Wednesday, September 23, 2009

Positif ke negatif?



Salam.

Di atas adalah gambarajah gelombang, atau frekuensi yg dikenali sebagai Sine Wave.

Atas dpd garisan tengah itu di namakan Positive Half Cycle, manakala di bawah dpd garisan tengah itu dinamakan pula Negative Half Cycle.

Dah 3 hari kita meninggalkan Ramadhan yg mulia, adakah sifat2 yg positif masih bersama kita?

Adakah berterusan sehingga ke hari ini dgn pembacaan al-quran, bersedeqah, membanyakkan solat sunat, mengurangkan makan, dan lain2 sifat mulia yg telah dididik oleh Ramadhan?

Atau quran disimpan, tunggu tahun depan pulak baru nak baca.

Buruk lantak - makan dengan tidak mengambil kira lagi kuantiti yg diambil, sedangkan Ramadhan mendidik supaya mengambil makanan dgn kadar yg tertentu.

Masjid dan surau - back to square one- kembali ke asal, dgn hanya didatangi oleh jamaah yg istiqamah sebelum Ramadhan lagi, manakala yg beri'tiqad bahawa ibadah ini bermusim, terus menghilangkan diri, dan akan muncul semula Ramadhan tahun depan. Subuh pun dah tak sampai satu saf dah!

Atau anak yatim akan menjadi 'piatu' semula selama 11 bulan, sbb ada yg melihat anak yatim hanya disantuni sebulan sahaja di bulan Ramadhan.

Inilah kesilapan berulang. Orang yg sering mengulangi kesilapan adalah org yg gagal dalam hidupnya. Tidak mengambil pengajaran dari kesilapan yg dilakukan.

Rasulullah saw pernah berabda (mafhum):
'Katakanlah: Aku telah beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah istiqomah.'
MUSLIM.

Tuesday, September 22, 2009

Album Raya

Rembatan di pagi raya.............


Di rumah abg Amir, bendahari Masjid Batu, Pmtg Pauh


Ummi dan Hafiz


Waris keturunan perjuangan Islam


Di kubur sahabat karibku, aruah Hj Syarif di Masjid Kelang Lama, Kulim.
Meninggal 18 Ramadhan 1430H.
Allahumma ighfirlahu warhamhu........


Semoga engkau tenang dan selamat di sana.........


Di rumah ayah Fitri di Tandop


Ibu dan ayah Fitri
Di rumah Cikgu Khalid, Kulim

Sunday, September 20, 2009

Kembali fitrah



Salam.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri kpd semua yg mengikuti blog ini. Minal 'aideen wal faizin. Kullu 'am wa antum bil khoir.

Ust Halim Nasir
Puan Noraini Baharin
Mohd Hafiz
Khairul Anuar
Nurhafizah

Saturday, September 19, 2009

Dah dapat ke?

Salam.

Agak-agak hujung Ramadhan ni, dah dapat ke taqwa?

Kata 'Ali R.h.:

'Bahawa TAQWA itu adalah takut kpd Zat Yg Maha Agung, ber'amal dgn apa yg diturunkan (AL-Quran), redha dgn yg sedikit dan mempersiapkan diri untuk hari kematian (qiyamat).'

Muhasabah diri............................

Wednesday, September 16, 2009

Langkahan qalbumu


Salam.

Kembalilah kau kpd Allah Azza Wajalla, dgn memperbaharui Islam, memperbaiki taubat dan ikhlasmu.

sebelum datangnya maut...............

Sebab, bila maut telah tiba, pintu taubat akan ditutup, sehingga kau tidak akan dapat masuk ke dalamnya.

Kembalilah kpdNya, dgn melangkah kaki qalbumu, agar pintu anugerahNya tidak dikunci untukmu

Maka apabila sudah terkunci jiwamu, maka kekuatan, kekayaan dan hartamu, semahunya tidak akan diberkatiNya.

Kuncilah pintu qalbumu. Isilah dgn zikrullah sahaja.

Bertaubatlah setiap kali kau mengerjakan ma'siat.

Sesalilah perbuatanmu yg kurang sopan.

Tangisilah kesalahan-kesalahanmu.

Bantulah si faqir miskin dgn sedikit hartamu.

Janganlah bersikap tamak, kerana sebentar lagi, hartamu akan kau tinggalkan................

Sunday, September 13, 2009

Semakin kabur



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

'Allah yg menciptakan kamu bermula dgn keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yg dikehendakiNya, dan Dialah jua yg Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.'
54: AR-RUM

6 bulan lepas, pakai cermin mata untuk membaca sahaja.

Seminggu dua ni, mata jadi semakin kabur.

Drive kereta sebelah malam, cahaya lampu dari traffic light dah pecah 7!

Hari ni nak pergi check mata. Rasa-rasanya, confirm kena pakai cermin mata lepas ni.

Ini lah kita manusia. Semua ini adalah sebahagian tanda-tanda ke arah ketuaan, dan menuju proses ke alam yg seterusnya.................................

Saturday, September 12, 2009

Jadilah yg sedikit itu

Salam.

Rasul yg mulia, saw, telah bersabda (mafhum):

'Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yg melaksanakannya) sedikit.'
ABU HANIFAH.

Mari kita masuk golongan yg sedikit ini.

Sedikit yg berkualiti.

Tentera Tolut yg lawan Jalut tak ramai. Tak sampai 500 org, lawannya Jalut, hampir 4,000 org.

Tentera Islam di Medan Badar pun tak ramai - 313 lawan 1000 di pihak musyrikin.

Seorang badwi mentarbiyah Sayyidina Umar r.h. dgn doanya di hadapan Ka'bah - Ya ALLAH! Jadikanlah aku di kalangan org yg sedikit!.

Umar r.h. tersentak dgn doanya. Lalu badwi menyatakan - Tidakkah khalifah membaca Al-
Quran? Di dalamnya ada ayat - Qolilumma tasykurun.......... (sedikit sangat yg bersyukur......)

10 mlm yg akhir terlalu banyak kebaikannya.

Marilah kita menjadi pengamal yg sedikit itu.

Wednesday, September 9, 2009

Aku akan merinduimu..................

Salam.

Jan 2002 - Selesai aku menyampaikan kuliah sirah di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku didatangi seorang anak murid yg memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Syariff. Dalam perbualan singkat selepas Isyak itu, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai rombongan umrah yg aku pimpin pd bulan Jun nanti. Kami bersurai setelah aku menjelasan apa-apa yg perlu disediakannya untuk dokumentasi di Kedutaan Arab Saudi, tiket dsb.

Feb 02- Selesai kuliah maghrib, selepas Isyak, aku dijemput makan malam di rumahnya, di Taman Perak, Kulim. Diperkenalkan kpd isterinya, Puan Jamilah, ibunya, dan anak-anaknya. Selesai makan malam, sambil berbual mesra, kami menguruskan hal-hal perjalanan untuk ke tanah suci makkah.

Jun 02- Ketika Bolasepak Piala Dunia 02 baru nak bermula, aku dan rombongan sudah berangkat dan berada di tanah suci. Musafiir kali ini agak menarik kerana aku dan beberapa ahli rombongan diizin ALLAH mendaki hingga ke puncak Jabal Nur, di mana terletaknya Gua hirak, tmpat wahyu pertama diturunkan.

Kembali dari umrah, hubungan aku dgnnya menjadi semakin akrab. Dia mewaqafkan dirinya untuk menjadi peneman dalam perjalann kuliahku ke Masjid Telekom Taiping dan di Manjoi, Ipoh.

Aku dapat merasakan keikhlasannya dalam bersahabat. Baik budinya, lemah-lembutnya, peramahnya, menyebabkan aku menganggapnya bukan lagi sahabat, malah sudah seperti adik-beradik. Begitu juga dgn isteri dan anak-anaknya, terlalu rapat dgn aku dan isteri. Anak-anaknya sudah seperti anak-anak kami.

Sesekali kami keluar melancung agak jauh sikit untuk hilangkan bebanan tugas seharian.Kami ke Cameron Highland. Juga ke Pulau Kapas di Terengganu, berendam, mandi laut, mengalahkan budak-budak kecil. Sesekali kami ke Kelantan.
Begitulah kemesraan yg dijalin...................

