Wednesday, March 31, 2010

Jahil Masyuk!

Assalamu'alaikum wrm.

Pernah pada satu waktu, dia digelar Abal Hakam (Bapa Hakim). Biru katanya, biru la. Jangan ada yg cuba menukarnya menjadi hijau. Buruk padahnya. Silap-silap, melayang nyawa.

Rasulullah saw turun dari Gua Hirak. Memulakan langkah berda'wah. Menyerang setiap ideologi yg salah, termasuk berhala-berhala bodoh yg berdiri megah di keliling Ka'bah.

Lalu Rasululah saw menggelar dia - Abu Jahal (Bapa Kejahilan). Sampai lah hari qiamat, itulah panggilan yg paling baik untuknya. Penentang Islam tegar.

Ibu ayah risau melihat anak jahil dalam pelajaran. Dihantarnya ke pusat-pusat tuisyen yg tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tak cukup dgn itu, musim cuti sekolah tiba, diposkan pula ke Kem-kem Motivasi. Semuanya atas tujuan yg satu - Mahu melihat anak-anak keluar dari kepompong kejahilan dan kebengapan. Melihat dunia luar dgn lebih luas.

Ada pemerintah yg suka melihat rakyatnya jahil, terutamanya jahil politik.

Senang di 'gula-gula' kan.

Senang di 'jalan tar' kan.

Senang di ' subsidi' kan.

Senang di 'projek' kan.

Senang di 'bodoh media' kan.

Supaya senang nak perintah sepenggal lagi.

Inilah Jahil Masyuk!



Maksud: 'Dan apabila dikatakan kpd mereka: "Turutlah akan apa yg diturunkan ALLAH", mereka menjawab: " (tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yg kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun ttg perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat pertunjuk hidayah (dari ALLAH)?
Dan bandingan (orang-orang yg menyeru) orang-orang yg kafir (yg tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yg berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yg pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan aqalnya."
AL-BAQARAH: 170-171.


Monday, March 29, 2010

Buta

Assalamu'alaikum wrm.

Buta bukan sebarang buta.

Buta penglihatan, itu biasa dilihat. Ujian ALLAH atas hamba-hambaNya. Ada yg buta sejak lahir. Ada yg buta setelah mengecapi kehidupan ini. Ada yg kerana sakit, ada juga kerana sesuatu kemalangan.

Buta huruf. Juga biasa ditemui. Tak dapat nak habiskan pengajian. Jepun masuk Tanah Melayu. Bagero punya Jepun!

Buta perut. Boleh tahan juga istilahnya. Mungkin tak da hati dan perut. Tak da perasaan.

Satu lagi. Buta kayu. Yang ini agak bahaya. Jahil, bodoh dan jadi pak turut.

Orang Cina terima Chua, hero porno movie.

Mereka tolak 2 Ong.

Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Sahutan bunyi katak merata-rata.

Sebahagian melayu terima juga.

Buta kayu sungguh!

Tuesday, March 23, 2010

Fikir

Assalamu'alaikum wrm.

1. Anak-anak yg dalam perjalanan ke sekolah, berfikir di tengah perjalanannya ttg subjek yg paling meluat yg akan dihadapinya pd hari ini. Tak ketinggalan, memikirkan guru yg paling tak popular di hatinya, yg akan datang menjenguk klasnya hari ini.

2. Orang yg bekerja di pejabat, lesu menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yg bertimbun-timbun, kerja yg terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yg tak pernah padam.

3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yg akan di 'transit' ke nursery, tak ketinggalan ko-korikulum yg memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yg semakin ' bersopan' mutakhir ini. Pening!

4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yg difikir - Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yg terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yg bersedia untuk memutar otak-otak mereka. Quran? Lain tahun baca!

5. Ahli-ahli politik yg 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yg mengada-ngada, yg lebih kpd nak glamor dalam tv sahaja. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.

6. Tiada fikir yg baik, kecuali untuk memertabatkan Islam dan kehebatannya.

Friday, March 12, 2010

Islam bukan 'escapism'

Assalamu'alaikum wrm.

Cuti sekolah tiba lagi.

Antara acara besar dalam musim cuti sekolah ialah Walimatul 'Urus - Kenduri Perkahwinan. Berpuluh-puluh kad jemputan diterima, sampai ada yg terlupa nak pergi. Punya banyak!

Malang pula bagi sebahagian mak bapak yg menjadi tuan rumah majlis itu. Inilah saatnya, mereka menjadikan Islam itu sebagai `escapism' bagi mereka.

Apa maknanya? Mudah cerita begini. Berpuluh tahun mereka tak pernah jejakkan kaki ke surau / masjid, malahan ada yg meluat dgn program-program di surau / masjid. Mengata kat orang! Malahan AJK surau / masjid pun mereka tak kenal.

Bila anak nak menikah, baru la kelam-kabut. Baru la jumpa Islam. Baru la nak terhegeh-hegeh cari no tel tuan imam yg tertera di papantanda surau / masjid, wal hal sebelumnya, tandas surau/masjid pun mereka tak tahu ada di bahagian mana.

Baru la nak terhegeh-hegeh ajak jamaah surau / masjid buat tahlil di rumah dia. Dia nak 'rasuah' jamaah surau / masjid dgn semangkuk kari ayam dan sepiring acar timun. Piiiiiiiiirah! Kedai nasik kandar pun berlambak-lambak ada menu tu. Order, makan dan bayar je.

Yang si ibu tu pula, baru la tercari-cari kain. Nak tutup kepala, bukan tutup aurat! Jambul tersembul keluar, mendada megah kehadapan.

Pasang khemah depan rumah jiran pun bukan mintak izin jiran. Pakai pacak aje besi dan khemah. Tak hormat jiran. Tak tau hak jiran. Mementingkan diri sendiri.

Kepada golongan-golongan seperti ini, kita nasihatkan kepada mereka supaya melihat Islam itu sebagai Nizam Al-Hayat (Peraturan Hidup), bukan sebagai jalan escapism untuk melunakkan org lain bahawa mereka juga berpegang dgn Islam.

Mereka mesti mendekatkan diri dgn rumah ALLAH dan program-program yg disusun, atau, nanti bila mereka mati, suruh aje la anak-anak mereka balut mereka dgn kain batik yg mereka dapat dalam tiap kali pilihanraya.

Satu lagi pesanan buat mereka - Iman kami tak boleh dibeli dgn semangkuk kuah kari!

Kepada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga, semoga diberkati dan diredhai ALLAH kehidupan sebagai suami-isteri.

Thursday, March 4, 2010

Nilai kebenaran


Maksud: "Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yg mereka pura-pura adakan. (dgn sihir mereka).


"Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri; sujud,


"Sambil berkata: Kami beriman kpd Tuhan sekalian 'alam,

ASY-SYU'ARAA: 45-47

Assalamu'alaikum wrm.

Sebahagian ayat Al-Quran yg menceritakan tentang pertarungan sengit antara Musa a.s. dan ahli-ahli sihir Firaun.

ALLAH SWT tidak menyatakan tarikhnya, bila ia berlaku, hari apa dan pukul berapa. Itu tidak penting. Itu bukan kaedah AL-Quran.

Samalah tidak pentingnya membahaskan tarikh sebenar kelahiran Muhammad saw. Ada yg kata 9 R/Awwal, ada yg kata 12 R/Awwal, dan ada pandangan bahawa Rasulullah saw lahir pd bulan Ramadhan.

Juga tidak penting untuk membuang masa dalam mencari jumlah sebenar Ashabulkahf. Ada yg kata 3 orang, ada kata5, dan ada yg kata 7 bersama seekor anjing. (AL-KAHF: 22)

Al-Quran diturunkan ALLAH untuk diambil pengajaran dpdnya.

Demikianlah peristiwa di dalam ayat di atas. Yang penting ialah memahami betapa mahalnya kebenaran.

Betapa apabila kebenaran itu sudah terhidang di hadapan mata, jangan bertangguh lagi untuk bersamanya. Manusia tidak pernah tahu bila ALLAH akan memetri pintu hatinya!

Kebenaran itu apabila sudah dirasakan betul di dalam hati org yg mahu menerimanya, maka segala-galanya menjadi mudah bagi mereka.

