Sunday, October 26, 2008
Tghari yg indah.......
Kelmarin, mak dan kakak dari Putrajaya sampai ke Kota Kuala Muda,Kedah, ziarah besan kakak yg akan berangkat ke Haramain minggu depan untuk menunaikan ibadah haji. Aku dan isteri hadir sama tgh itu, menerima jemputan menjamu selera di rumahnya.
Selesai makan, aku bawak mak pulang ke rumah ku di Bandar Laguna Merbok, SP. Mak tidur semalam di rumah ku, dan tgh ni, aku berkesempatan makan tgh bersama mak dan isteri. Suasana begini mmg aku nanti2kan, maklumlah kami dipisahkan dgn jarak hampir 400km (SP-KL), ditambah dgn kesebokan jadual kuliah di merata tempat, dan aku pulak tak lah kerap pulang ke KL.
Sekejap lagi, kak midah akan ambik mak dan bawa pula ke rumah anaknya (anak saudaraku) di Bandar Astana, SP, tidur semalam di sana, dan esok akan pulang ke KL. Bila pulak aku nak dapat suasana ini lagi...... Ya ALLAH, ampuni dosa ibu....... Hindun Bt Husin.
Firman ALLAH SWT (mafhum):-
`Dan hendaklah engkau merendah diri kpd keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dgn berkata): ` Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kpd mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil.' 24: AL-ISRAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment