Tuesday, October 21, 2008

FIQH AL-AULAWIYYAT- Islam itu memudahkan.


Baru balik dari menyampaikan kuliah maghrib di MASJID AR-RAHMAN, SG PETANI. Alhamdulillah, kuliah malam ini membincangkan tentang kemudahan yg dikurnia Islam kpd kita. Tidak memberati, malahan meringankan.
Kisah yg dibahaskan adalah tentang 3 org lelaki yg menemui Saidatina A'isyah r.h., bertanyakan tentang amalan-amalan Rasulullah saw. Hasil maklumat yg mereka terima dari A'isyah r.h., mereka merasakan bahawa mereka perlu berhempas pulas untuk melaksanakan amalan2 krn alasan mereka, kalau lah Rasul yg suci dr dosa itu melakukakan amalan yg tiada tolok bandingnya, maka bagaimana mungkin mereka yg banyak dosa.
Lalu berkata lelaki pertama: `Saya berjanji untuk sentiasa menunaikan solat malam (tahajjud) selama2nya, dan tidak akan tidur.'
Berkata lelaki kedua: `Saya berjanji untuk berpuasa selama2nya, dan tidak akan pernah batal.'
Berkata lelaki ketiga: ' Saya berjanji tidak akan berkahwin untuk selamanya, kerana perkahwinan itu mengganggu ibadah saya.'

K
etika Rasulullah saw mendengar kisah ini dari A'isyah r.h., Rasulullah saw memanggil ketiga2nya dan bersabda: `Demi ALLAH, aku adalah org yg paling takut dan yg paling bertaqwa kpd ALLAH swt dari antara kamu semua, namun begitu , aku tetap berpuasa dan berbuka, solat dan tidur dan aku juga berkahwin dan mempunyai isteri, dan barangsiapa yg tidak menyukai sunnahku, maka bukanlah ia termasuk ke dalam golonganku.' (syaikhan).

Maka tidak ada konsep kerahiban di dalam Islam. Islam meraikan segala2nya, hak badan, hak nafsu dsb. Tidak dibenarkan memberatkan diri di dalam amalan sunat, sehingga menyusahkan diri sendiri.

Abdulah bin Mas'ud r.h. meriwayatkan bahawa Rasululah saw telah bersabda (mafhum):
'Binasalah org-org yg melampau.'

Rasul saw yg mulia ada mengingatkan: (mafhum)-
`Amal yg disukai oleh ALLAH ialah yg berkekalan walaupun sedikit.'



No comments: