas, sbb katanya banyak geng pembangkang di dalamnya.

Wakil UMNO Wilayah cadangkan supaya dilakukan pemutihan terhadap Petronas, supaya menyokong UMNO 100%!

Malaysia ni kan Negara Demokrasi, suka hati la siapa yg kita nak sokong.

Nak masuk Parti mana pun, masuk la. Semuanya berdaftar di bawah ROS.

Apa masalahnya bila ada yg sokong lain dari UMNO?

Minyak di stesyen pam Petronas setakat ni tak da masalah dalam melayani kehendak pengguna. Maknanya, bermula dari pekerja-pekerja di pelantar-pelantar minyak di tengah laut, sehinggalah kpd jurutera-jurutera petronas, sampailah kpd staf-staf di pejabat, semuanya menjalankan tugas mereka dgn baik. Yang masalahnya ialah harga minyak yg naik! Membebankan.

Tambahan pula, mereka adalah golongan yg cerdik, yg dapat bezakan hak dan batil, bukan macam setengah dari masyarakat kita yg berqiblatkan kain pelikat dan gula sekilo! SRP pun ambil 7 kali, menyamai 7 petala langit, tak lulus-lulus juga. Baca NST pun terbalik!

Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar! Hampeh!

Opppps! Satu lagi - Ketua UMNO Tasik Gelugor cadang ditubuhkan Dewan Ulama UMNO, termasuklah mencadangkan penubuhan TV UMNO.

Bersediakah Hamid Othman dan rakan-rakan yg sewaktu dgnnya?

Wan Mokhtar boleh kut..................

Harap-harap tak batal lagi la kalau PAS ajak muzakarah.

Thursday, October 15, 2009

Ubat punggung


Salam.

Ada ubat punggung tak di klinik-klinik atau farmasi?

Kalau ada, tolong beli dan sedeqahkan kat mereka sorang satu. Punggung mereka sedang sakit tenat.

Auuuuuw!

Wednesday, October 14, 2009

Cinta yang wajib dicari

Kalau berada dalam bas dari Jeddah ke Madinah, sampai saja di pinggir Madinah, nampak saja kubah hijau dari dalam bas, pasti mengalir air mata, kerana di bawah kubah hijau inilah Rasul yg mulia.........

Suasana berbuka puasa di Masjid Nabawi

Salam.

Cinta itu terbahagi ia kpd 2 bahagian.

1. CINTA YG TAK PAYAH DIPELAJARI - spt cinta pd diri sendiri, kalau sakit, makanlah ubat. Atau cinta kpd kedua ibu bapa. Secara sendirinya, perasaan ini tak payah diajar, hatta binatang pun sayang pd anak-anaknya.

2. CINTA YG MESTI DICARI, DIPELAJARI- iaitulah cinta kpd Rasulullah saw. Ia tidak datang dgn sendiri. Mesti belajar kehidupan Rasulullah saw, pahit maung, sakit getirnya dalam membawa risalah, sudah pasti menerbitkan rasa rindu dan kasih kpdnya.

Rasul yg mulia, saw, ada bersabda (mafhum):

`Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yg dikasihi olehnya lebih dpd ibu bapanya, anak-pinaknya dan manusia seluruhnya.'
(SYAIKHAN)

Jangan ulang cinta si Abu Talib!

Monday, October 12, 2009

Solve this equation


Salam.

Subject: Add Maths 1 Malaysia (Paper 1)

Solve this equation:

Given x= Bagan Pinang

y= nilai rasuah

By taking the value of Pie is 3.142, find Isa Samad in UP (Undi Pos). (10 marks)

Bisa bingung



Salam.

Masih tak ku temui jawapannya.

Kaki rasuah yg pernah dikenakan tindakan boleh menang................

Bisa bingung memikirkannya!

Saturday, October 10, 2009

Memang panas pun

Grand Final Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2009 di UKM

Salam.

Memang panas pun!

