Monday, October 27, 2008
Semoga indah barzakhmu
Hari Sabtu, 25 Okt 08, jam 4.30 ptg, aku dikejutkan dgn satu panggilan telefon dari sahabat ku di Alor Star, saudara Azmi Din. Azmi menyatakan bahawa Abang Johari telah pergi bertemu ALLAH SWT, kembali ke sisiNya sebagai satu ketentuan Ilahi semenjak azali.
Siapa Abg Johari? Staff PKNK, antara salah seorang insan yg turut sama `mempromosikan' kan aku di Kedah se awal kedatangan ku ke Kedah pd tahun 95.
Dia mengidap penyakit buah pinggang yg serius, dan sebelum kembali bertemu ALLAH SWT, Hosp Alor Star adalah rumahnya yg kedua, kerana 17 tahun lamanya dia menggunakan mesin pencuci darah, menggantikan buah pinggangnya yg rosak kedua2nya.
Aku tidak pernah jumpa seorg pesakit buah pinggang yg tak duduk diam spt Abg Johari ini. Kuliah maghrib ku di sekitar Alor Star jarang dia tinggalkan, kecuali kalau benar2 dia tidak sehat. Ceramah mana yg tiada muka dia, termasuk sebok membantu memenangkan calun2 pilihanraya yg berjuang di atas landasan Islam yg mulia ini, se olah2 dia tak pernah sakit!
Mei 08, dia menerima buah pinggang yg baru dari penderma di KL. Pembedahan pemindahan buah pinggang dilakukan di Hosp Selayang. Sukses! Alhamdulilah. Dia pulang ke Alor Star dgn buah pinggang yg baru, bersamanya harapan hidup yg baru.......
Kata Kak Timah, selera makannya bertambah baik. Dia ajak kak Timah untuk pergi tunai haji sekali lagi, dan arahkan anak sulung perempuannya supaya kumpul duit dan buat haji sama.
Kehendak ALLAH tiada insan yg mampu menahannya. Selepas Ramadhan 08, dia kembali tidak sehat, sehingga dimasukkkan ke Hosp Alor Star di pertengahan Syawal yg lalu, sehinggalah dia terpaksa bernafas dgn bantuan alat bantuan pernafasan. Abg johari akhirnya koma!
Dan di pagi sabtu 25 okt itu, Doktor yg merawatnya membuat keputusan supaya dia dibawa keluar dr hosp, balik ke rumah, bacakan yasin, dan serahkan kpd ALLAH SWT. Akhirnya dia pergi buat selama2nya................... Pd usianya 50 tahun.
Kpd Kak Timah sekeluarga, sabarlah menghadapi dugaan hidup ini, krn itulah kitaran hidup yg ditentukan ALLAH. Ada hidup dan mati.Kepada anak2 yg ditinggalkan, galaslah harapan ayah yg mahu melihat kita berjaya dunia akhirat. Kpd sahabat yg membaca coretan ini, AL-FATIHAH untuk aruah Abg Johari. Semoga kuburnya menjadi salah satu taman dari taman2 syurga......
Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Bagaimana kamu boleh ingkar kufur kpd ALLAH, sdgkan dahulunya kamu mati (tidak ada), lalu ALLAH menghidupkan kamu. Kemudian kamu akan dimatikan, kemudian kamu akan dihidupkan semula, kemudian kpd ALLAH kamu dikembalikan (untuk dibalas segala amal).'
28: AL-BAQARAH.
Kau tetap di dalam doaku...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Apa khabar sahabat di Laguna..
Kindly visit my blog @
http://suatu-pagi.blogspot.com/
Wassalam
Mazuir
Post a Comment