Tuesday, August 25, 2009

Kenangan itu menerjah kembali

Mercu tanda Perang Mu'tah


Lembah Mu'tah - 3 sahabat gugur sebagai syuhadak


Di luar guar- mercu tanda Ashabulkahfi


Di dalam gua


Pintu masuk


Laut Mati - kawasan terendah di dunia



Dua sejoli di Laut Mati


Salam.

Hari ini, 3 Ramadhan 1430H. Kenangan itu menerjah kembali.......

Tahun lepas, 3 Ramadhan 1429H, bersamaan Rabu 3 Sept 08, aku dan isteri berlepas ke Jordan bersama dgn 5 org pelajar Maktab Mahmud, Alor Star, untuk melanjutkan pelajaran mereka di Univ Mu'tah, Jordan.

Penerbangan Qatar Airways dari KLIA jam 3.30 pagi, 3 Ramadhan 1429H, membelah awan di keheningan pagi, membawa kami ke Doha, untuk transit selama beberapa jam, sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Queen Aliya Airport, Amman, Jordan.

Dari Doha, kami menaiki pesawat jam 2.30 ptg, dan sampai di Amman, lebih kurang jam 5ptg. Setelah selesai bagasi dan membayar VOA (Visa On Arrival) sebanyak 10Dinar Jordan (RM50 ringgit!), kami disambut oleh beberapa pelajar senior yg menanti di airport.

Syafawati (dah balik malaysia, skrg buat master di UM), 'Ain, tak ketinggalan, Fudhail budak Pahang, mesra menyambut kami. Dari situ, kami menaiki coaster terus ke Karak, seterusnya ke Mu'tah.

Sepanjang perjalanan hampir satu setengah jam ke Mu'tah, kiri kanan lebuhraya hanya padang pasir saja, tak kelihatan pun R&R macam di Malaysia. Di sinilah kita akan merindui lebuhraya di Malaysia, dgn pasarana yg cukup selesa, dan bayaran Tol secukup rasa!

Sampai di Mu'tah, agak maghrib, pelajar-pelajar diagihkan mengikut rumah sewa masing-masing. Alhamdulillah, agak selesa, apartment 3 tingkat. Aku dan isteri ditumpangkan di bilik Mursyidah (dah balik juga ke malaysia, dah kahwin pun 3 bulan lepas.....).

Selepas berbuka, aku keluar berjalan selepas maghrib, meninjau-ninjau pekan Mu'tah.
Peniaga-peniaga sebok mengemaskan barang untuk Isyak dan tarawikh. Aku bertarawikh di Masjid Syuhada di pekan Mu'tah. Habis lapan rakaat, aku pulang ke apartment. Letih sangat. Makan malam di rumah bersama anak-anak pelajar yg lain. Berbual sebentar selepas makan, sebelum masuk tidur.

Esoknya 4 Ramadhan- khamis - aku, isteri dan pelajar-pelajar baru dibawa oleh pelajar senior melawat kawasan bersejarah paling dekat sekali dgn Univ Mu'tah, iaitulah medan perang Mu'tah, perang yg berlaku antara tentera Islam dan Rom.

Kami juga menziarahi maqam 3 org sahabat Rasulullah saw yg gugur sebagai syuhadak di dalam peperangan ini, iaitulah anak angkat Rasulullah saw, Zaid bin Harithah, sepupu Rasulullah saw, Ja'far bin Abu Talib dan penyair Rasulullah, Abdullah bin Rawahah r.h.m.

5 Ramadhan - Jumaat- Selepas Solat Jumaat di Masjid Syuhadak, kami dibawa melawat ke Laut Mati, kawasan terendah di dunia - ~236m di bawah paras laut. Selama hari ini, aku hanya membaca ayat-ayatnya sahaja, menerangkannya di dalam ceramah dan kuliah, sekarang ia di depan mata! Allah Hu Akbar! Ni'mat Allah yg tak ternilai. Terasa gerun dan takut........ betapa ALLAH boleh melakukan apa saja terhadap mereka yg menentang ajaran para Rasul.