Firaun yg dianggap 'Tuhan' oleh kaumnya, bagi ahli sihir yg mula menerima kebenaran itu, melihatnya seperti kuman yg kecil sahaja. Segala ugutan dan gertakan Firaun cair di dalam hati mereka. Tidak meremangkan bulu roma mereka walau sehelai sekalipun! Mereka berkata pula kpd Firaun : " Hukumlah apa yg engkau mahu hukum, kerana sesungguhnya engkau hanya mampu menghukum di dunia sahaja!.' (SURAH TO HA: 72)

Akhirnya, kebenaran itu menjadikan mereka golongan syuhadak. Mereka di salib di pohon kurma, dipotong kaki dan tangan mereka.

Benarlah kata Ibnu Abbas - Di pagi hari, mereka adalah ahli-ahli sihir, di sebelah petang mereka adalah syuhadak yg dimuliakan ALLAH!

Namun, ada segelintir manusia yg sudah tidak dapat melihat kebenaran itu kebenaran.

Mereka dibutakan oleh harta benda dunia dan nafsu yg jahat.

Mereka sanggup mengkhianati amanah mereka. Akhirnya, yg baik dipandang buruk, dan buruk dipandang baik dan berharga sekali.

Selamat melompat bagi sesiapa yg mahu melompat selepas ini. Elok-eloklah melakukan lompatan, nanti tersungkur jatuh, dan terus tak bangun-bangun dah.


Tuesday, March 2, 2010

Lebih busuk dari khinzir


Maksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pd diri Rasulullah (saw) itu contoh ikutan yg baik, iaitu bagi orang yg sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senanag)."
AL-AHZAB: 21

Assalamu'alaikum wrm.

Dengan pengutusan Rasulullah saw:

1. ALLAH menghidupkan hati-hati manusia

2. Telinga boleh mendengar kebenaran

3. Aqal boleh berfikir dgn baik

4. Mata dapat melihat kebesaran ALLAH

Namun, ramai juga yg memilih untuk menjadi pekak dan membutakan mata mereka terhadap kebenaran. Hati mereka hitam pekat, lebih keras dpd batu.

Paling jahatnya, mereka bersekongkol untuk melemahkan kekuatan Islam.

Mereka Islam pd zahir dan nama. Kufur pd i'tiqad kepercayaan. Mereka membenci Islam.

Mereka membenci Rasulullah saw. Walau tidak dizahirkan secara terang-terangan, lakunan mereka boleh dihidu org beriman.

Mereka lebih khinzir daripada sekandang khinzir!


Tuesday, February 23, 2010

Kedunguan tak bertepi

Assalamu'alaikum wrm.

Kadang-kadang terasa letih dgn kehidupan. Rimas dan melajukan kadar denyutan jantung.

Di sana-sini, kebatilan terserlah. Fitnah muncul dgn gayanya yg tersendiri. Dipertahankan habis-habisan.

Muncul golongan-golongan 'pembela' Islam, walhal mereka adalah kuncu-kuncu syaitan.

Ramai pula pengikutnya, kebanyakannya berlatar belakangkan Univ hebat di dunia.

Mereka cerdik di atas scroll ijazah, tetapi dungu dalam memahami ugama.

Ketika org lain sibuk mencipta fesyen pakaian terbaru, mereka ajak org lain jangan pakai seluar dalam! Lebih teruk dari kumpulan beruk-beruk dalam filem Planet Of The Apes.

Lagi memeningkan, golongan penghuni kedai-kedai kopi. Secawan kopi dan sehelai suratkhabar yg dibaca mengambil masa berjam-jam. Bercakap tentang Islam, Malaikat pun 'pening' nak catat.

Cara kehidupan mereka adalah mudah. Ada benda, ada habuan, beres!

Walau sebatang rokok.

Walau sehelai kain pelikat.

Hatta, sebungkus nasi berlaukkan ikan termenung pun sudah memadai untuk mereka muncul menjadi hero-hero tua yg akan memberikan sokongan, tenaga dan pemikiran untuk meragukan masyarakat terhadap Islam.

