Friday, October 16, 2009

Ini Negara Demokrasi

Salam.

Beberapa tahun dulu, gegak gempita Dewan Merdeka di PWTC agar diluluskan cadangan menukar logo Petronas kerana katanya mirip logo lambang PAS.

Hari ni, gegak gempita lagi tentang cerita Petronas.

Wakil UMNO Kedah mintak PM jenguk2 la petronas, sbb katanya banyak geng pembangkang di dalamnya.

Wakil UMNO Wilayah cadangkan supaya dilakukan pemutihan terhadap Petronas, supaya menyokong UMNO 100%!

Malaysia ni kan Negara Demokrasi, suka hati la siapa yg kita nak sokong.

Nak masuk Parti mana pun, masuk la. Semuanya berdaftar di bawah ROS.

Apa masalahnya bila ada yg sokong lain dari UMNO?

Minyak di stesyen pam Petronas setakat ni tak da masalah dalam melayani kehendak pengguna. Maknanya, bermula dari pekerja-pekerja di pelantar-pelantar minyak di tengah laut, sehinggalah kpd jurutera-jurutera petronas, sampailah kpd staf-staf di pejabat, semuanya menjalankan tugas mereka dgn baik. Yang masalahnya ialah harga minyak yg naik! Membebankan.

Tambahan pula, mereka adalah golongan yg cerdik, yg dapat bezakan hak dan batil, bukan macam setengah dari masyarakat kita yg berqiblatkan kain pelikat dan gula sekilo! SRP pun ambil 7 kali, menyamai 7 petala langit, tak lulus-lulus juga. Baca NST pun terbalik!

Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar! Hampeh!

Opppps! Satu lagi - Ketua UMNO Tasik Gelugor cadang ditubuhkan Dewan Ulama UMNO, termasuklah mencadangkan penubuhan TV UMNO.

Bersediakah Hamid Othman dan rakan-rakan yg sewaktu dgnnya?

Wan Mokhtar boleh kut..................

Harap-harap tak batal lagi la kalau PAS ajak muzakarah.

6 comments:

Ainur68 said...

Aduhla...suami ana kena jadi orang UMNOlah kalau PETRONAS di buat pemutihan! Nanti ada 2 kem pulaklah kat dalam rumah ana ustaz ...fening..fening!

Love Islam said...

Buat Ainur,that will never happen, InsyaALLAH.

1 Kem
1 Perjuangan
1 Bulan

PRO ISLAM said...

Bukan setakat nak putihkan Petronas, Lambang pun depa dah tukar yg bulat asal... putih jadi hijau.... tapi tak pa janji ada hijau juga. Kalau ustaz perasan lambang Plus... jambat warna hijau... dan tukar jadi biru. Fobia sungguh umNO ni... dan nak mampus kut.

PondokDungunTerengganu said...

Awak kerja Petronas ke ?. Pas tu awak orang PAS ke ?. Baik tak payah terlibat demokrasi ning. Bende najis dan sesat.

Sayang kalu belajo tinggi-tinggi tapi tak boleh beza yang haq dan yang batil.

PondokDungunTerengganu

pacheko said...

Suatu hari di dalam dewan bedah,seorang pesakit bertanya kepada pakar bedah;
'kenapa semua doktor dan nurse dalam bilik bedah pakai pakaian warna hijau?
Lalu doktor pun jawab; sebab kuman,virus dan bakteria perosak & jahat amat sensitif dan takut kepada warna hijau kerana mereka akan mati dan lemah dengan warna hijau.
Gamaknya pasai tu la UBN alergik dengan warna hijau... terlebih kuman perosak rasanya...

PondokDungunTerengganu said...

Muntah yang paling busuk sekali pung warne hijau. Katak hijau dsbnye.

PondokDungunTerengganu