11 Ogos 09- Selasa- Seperti mana biasa, kuliah bulanan ku di Ipoh. Aku dan isteri mengambil Syariff di check-point biasa - rumah Abg Amir di Permatang Pauh. Syariff mintak untuk memandu keretaku, kerana dia hanya datang dgn Kelisa sahaja, kerana kereta Alfanya masuk bengkel.

Sepertimana biasa, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ipoh, gelak ketawanya, senda guraunya, menjadi penghibur penghilang kebosanan di lebuh raya. Cuma, aku dan isteri merasakan sedikit kelainan kali ini. dia terlalu 'happy' dalam pandangan aku dan isteriku. Gelak ketawanya agak lain dri bulan-bulan yg sebelumnya............

24 Ogos 09 - 3 Ramadhan- Isnin - Selesai tazkirah Ramadhanku di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku, Syariff dan AJK Masjid yg lain menjamu selera di pej masjid dgn bihun spore yg agak enak. Syariff duduk setentang dgnku, tak banyak cakap kali ini, agak diam berbanding sebelumnya. Selesai makan, aku bersalaman untuk pulang, dan mengingatkan Syariff ttg program di Tambun pd 2 Sept nanti. Dia kata, InsyaALLAH........

1 Sept - Isnin -Isterinya, Jamilah, memberitahu bahawa Syariff batuk dan demam. Tak dapat nak pergi ke Tambun. Aku dan isteri pun faham bahawa memang dia ada rekod ttg penyakit lelahnya. Org kena lelah, bila batuk yg kuat, faham-faham la.

Esoknya, dia dimasukkan ke Hosp Kulim. Bukan wad biasa, tapi ICU! Aku dan isteri mula merasa bimbang. Aku tak sempat nak pergi ziarah di awalnya kerana demamku belum lagi kebah pd waktu itu. Aku sms pd isterinya menyatakan keuzuranku dan isteriku yg turut sama demam.

Aku sempat berbalas sms dgn Syariff, bertanyakan khabar. Dia tidak boleh nak bercakap kerana Dr memasangkan oksigen mask untuk membantu pernafasannya.

7 Sept - 17 Ramadhan - Isnin- Sms masuk ke dalam hphoneku. Bukan lagi dari Syarif, tapi dari anaknya. `Ustaz, tolong buat solat hajat, abah tak sedar, Dr dah bagi kadar oksigen yg paling maksimum buat abah., demikian antara isi kandung mesej dari anaknya.

Jantungku bagai direntap kuat! Aku mesti menziarahinya segera. Selepas habis ceramah Badar Kubra di Masjid Batu Permatang Pauh, aku dan isteri, dalam keadaan yg masih belum sehat sangat, bergegas ke ICU Hosp Kulim. Ku lihat anak dan isterinya semua sudah ada di sana. Aku menziarahinya, dalam keadaan hampir seluruh badannya dipenuhi dgn wayar, dia sudah tidak sedar diri. Aku hanya mampu berdoa di sisinya, tanpa disedari
kelopak mataku menampung air mata yg hampir gugur. Aku dapat merasakan, aku akan berpisah dgnnya, walaupun aku menggantungkan harapan yg tinggi kpd ALLAH di dalam doaku, tapi hati kecilku terus berbisik sebaliknya.

8 Sept 09 - 18 Ramadhan 1430H - Selasa- Jam 12.30tgh, sepupunya, Zul, menelefon isteriku. Jantungku berdegup kencang. Telahanku benar, bila aku mendegar isteriku meraung dalam tangisannya. Syariff pergi buat selama-lamanya,pada usianya 45 tahun, akibat komplikasi pneumonia - kegagalan bernafas berpunca paru-paru yg berair.
Aku dan isteri bergegas ke Hosp Kulim, terus ke bilik mayat. Sambil menanti kedatangan anak muridku, Syeikh Husin dan pasukannya untuk memandikan jenazah, aku menangis sepuas-puasnya, kerana aku tak pernah bertemu anak murid, sekaligus sahabat yg baik sungguh sepertinya. Dia berjaya bertakhta di hatiku.

Selesai mandi jenazah sekitar jam 4.15 ptg, aku dan beberapa org anak murid yg masih berada di bilik pengurusan jenazah, menyembahyangkan jenazahnya. Aku bersyukur kpd ALLAH kerana dapat mengimamkan solat jenazahnya, kerana bagiku, inilah yg mampu aku berikan buat insan baik sepertinya.