6 Ramadhan - Sabtu- Kami ke bandar Amman untuk melawat Gua Ashabul-kahf. Sekali lagi, jiwa ini merafakkan syukur ke hadrat ALLAH, kerana mengizinkan kami melihat sebahagian lagi akan kebenaran Al-Quran. Mereka ditidurkan ALLAH 309 TAHUN! Mereka mulia kerana menjaga aqidah mereka. Mereka tidak bersama kepimpinan yg zolim.

Dari situ, kami naik ke utara Amman, melewati Irbid, terus ke 'Ajlun, untuk melawat kota Salehuddin Al Ayubi r.h. Kota yg dibina di atas puncak bukit, untuk memepertahankan Islam dari serangan musuh. Cukup hebat pengorbanannya..........

7 Ramadhan - Ahad- Hari ini pelajar-pelajar mendaftar di Univ. Bayar yuran untuk semester pertama, dan ada ujian bertulis dari pihak univ untuk mereka. Aku dan isteri tinggal di bilik, mengemas apa yg patut, kerana esok akan terbang pulang ke Malaysia.

8 Ramadhan - Isnin - Kalau boleh, hari ini tidak akan muncul...... saat berpisah dgn anak-anak di sini semakin hampir. Seelah mengucapkan selamat tinggal kpd yg tidak menghantar kami ke Airport (banjir dah!), kami bergerak menuju ke Amman sekitar jam 12.30tgh. Penerbangan aku dan isteri ke Doha sekitar jam 4.30ptg.

Setelah usai solat zohor di surau Airport di Amman, aku dan isteri bersiap untuk check-in bagasi dan tiket ke DOHA- KL. Aduh..... kesedihan itu mula mencengkam diri, tak dapat ditahan2 lagi. Aku peluk anak perempuan ku, Nurhafizah, ku bisikkan padanya, jangan lupa doa untuk abi dan ummi, jangan lupa baca Al-Quran. Kuat sungguh tangisannya, aku gagahi jua situasi itu, demi cita-citanya, aku merelakan segala-galanya. Aku pasrah kpd Pencipta. Bohong kalau kata aku tidak menangis, kerana aku juga manusia.....

Kemudian, dia memeluk isteriku. Dua beranak berpelukan. Menangis sakan. Aku palingkan wajahku dari mereka berdua. Aku tidak sanggup melihatnya. Aku gagahi diriku untuk tersenyum, walau nampak agak pahit. Aku bersalaman dan berpelukan dgn Fudhail si budak Pahang tu. Aku sedeqahkn padanya beberapa Dinar Jordan untuk belanja di bulan Ramadhan.

Kami ucapkan selamat tinggal kpd semua. Check in bagasi dan tiket. Penerbangan jam 4.30ptg tepat pd masanya. Kami tinggalkan bumi Syams dgn seribu kenangan, entah bila ada rezeki untuk ke sana lagi.

Hari ini........ genap setahun ikut bulan Qamariah, anakku berada di sana. Alhamdulilah, sudah lulus tahun pertamanya, dan sudah pun mendaftar untuk Sem 1 Tahunke- 2 pengajian.

Khabarnya, bulan Jun 2010, akan pulang bercuti selama 3 bulan ke Malaysia.

Abi dan Ummi tak sabar menanti.

Penantian satu penyiksaan, tapi bersabar adalah sebahagian dari iman.

Tarikh itu akan sampai jua, InsyaALLAH......

2 comments:

Ainur68 said...

kenangan terindah......

Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

Kenangan itu indah untuk dikenang...Yang melaluinya sendiri pasti merasai lebih indah detik2 yang telah dilalui! Kita jadi cukup dewasa dengan pengalaman!Ia juga 'guru yang cukup berkesan!'