Kitab mereka adalah suratkhabar. Apa kata akhbar, itu lah berita benar. jangan disanggah-sanggah. Sama salahnya seperti menyanggahi kekuatan dan ketulinan Hadith Mutawatir!

Dpd hujung rambut sampai hujung kaki mereka, mereka telah dijajah.

Oleh pemimpin korup dan penipu.

Oleh golongan intelektual yg telah melacurkan ilmu-ilmu mereka.

Maka, hadapi mereka dgn ilmu. Nasihatkan mereka supaya memahami Islam yg tulin.

Kalau mereka berlagak dan cakap banyak, lawan mereka habis-habisan, di gelanggang mana pun.

Itulah jihad namanya. Pahala dan ganjarannya adalah Syurga.



Maksud: "Dan supaya Ia menyeksa orang-orang Munafiq - lelaki dan perempuan, dan orang-orang Musyrik - lelaki dan perempuan, yg menyangka terhadap ALLAH dgn sangkaan yg buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala' bencana yg dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) ALLAH murkai mereka dan mela'natkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka jahannam; sedang neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
AL-FATH: 6


Wednesday, February 17, 2010

Sentiasa terjelir


Maksudnya: " Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tinggikan pangkatnya dgn (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.Tetapi ia bermati-matian cenderung kpd dunia dan menurut hawanafsunya; maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
AL-A'RAF: 176


Assalamu'alaikum wrm.

Antara peringatan yg pernah diutarakan oleh Almarhum Imam Abu Hasan 'Ali An-Nadwi Al-Hasani ialah bahawa di akhir zaman nanti akan lahirlah satu fenomena yg amat tidak menyenangkan iaitulah "KEJAHILAN UMMAT DAN KELESUAN PARA ULAMAK."

Ayat di atas sudah cukup menggerunkan, terutama bagi golongan cerdik pandai ugama.

Jangan bertubuh manusia, tetapi berjiwa seekor anjing!

Lidahnya sentiasa terjelir, di mana-mana.

Sunday, February 14, 2010

Kita adalah Satu Malaysia!


Maksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kpdmu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikut ugama (cara hidup ) mereka........................."
AL-BAQARAH: 120

Di India, mana-mana yg menyambut Hari Valentine, akan ditangkap dan dibotakkan kepalanya.

Di Arab Saudi, mana-mana kedai yg menjual bunga ros untuk tujuan sambutan ini, kedainya akan disita.

Di Malaysia, sambutlah, tak da masalah.

Persetankan fatwa Majlis Fatwa Kebangsan yg bersidang di Kucing pd 2005, yg mengharamkan umat Islam menyambutnya. Peduli apa, yg penting hari ni gadis remaja tak payah pakai seluar dalam!

Kerana apa? Kerana kita Satu Malaysia!

Wednesday, February 10, 2010

Sentiasa dalam kemenangan




Assalamu'alaikum wrm.

Tiada istilah kalah bagi pejuang kebenaran.

Mereka sentiasa 'menang'. Walau di bumi mana, di zaman dan waktu yg berbeza.

Semua Rasul adalah pejuang kebenaran. Mereka tetap dalam kemenangan kerana risalah yg dibawa adalah kebenaran dari ALLAH, walau dipandang salah dan menyesatkan oleh manusia kufur.

Rasulullah pernah 'kalah' dalam peperangan Uhud.

Baginda jatuh di dalam lubang yg digali musuh. Pengsan di dalamnya.

Ketika hendak pulang ke Madinah, 'Umar melaungkan kpd Abu Sufyan (masih belum Islam pd waktu itu) :" Kami yg kalah, tentera-tentera kami yg mati masuk ke dalam Syurga, manakala kamu yg menang, tentera-tentera kamu yg mati dihumban ke neraka!".

Inilah kemenangan hakiki. Kemenangan kerana membela kebenaran.

Maksud: " ALLAH berfirman: " Inilah hari (qiyamat) yg (padanya) org-org yg benar (pd tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa'at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ALLAH redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia.Itulah kejayaan yg amat besar."
AL-MAIDAH: 119

Sentiasa menang selama-lamanya, selagi adanya sinar mentari.