Setelah selesai keluarga terdekat bertemunya buat kali yg terakhir, jenazahnya dibawa terus ke Masjid Kelang Lama, Kulim, untuk disolat anak qaryah.

Selepas ini, tiada lagi lawak dan jenaka mengiringi perjalanan kami di lebuh raya...........
Tiada lagi nak singgah di R&R Gunung Semanggul arah Utara untuk pekena roti canai banjir balik dari Ipoh.......
Tiada lagi nak singah di R&R Bukit Gantang nak beli buah-buahan..............
Semua laluan dan persinggahan itu akan menjadi kenangan buat aku dan isteriku, atas insan baik yg bernama Syariff.........

7 tahun......ya, hanya 7 tahun aku dan isteri bersamanya, namun kami merasakan seperti 70 tahun. Kemesraan yg dibina atas persahabatan yg diikat atas nama aqidah yg suci.

YA ALLAH! PdMu aku memohon
Lapangkan quburnya,
Amankan dia dari fitnah di alam barzakh,
Terima dia di sisiMu,
Jadikanlah quburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga.

Ya ALLAH! Tidak pernah aku bersedih yg amat sangat seperti ini ketika kehilangan kawan......

Semuanya kerana dia insan istimewa yg pernah bertakhta di hatiku.

Al-Fatihah buat Hj Syariff.

Tuesday, September 8, 2009

AL-IJAD dan AL-IMDAD

Salam.

Firman ALLAH (mafhum):

`Ada masanya org-org yg kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi org-org Islam.'
AL-HIJR: 2

Syukur kita atas 2 ni'mat:

1. NI'MAT AL-IJAD
Iaitulah ni'mat menjadi manusia, tidak jadi lembu kerbau.

2. NI'MAT AL-IMDAD
ALLAH kirimkan manusia dgn para Nabi dan Rasul silih berganti. Adanya Al-Quran yg membimbing manusia ke jalan yg lurus. Ni'mat iman dan taqwa. Ni'mat memahami Islam.

Monday, September 7, 2009

Usain Bolt dan pecutan akhir



Salam.

Alhamdulillah, semakin sembuh. Ada sedikit kekuatan untuk menulis.

Bila kita memandu sebarang kenderaan, kita akan selamat sampai ke destinasi yg dituju kerana yg pertamanya, atas pemeliharaan ALLAH SWT, yg telah menyelamatkan perjalanan kita dari sebarang perkara yg tidak baik.

Yg keduanya, kerana kita memandu dalam keadan memandang ke hadapan, tidak ke belakang.

Sudah 16 Ramadhan. Kita mesti terus memandang ke hadapan untuk mencapai ketaqwaan.

Menanti di hadapan ialah 10 mlm yg akhir, dan Lailatul-Qadr.

Pecutan akhir ke garisan penamat mesti dilipatgandakan.

Manusia terpantas dunia, Usain Bolt dari Jamaica, akan terus memecut dgn lajunya menuju garisan penamat. Lagi dekat nak sampai ke garisan penamat, lagi dia memecut sehabis tenaga.

Kalau lah Usain Bolt melakukan yg sebaliknya - Lagi 15 meter nak sampai ke garisan penamat, tiba-tiba dia berlari mengundur ke belakang! Akibatnya, satu stadium akan pengsan, dan keesokan harinya, keluar di muka depan akhbar-akhbar utama dunia - USAIN BOLT - PELARI PALING GILA DI DUNIA!

Pastikan pecutan anda!

Monday, August 31, 2009

Demam teruk

Salam.

Maaf kerana lama tak up-date blog.

Demam panas yg teruk, selsema, batuk dan sesekali muntah, menyerang hamba yg hina ini bermula Khamis 27 Ogos - 6 Ramadhan.

Akibatnya, 2 hari tak puasa, terpaksa mengambil keringanan yg diizinkan ALLAH.

Ni pun gagahkan diri buka lap top, tangan masih terketar-ketar. Yg pentingnya, Alhamdulillah, tiada tanda-tanda H1N1.

Ujian ALLAH di bulan Ramadhan.