Dunia zaman sekarang. Prinsipnya- `Apa org lelaki buat, perempuan pun boleh juga'

Islam tak pernah menghalang kegiatan bersukan. Menunggang kuda, memanah dan berenang adalah di antara perkara yg dinyatakan di dalam hadith Rasul yg mulia.

Dalam Islam, ada jenis sukan yg org perempuan ditegah menyertainya, demi menjaga maruah dan harga diri wanita, seperti bina badan, angkat berat, tinju dsb.

Bersukan di dalam Islam tidak sampai menggadaikan prinsip-prinsip asas spt menutup aurat. Riadhah dan hukum tidak boleh dipisahkan.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);...................'
AL-AHZAB: 59

Agak-agaknya, abang-abang yg dibelakang tu, mata tgh concentrate kat mana agaknya?

Pinjam kata-kata Nabil - Aaa lu pikir la sendiri!



Thursday, October 8, 2009

Hari itu akan sampai jua!



Salam.

Begitulah keadaannya di akhir zaman.

Sakitnya menyampaikan risalah Islam.

Pedihnya mempertahankan kebenaran.

Ramai yg menentang dari yg menerima.

Walau dimaki, walau disakiti, genggamlah ia, laksana mengenggam bara api.

Syurga menanti, kekal abadi, meraih ni'mat yg tak bertepi.

ALLAH SWT memberi peringatan:

`Allah berfirman: ' Inilah hari (qiamat) yg (padanya) orang-orang yg benar (pd tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa'at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.'
AL-MAIDAH: 119

Hari itu pasti akan sampai jua!

Tuesday, October 6, 2009

Rasul mencintainya

Bukit Uhud



Gua tempat Rasulullah saw dirawat ketika luka dalam Perang Uhud



Umrah 07

Syawal yg berbaki............
Jangan kau lupa Uhud

Uhud...................
Menjadi saksi bagi segalanya
Ketaatan sahabat
Kealpaan sebahagiannya, mengundang duka
Dunia terbentang di hadapan, secara tiba-tiba
Harta dunia menggelapkan mata.....................

Uhud.....................
Menanggalkan keimanan milik si munafiq
1,000 tentera, berbaki 700!
Hasutan, pujukan dan rayuan, si syaitan Abdullah bin Ubbay
Si kepala munafiq, penghuni kerak api neraka

Uhud..................
Si Singa ALLAH, menunaikan janjinya
Dirobek dada, terburai perutnya
Dinobat ALLAH dan RasulNya
Penghulu bagi segala syuhadak di syurga yg mulia

Uhud.................
Khabar angin ditiup musuh
Rasul yg mulia sudah tiada!
Sahabat terperanjat
Hilang semangat!
Sebahagian pulang ke Madinah
Bukan lari dari medan perjuangan!
Itu dosa besar
Bacul namanya
Semuanya kerana 'kesedihan' kerana 'kehilangan' Rasul yg mulia
Akhirnya kembali semula
Ternyata berita dusta

Uhud..................
70 sahabat menuju syurga!
Hamzah, Mus'ab dan Ibn Jahsy
Berjanji setia sehidup semati
Pertahankan ad-din yg suci

Uhud.................
Jangan lupa si Pedang ALLAH!
Kholid al-walid
Bijak melancar strategi
Tumbang pasukan pemanah
Selesai Hudaibiyah, dia pula tumbang
ke pangkuan ad-din yg suci
Perang Mu'tah menjadi saksi
Rom lari tak cukup kaki!

Uhud...........................
Mengajar kita
Kemenangan dgn susah dan payah
Tiada kemenangan percuma!
Tiada kebal bagi RasulNya
Patah gigi gerahamnya, luka pipinya
Tembus baju besinya
Pengsan ia beberapa ketika

Uhud...................
Rasul yg mulia ada bersabda:
'Inilah dia bukit, kita mencintainya, dan dia mencintai kita.'

ALLAH HU AKBAR!