Thursday, February 4, 2010

Engine? Still there...............



The Lockheed Martin F-35 Fighter Jet (Pentagon's biggest budget buster)

For close air support, tactical bombing and air defense missions.

Engine type: Pratt & Whitney F135 - MASIH BERKEADAAN BAIK DAN BELUM DICURI LAGI.

Sunday, January 31, 2010

Jangan langgar fitrah - EPISTEMOLOGI

Assalamu'alaikum wrm.

Manusia dicipta ALLAH sesuai dgn fitrahnya.

Maka jangan dilanggar fitrah ini.

Ambil ikan, dan letakkannya di darat. Ia pasti mati kerana ia melanggar fitrah.

Ia tidak berhajat kepada O2, ia mahukan H2O.

Ambil seekor kambing, dan letakkan ia di dalam kandang babi yg dihuni ratusan ekor babi.

Kambing tu confirm takkan mengembik dah, malahan ia akan bertukar menjadi KABI!

Kenapa? Kerana melanggar fitrah.

Fitrah manusia mesti menerima kebaikan Islam. Untuk itu, manusia mesti tahu Epistemologi.

Apa dia Epistemologi? Iaitu tahu, faham, belajar, memberi nilai, berfikir dan bertindak. (mengikut fitrah kemanusiaan dan Islam).

Firman ALLAH:



Maksud: " (Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yg jauh dari kesesatan; (turutlah terus) "ugama ALLAH" - iaitu ugama yang ALLAH menciptakan manusia (dgn keadaan bersedia dari semulajadinya - FITRAH) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pd ciptaan ALLAH itu, itulah ugama yg betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

AR-RUM: 30


Tuesday, January 26, 2010

La'nat ALLAH


Maksud: 'Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yg lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yg lain itu) akan mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH. Dengan yg demikian itulah ALLAH perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.'
AL-AN'AM: 153

Assalamu'alaikum wrm.

Syaikhul Islam,Ibn Taimiyah telah berkata:

"Sesiapa yang meyakini bahawa dirinya boleh memperolehi hidayah selain daripada hidayah ALLAH yg telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw, maka atasnya la'nat ALLAH, malaikat dan seluruh orang-orang yg beriman. Mana-mana negeri yg tidak disinari oleh cahaya kerasulan merupakan negeri terla'nat. Setiap hati yg tidak melihat cahaya agama ini adalah hati yang dimurkai ALLAH."

Hidup dalam la'nat ALLAH................. itulah kehidupan Fira'un, dan mereka yg mewarisi perbuatan khianatnya sehingga hari kebangkitan.

Mereka mungkin kaya harta, tapi miskin pegangan Islamnya.

Mereka tidur di atas tilam-tilam empuk, dgn penghawa dingin yg menyucuk tulang sejuknya, tapi seolah-olah mereka tidur di dalam gua yg sempit. Panas, gelisah, tiada peredaran udara yg sempurna. Jiwa sempit dan terseksa. Menanti sakinah yg tidak layak untuknya.

Mereka punya anak yg ramai, tapi semua anaknya bercita-cita supaya dia mati cepat agar harta dapat dibolot dan dibahagi-bahagikan.

Dia merana di alam barzakh, menanti do'a anak yg tak kunjung tiba!

Semua mela'natnya.

Na'uzubiilahi min zalik.



Friday, January 22, 2010

Bekas tikar di pipinya

Assalamu'alaikum wrm.

Sohih Bukhari Hadith no 4913:

` Umar Al-Khattab r.h. mendatangi Rasulullah saw ketika Baginda sedang berada di tempat minumnya. Umar menyatakan: ' Demi ALLAH! Di dalam tempat minum itu, saya tidak menemukan sesuatu di kala saya masuk, melainkan hanya setangkai gandum yg masih di tangkainya.' Maka kedua matanya menitiskan airmata. Rasulullah saw bersabda kpd umar: ' Wahai Umar, apa yg terjadi kpd engkau?' Sementara pada pinggang dan pipi Rasulullah saw terlihat ada bekas tikar. Saya berkata: ' Wahai Rasulullah, sesungguhnya penguasa Kisra dan Qaisar bersenang-senang dgn apa saja yg mereka sukai, sementara engkau adalah utusan ALLAH, dan ALLAH telah mengutamakan engkau di dalam dunia ini.' Rasululah saw bersabda: ' Masih adakah keraguan yg menyelimutimu wahai Ibnul Khattab, tidakkah kamu redha mereka mendapatkan dunia dan kita mendapatkan kesenangan akhirat kelak?''