Thursday, August 27, 2009

Ruginya


Salam.
Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga pertama
baginda mengucapkan 'Amin', begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat,
para sahabat bertanya "Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'? Rasulullah saw
menjawab 'Malaikat Jibril datang dan berkata "Kecewa dan rugilah seseorang yg BILA
NAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata
'Amin'. Kemudian jibril berkata lagi " Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN
HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK
SYURGA" lalu aku mengucapkan 'Amin'. Kemudian katanya lagi "Kecewa dan rugilah org
yg BERKESEMPATAN (HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK
TERAMPUN DOSA-DOSANYA." lalu aku berkata 'Amin'.
(AHMAD)

YA ALLAH! Ampunilah segala dosa kami!

Wednesday, August 26, 2009

Kalah lagi



Salam.

Ye ye! UBN kalah! Ye ye!

Tuesday, August 25, 2009

Kenangan itu menerjah kembali

Mercu tanda Perang Mu'tah


Lembah Mu'tah - 3 sahabat gugur sebagai syuhadak


Di luar guar- mercu tanda Ashabulkahfi


Di dalam gua


Pintu masuk


Laut Mati - kawasan terendah di dunia



Dua sejoli di Laut Mati


Salam.

Hari ini, 3 Ramadhan 1430H. Kenangan itu menerjah kembali.......

Tahun lepas, 3 Ramadhan 1429H, bersamaan Rabu 3 Sept 08, aku dan isteri berlepas ke Jordan bersama dgn 5 org pelajar Maktab Mahmud, Alor Star, untuk melanjutkan pelajaran mereka di Univ Mu'tah, Jordan.

Penerbangan Qatar Airways dari KLIA jam 3.30 pagi, 3 Ramadhan 1429H, membelah awan di keheningan pagi, membawa kami ke Doha, untuk transit selama beberapa jam, sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Queen Aliya Airport, Amman, Jordan.

Dari Doha, kami menaiki pesawat jam 2.30 ptg, dan sampai di Amman, lebih kurang jam 5ptg. Setelah selesai bagasi dan membayar VOA (Visa On Arrival) sebanyak 10Dinar Jordan (RM50 ringgit!), kami disambut oleh beberapa pelajar senior yg menanti di airport.

Syafawati (dah balik malaysia, skrg buat master di UM), 'Ain, tak ketinggalan, Fudhail budak Pahang, mesra menyambut kami. Dari situ, kami menaiki coaster terus ke Karak, seterusnya ke Mu'tah.

Sepanjang perjalanan hampir satu setengah jam ke Mu'tah, kiri kanan lebuhraya hanya padang pasir saja, tak kelihatan pun R&R macam di Malaysia. Di sinilah kita akan merindui lebuhraya di Malaysia, dgn pasarana yg cukup selesa, dan bayaran Tol secukup rasa!

Sampai di Mu'tah, agak maghrib, pelajar-pelajar diagihkan mengikut rumah sewa masing-masing. Alhamdulillah, agak selesa, apartment 3 tingkat. Aku dan isteri ditumpangkan di bilik Mursyidah (dah balik juga ke malaysia, dah kahwin pun 3 bulan lepas.....).

Selepas berbuka, aku keluar berjalan selepas maghrib, meninjau-ninjau pekan Mu'tah.
Peniaga-peniaga sebok mengemaskan barang untuk Isyak dan tarawikh. Aku bertarawikh di Masjid Syuhada di pekan Mu'tah. Habis lapan rakaat, aku pulang ke apartment. Letih sangat. Makan malam di rumah bersama anak-anak pelajar yg lain. Berbual sebentar selepas makan, sebelum masuk tidur.

Esoknya 4 Ramadhan- khamis - aku, isteri dan pelajar-pelajar baru dibawa oleh pelajar senior melawat kawasan bersejarah paling dekat sekali dgn Univ Mu'tah, iaitulah medan perang Mu'tah, perang yg berlaku antara tentera Islam dan Rom.

Kami juga menziarahi maqam 3 org sahabat Rasulullah saw yg gugur sebagai syuhadak di dalam peperangan ini, iaitulah anak angkat Rasulullah saw, Zaid bin Harithah, sepupu Rasulullah saw, Ja'far bin Abu Talib dan penyair Rasulullah, Abdullah bin Rawahah r.h.m.

5 Ramadhan - Jumaat- Selepas Solat Jumaat di Masjid Syuhadak, kami dibawa melawat ke Laut Mati, kawasan terendah di dunia - ~236m di bawah paras laut. Selama hari ini, aku hanya membaca ayat-ayatnya sahaja, menerangkannya di dalam ceramah dan kuliah, sekarang ia di depan mata! Allah Hu Akbar! Ni'mat Allah yg tak ternilai. Terasa gerun dan takut........ betapa ALLAH boleh melakukan apa saja terhadap mereka yg menentang ajaran para Rasul.

6 Ramadhan - Sabtu- Kami ke bandar Amman untuk melawat Gua Ashabul-kahf. Sekali lagi, jiwa ini merafakkan syukur ke hadrat ALLAH, kerana mengizinkan kami melihat sebahagian lagi akan kebenaran Al-Quran. Mereka ditidurkan ALLAH 309 TAHUN! Mereka mulia kerana menjaga aqidah mereka. Mereka tidak bersama kepimpinan yg zolim.

Dari situ, kami naik ke utara Amman, melewati Irbid, terus ke 'Ajlun, untuk melawat kota Salehuddin Al Ayubi r.h. Kota yg dibina di atas puncak bukit, untuk memepertahankan Islam dari serangan musuh. Cukup hebat pengorbanannya..........

7 Ramadhan - Ahad- Hari ini pelajar-pelajar mendaftar di Univ. Bayar yuran untuk semester pertama, dan ada ujian bertulis dari pihak univ untuk mereka. Aku dan isteri tinggal di bilik, mengemas apa yg patut, kerana esok akan terbang pulang ke Malaysia.

8 Ramadhan - Isnin - Kalau boleh, hari ini tidak akan muncul...... saat berpisah dgn anak-anak di sini semakin hampir. Seelah mengucapkan selamat tinggal kpd yg tidak menghantar kami ke Airport (banjir dah!), kami bergerak menuju ke Amman sekitar jam 12.30tgh. Penerbangan aku dan isteri ke Doha sekitar jam 4.30ptg.

Setelah usai solat zohor di surau Airport di Amman, aku dan isteri bersiap untuk check-in bagasi dan tiket ke DOHA- KL. Aduh..... kesedihan itu mula mencengkam diri, tak dapat ditahan2 lagi. Aku peluk anak perempuan ku, Nurhafizah, ku bisikkan padanya, jangan lupa doa untuk abi dan ummi, jangan lupa baca Al-Quran. Kuat sungguh tangisannya, aku gagahi jua situasi itu, demi cita-citanya, aku merelakan segala-galanya. Aku pasrah kpd Pencipta. Bohong kalau kata aku tidak menangis, kerana aku juga manusia.....

Kemudian, dia memeluk isteriku. Dua beranak berpelukan. Menangis sakan. Aku palingkan wajahku dari mereka berdua. Aku tidak sanggup melihatnya. Aku gagahi diriku untuk tersenyum, walau nampak agak pahit. Aku bersalaman dan berpelukan dgn Fudhail si budak Pahang tu. Aku sedeqahkn padanya beberapa Dinar Jordan untuk belanja di bulan Ramadhan.

Kami ucapkan selamat tinggal kpd semua. Check in bagasi dan tiket. Penerbangan jam 4.30ptg tepat pd masanya. Kami tinggalkan bumi Syams dgn seribu kenangan, entah bila ada rezeki untuk ke sana lagi.

Hari ini........ genap setahun ikut bulan Qamariah, anakku berada di sana. Alhamdulilah, sudah lulus tahun pertamanya, dan sudah pun mendaftar untuk Sem 1 Tahunke- 2 pengajian.

Khabarnya, bulan Jun 2010, akan pulang bercuti selama 3 bulan ke Malaysia.

Abi dan Ummi tak sabar menanti.

Penantian satu penyiksaan, tapi bersabar adalah sebahagian dari iman.

Tarikh itu akan sampai jua, InsyaALLAH......

Saturday, August 22, 2009

Buruk lantak!



Salam.

Syukur ke hadrat ALLAH yg telah mengirim Ramadhan kpd kita.

Ibadah berganda pahala, penyucian jiwa, tarawikh dan berbagai lagi menafaatnya.

