Tuesday, October 21, 2008

Laut Mati....... Esanya Allah dan benarnya Al-Quran

Syukur Ya ALLAH, sampai jua akhirnya.....

Mengikut sejarah, ada 8 buah perkampungan di disini, yg dimusnahkan ALLAH.

Tanggal 5 Sept 08,(Jumaat), bersamaan 5 Ramadhan 1429H, aku, isteri dan anakku, bersama dgn rombongan pelajar2 baru dr Maktab Mahmud Alor Star, berkesempatan melawat kawasan perkampungan Nabi Lut a.s., yg sekarang bertukar menjadi Laut Mati. Terasa gerun dan amat terpegun melihat kawasan yg suatu masa dahulu dihuni oleh penduduk dlm sekitar 8 buah kg. Penduduknya diseru dgn kebaikan dan keimanan oeh Lut a.s., supaya meninggalkan perbuatan keji dan terkutuk, perbuatan liwat yg bertentangan dgn fitrah kejadian manusia yg dicipta ALLAH SWT.
Firman ALAH SWT (mafhum):
' Dihiaskan (dan dijadikan indah) kpd manusia; kesukaan kpd benda2 yg diingini nafsu, iaitu perempuan2 dan anak-pinak.........' (14: ALI-IMRAN).
Mereka menentang Lut a.s., memberi amaran kpdnya supaya jgn mencampuri urusan mereka yg dirasakan benar dan baik bagi mereka. ALLAH SWT merakamkan keangkuhan mereka dgn firmanNya (mafhum):
'Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (dpd mencaci dan membenci kami) nescaya engkau akan diusir keluar!' (167: ASY-SYU'ARAA').
Maka akhirnya, kesombongan mereka membawa kemusnahan total, yg dilipat di dalam sejarah kemanusiaan, yg dikenang sepanjang zaman, sebagai peringatan berguna, menambah iman dan ketakutan kpd Pencipta.
Firman ALLAH SWT (mafhum):
'Dan KAMI hujani mereka dgn hujan (azab yg membinasakan ), maka amatlah buruknya hujan azab yg menimpa kaum yg telah diberi amaran.' (173: ASY-SYU'ARAA').

'Maka apabila dtg (masa perlaksanaan) perintah KAMI, KAMI jadikan negeri kaum Lut itu tunggangbalik (tertimbus segala yg ada di muka buminya), dan KAMI menghujaninya dgn batu-batu dari tanah yg dibakar, menimpanya bertalu-talu.' (82: HUD).

Demikianlah layanan ALLAH terhadap kaum yg ingkarkan para Rasul a.h.s. Kami berlindung kpdMu Ya ALLAH dari tertimpa kemurkaan dan azabMu.... Ampun dosa dan kesalahan kami Ya Robb!

No comments: