Saturday, October 10, 2009

Memang panas pun

Grand Final Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2009 di UKM

Salam.

Memang panas pun!

Dunia zaman sekarang. Prinsipnya- `Apa org lelaki buat, perempuan pun boleh juga'

Islam tak pernah menghalang kegiatan bersukan. Menunggang kuda, memanah dan berenang adalah di antara perkara yg dinyatakan di dalam hadith Rasul yg mulia.

Dalam Islam, ada jenis sukan yg org perempuan ditegah menyertainya, demi menjaga maruah dan harga diri wanita, seperti bina badan, angkat berat, tinju dsb.

Bersukan di dalam Islam tidak sampai menggadaikan prinsip-prinsip asas spt menutup aurat. Riadhah dan hukum tidak boleh dipisahkan.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);...................'
AL-AHZAB: 59

Agak-agaknya, abang-abang yg dibelakang tu, mata tgh concentrate kat mana agaknya?

Pinjam kata-kata Nabil - Aaa lu pikir la sendiri!



9 comments:

Tok said...

Kononya itulah kemajuan,negara islam contoh yang di iktiraf di mata dunia....DOK KIRA MATA DUNIA ,MATA ALLAH MACAMANA???

Ainur68 said...

Abang2 kat belakang tu tak der selera nak tengok kemana bola tu pergi....

IBAN MUSLIM said...

Satu hari nanti pasti regu Sepak Takraw Lelaki boleh bungkus dengan libasan maut pemudi-pemudi harapan bangsa nih...

Apalah perasaan suami2 atau bakal2 suami mereka kan atau bapa mereka!...

Atau, pasni Malaysia akan anjurkan pertandingan bina badan kategori 'heavyweight' WANITA pula...

Love Islam said...

1 Malaysia! Segala-galanya bisa!

naimayob said...

abang2 tu tgk x kejip mata..cuci mata,dh lma x tgk tu....

Budak Syburi said...

Dunia makin maju, manusia mesti pantas. Apalah sangat difikirkan tentang aurat, pancapaian mesti diutamakan.

Apabila Islam tidak dijadikan ikutan inilah jadinya......

aabb said...

Salam ..
Gambar tu sebagai peringatan buat pejuang PAS seandainya berjaya PRU13 nanti memerintah jangan ikut rentak UMNO BN.

PRO ISLAM said...

Kalau tutup aurat pasti penonton lelaki tak mau tengok. Ini lah negara Islam contoh di dunia. Selepas Islam Hadhari, di ikuti rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dan selepas PRU ke13 nanti InsyaALLAH'Membangun Bersama Islam'akan dislogankan.

Love Islam said...

Takbir!