Kalau lah Ramadhan tidak dicipta ALLAH, maka serupalah kita dgn mamat di atas tu..... Buruk lantak!

Salam Ramadhan Kareem untuk semua.

Thursday, August 20, 2009

Janji ALLAH








Salam.

Firman ALLAH (mafhum):
`Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yg memelihara dan menjaganya.'
AL-HIJR: 9

Benarnya janji ALLAH, namun ramai yg buat tak peduli.

Janji ALLAH akan mencegah segala kerja jenayah yg berlaku, tidak dipedulikan (AL-MAIDAH: 38)

Bagi mereka, Al-Quran tidak lebih sekadar bacaan untuk didendangkan. Tiada terkesan di dalam jiwa mereka.

Benar kata Rasul yg mulia- saw- di akhir zaman, yg tinggal dari Al-Quran itu hanyalah tulisannya sahaja. Hukumnya hilang entah ke mana.

Paling dasyatnya, sudah ada org Islam di Malaysia yg mengatakan bahawa dia tak jumpa pun ayat haram judi di dalam Al-Quran!





Tuesday, August 18, 2009

Tukang kempen



Salam.

Adakah mereka akan datang berkempen di Permatang Pasir?

Sama-sama kita tunggu...........

Saturday, August 15, 2009

Yahudi dan si pengkhianat



Salam.

NAPOLEON:
Seluruh bakat org Yahudi diarahkan untuk tindakan penyamunan. Mereka mempunyai ajaran yg merahmati setiap kecurangan dan pencurian yg dilakukan.

MARTIN LUTHER:
Bahawa sesudah iblis, kita tidak mempunyai musuh yg lebih pahit, beracun, melainkan Yahudi totok yg bersuungguh-sungguh untuk menjadi Yahudi.

KAISER WILHEIM:
Org Yahudi merupakan punca segala penykit dunia.

VOLTAIRE:
Mereka sentiasa memesongkan kebenaran melalui dongengan yg karut-marut.

Malangnya, umat Islam masih lagi-

Berpolitik
Bersukan
Berekonomi
dan ber ber yg lain...... mengikut acuan Yahudi.

Hati pun kadang2 lebih busuk dari Yahudi.

Mereka merompak harta org. Mereka juga merompak kasih sayang org lain.

Menafsir Islam mengikut selera mereka, bukan yg Rasul tinggalkan.

Mengerjakan umrah dgn tudung di kepala, pulang ke Malaysia, kembali seperti singa betina.

Keadilan bagi mereka, adalah apa yg mereka tafsirkan, bukan mengikut neraca keadilan Islam.

Merekalah sebenar-benarnya puak pengkhianat!

Thursday, August 13, 2009

Kali terakhir bersama Almarhum Asri



Salam.

Kali terakhir bertemu Almarhum Asri Rabbani ialah pd tarikh 9 Nov 08, ketika aku menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan abang ku di Taman Melewar.

Beliau dan Rabbani dijemput utuk menghiburkan tetamu yg hadir pd majlis itu.

Semoga ALLAH menempatkan rohnya di kalangan hamba2Nya yg terpilih.

Semoga indah barzahknya.

Wednesday, August 12, 2009

Ini harta siapa yang punya?






Salam.

Ini harta siapa yg punya? Ahmad Albab yg punya! Ha ha ha!

Apa punya ikan pari, semuanya dia tibai.

Tak pa la sbb ikan pari tu tak pergi sekolah, mana dia tau beza antara makanan dgn surat khabar cina. Baru lah dikatakan, membujur lalu melintang patah!

Yang buruknya manusia mcm kita ni la. Harap ada aqal aje, kadang2 lebih dungu dari binatang yg ada.

Makan yg halal, yg haram pun sumbat juga.

Sanggup beratur di kedai 4 nombor ekor, cari `rezeki' lebih untuk anak isteri.

Kadang-kadang, songlap duit anak yatim, duit baitulmal, duit zakat dsb, tanpa rasa takut kpd ALLAH.

Nak dasyat lagi, tunggu Ramadhan ni, akan ada yg puasa tapi tak solat 5 waktu, tarawikh pergi pulak!

Mana wajib, mana sunat, dah tak boleh dibezakan lagi.

Ibadah pun main hantam saja.

Jangan bagi Malaikat `pening' sudah la............