1. Sikap dan pandangan Rasulullah saw terhadap dunia.

2. Kasih sahabat kpd Rasulullah saw.

3. Dunia alat, bukan matlamat.


ALI-IMRAN: 15

Maksudnya: ' Katakanlah (Wahai Muhammad): " Mahukah supaya aku khabarkan kpd kamu akan apa yg lebih baik dpd semuanya itu? (dunia dan kesenangannya) iaitu bagi org-org yg bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan / isteri-isteri yg suci bersih, serta (beroleh) pula keredhaan dari ALLAH." Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Wednesday, January 20, 2010

Rindu yg tak pernah padam


Maksudnya: 'Sesungguhnya rumah ibadat yg mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kpd Tuhannya) ialah Baitullah yg di Makkah, yg berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.'
ALI-IMRAN 96


Assalamu'alaikum wrm.

Kali pertama aku melihatnya adalah pd tahun 1996.

Masih ku ingat, ketika menuruni anak-anak tangga di Dataran Syaibah di dalam Masjidilharam, di celah-celah tiang masjid itu, mata ku liar mengintainya.




Sebaik sahaja aku berada di hadapannya, aku terpaku. Kelu lidah untuk berkata-kata. Semacam tidak percaya. Sejuk mata memandangnya, teringat Rasul yg mulia......

Sekali fikir, apa lah yg ada padanya. Batu-batu yg dibaluti kelambu berwarna hitam.

Ia bukan KLCC, jauh sekali KL Tower. Ada lif yg canggih, laju. Ada restoran berpusing di atasnya. Sediakan wang secukup rasa, kerana harga makanannya melebihi warung Pak Ngah di Megat Dewa.

Namun, ia hebat kerana ia Rumah ALLAH.

Ada sentuhan tangan-tangan manusia mulia - Nabi dan Rasul a.h.s.

Bermula dgn Nabi Adam a.s., sehingga Ibrahim a.s., hinggalah junjungan Muhammad saw.

Sentuhan para Rasul adalah keberkatan.

Apatah lagi ajaran mereka.

Keberkatan yg berpanjangan sehingga kiamat.

Menghadirkan kerinduan yg tak kunjung padam. Rindu, dan terus merinduinya.........

Ya ALLAH! Ubatilah rindu ini.

Monday, January 18, 2010

Mencipta Iblis-iblis pintar


Maksudnya: 'Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dgn ugama itu kpd anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Ya'qub (berwasiat kpd anak-anaknya) katanya: ' Wahai anak-anakku! Sesungguhnya ALLAH telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.'
AL-BAQARAH: 132


Assalamu'alaikum wrm.


1. ALLAH SWT telah memilih kita untuk menerima Islam ini.

2. Satu ni'mat yg tidak boleh diabai dan di sia-siakan.

3. Jangan hanya Islam pd keturunan dan nama sahaja. Sebaliknya, mestilah Islam yg diisi dgn 'ilmu, yg melahirkan kefahaman terhadap Ad-Din ini, seterusnya bergerak dan bertindak atas kefahaman itu.

4. Elakkan diri dari menjadi jahil ttg ugama. Jahil Murakkab! Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!

5. Akhirnya, dia menjadi musuh pd perkara yg dia tidak tahu.



6. Wellington pernah berkata: ' Mendidik manusia tanpa agama, bererti engkau MENCIPTA IBLIS-IBLIS YG PINTAR!.'

7. Iblis-iblis yg pintar, termasuk dalam berpolitik.

Bijak dalam menabur janji.

Bijak dalam meraih undi.

Bila dah menang, lari. Batang hidung pun tak kelihatan lagi.

5 tahun sekali......... Bijak menipu pengundi. Sapu elaun sana-sini.

