Saturday, October 25, 2008

Kenangan lalu............. JUN 1984

Salji tgh turun........


Masih ku ingat detik itu..... Jun 1984, usia ku sekitar 19 tahun, di kawasan pergunungan salji Dabbo, di sempadan New South Wales dan Melbourne, aku dan bersama pelajar2 baru yg lain
menghabiskan cuti musim sejuk kami di sana.

Masih ku ingat, ketika kami turun dari bas yg membawa kami dari Sydney, beberapa org senior rupanya sedang menunggu kedatangan kami. Velayuthan, Zaifuddin, Zulkifli, dan beberapa org senior yg lain melempar kami dgn ketulan2 ais salji yg dikepalkan.

Ketika kecil2 dulu, org kata salji ni bila turun, mcm ais batu yg disagat. Itulah yg aku rasakan ketika turun dari bas menuju resort penginapan kami. ALLAH HU AKBAR! Mcm tak percaya apa yg sedang berlaku di waktu itu.

Sepanjang 2 minggu di sana, kami pelajar2 baru tak lepas peluang langsung. Downhill (istilah main salji turun bukit) dgn menaiki cable car dpd bawah sampai puncak bukit, then turun menuruni bukit. Hebat juga la, cuma borang dah habis untuk fill masuk Olimpik Musim Sejuk. he he he ..........
Punyalah kami lanyak tempat tu, sampai `mat saleh' penjaga resort tu halau kami kerana masa bermain dah habis! Nak buat macamana, budak2 hitam msia.......

Mlmnya, angin sejuk bertiup dgn kuat, menyucuk sampai ke tulang hitam. Tak terbayang kemusnahan kaum `Ad yg dimusnahkan ALLAH dgn tiupan angin puting beliung 7 mlm 8 hari, yg anginnya bersifat sejuk... mereka musnah spt batang tamar yg reput! (rujuk Surah Al-Haqqah).

Apa pun, tentu handsome gambar di atas kan? Banding dgn badanku hari ini.......

Salam buat rakan sepermainan di sana yg sekarang dgn hala tuju hidup masing2..........
Salam buat Sallehin (Alor Gajah), Addenan (Sabah), Mahadi (Tapah), Rahim (KL), Saharuddin (Manjung), Tarmizi (K.Ketil)), Ehsan (Manjung), Wan Haniff (Sitiawan), Jamislan (Parit)........

Good on U mate!

1 comment:

Abi said...

teruskan perjuangan.....jiwa tetap muda....