Wednesday, September 16, 2009

Langkahan qalbumu


Salam.

Kembalilah kau kpd Allah Azza Wajalla, dgn memperbaharui Islam, memperbaiki taubat dan ikhlasmu.

sebelum datangnya maut...............

Sebab, bila maut telah tiba, pintu taubat akan ditutup, sehingga kau tidak akan dapat masuk ke dalamnya.

Kembalilah kpdNya, dgn melangkah kaki qalbumu, agar pintu anugerahNya tidak dikunci untukmu

Maka apabila sudah terkunci jiwamu, maka kekuatan, kekayaan dan hartamu, semahunya tidak akan diberkatiNya.

Kuncilah pintu qalbumu. Isilah dgn zikrullah sahaja.

Bertaubatlah setiap kali kau mengerjakan ma'siat.

Sesalilah perbuatanmu yg kurang sopan.

Tangisilah kesalahan-kesalahanmu.

Bantulah si faqir miskin dgn sedikit hartamu.

Janganlah bersikap tamak, kerana sebentar lagi, hartamu akan kau tinggalkan................

3 comments:

pacheko said...

Salam ustaz,

Alhamdulillah,
Terima kasih kepada ustaz yang banyak memberikan peringatan. Tazkirah di Masjid K.Lama kelmarin sungguh terkesan di hati, bilakah agaknya negara kita akan diperintah
oleh golongan yg akan menjalankan hukum al-Quran sepenuhnya?????..

pacheko said...
This comment has been removed by the author.
Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

salam sahabat...

"siapakah yang lebih baik perkataannya dari mereka yang mneyeru kepada Allah dan kepada beramal dengan amal yang soleh...dan dia berkata "sesungguhnya aku adalah golongan orang-orang Islam (yang menyerahkan dirinya kepada Allah)

semaraklah ...ya Rabb!!