Tidur dan buat taik gigi.

Siapa tak setuju, dihambat, dicantas, separuh mati.

Hasad dengki, mengadu domba, bertakhta di hati.

Aku YB, kamu ABC. He he he......

5 tahun sekali aku muncul lagi. Meraih simpati, kononnya aku lah pejuang sejati.

8. Tiada makhluk yg paling kuat penentangannya terhadap ALLAH, kecuali iblis. Tempat berdiamnya di neraka.


Wednesday, January 13, 2010

No second chance!


Maksudnya: 'Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu):' Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yg solih, yg lain dari apa yg kami pernah kerjakan.' (lalu ALLAH menempelak mereka):' Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu, dan memberikan masa yg cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yg suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi Rasul (Kami) yg memberi amaran? Oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana org-org yg zolim tidak akan beroleh sesiapapun dapat memberi pertolongan.
FATIR: 37

Assalamu'alaikum wrm. wbh.

Ada 3 perkara besar yg ALLAH pertekankan di dalam ayat ini untuk digunakan sebaik mungkin:

1. USIA

2. MASA (KEHIDUPAN DUNIA)

3. AQAL


Gunakan ia sebaik mungkin.

Gabungkan ketiga-tiganya dalam misi mencapai darjat Insan Bertaqwa.

Ingat! Kita takda peluang yg kedua..............

Sunday, January 10, 2010

Teka-teki kehidupan

Assalamu'alaikum wrm.

Kehidupan ini penuh dengan teka-teki, kata Almarhum Bung Hamka.

Seperti mengisi jawapan di dalam kotak-kotak peraduan Teka Silangkata. Betul hurufnya, betullah jawapannya, atau sebaliknya.

Insan-insan baik yg menabur kebaikan untuk orang lain, diketepikan, diasingkan, tidak dipedulikan, seolah-olah penjenayah perang Serbia yg mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

Insan-insan cemerlang yg cuba membaiki keadaan, dengan nasihatnya, dgn sedikit 'ilmunya, dilabel sebagai golongan yg tak beli insuran untuk mulut mereka. Mulut laser! Walhal, yg diinginkannya hanyalah kebaikan bagi org itu. Namun, ia telah di salah tafsirkan.

Manusia-manusia yg dulunya susah kehidupannya, lena dibuai mimpi kemewahan.

Terlupa pernah kekeringan wang di poket.

Terlupa dahulunya, di dapurnya, tak punya gula dan kopi.

Terlupa dahulunya, menu tengaharinya adalah nasi berlauk ikan kering dan telur mata kerbau.

Kebaikan yg dicurahkan, dibalas tuba yg pahit!

Bingung apabila memikirkannya.

Tercari-cari di mana salah dan silap.

Namun, demikianlah sabda Rasul yg mulia (saw):
Di akhir zaman, org yg baik dianggap jahat, org yg jahat dianggap baik.

Lalu hatinya berbisik:
'Biarlah manusia membenciku kerana kebenaranku, asalkan ALLAH, Tuhanku, tidak mengeluarkan aku dari Rahmat dan Kasih SayangNya.'

Diyakininya janji ALLAH ini sepanjang hayatnya. ALLAH berfirman:


Maksudnya: ' (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdo'a: ' Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kpd kami untuk keselamatan ugama kami.'
AL-KAHF: 10

Wednesday, January 6, 2010

Anugerah Pelakun Terbaik

Salam.

Di antara taktik dan strategi yg digunakan oleh anak-anak Nabi Ya'kub a.s. (abang-abang Nabi Yusuf a.s.) dalam mempengaruhi Nabi Ya'kub supaya 'mempercayai' bahawa Nabi Yusuf a.s. memang dibaham serigala ialah linangan airmata.

Mudah untuk dialirkan. Kesannya pula berpanjangan.

Lagi banyak gugur airmata, lagi kuat 'kepercayaan' org kpd kita. Dgn makna yg lain, kita berjaya menghidupkan watak.

ALLAH berfirman:
Maksud: `Dan sesudah itu, datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pd waktu senja sambil (buat-buat) menangis.'
YUSUF: 16

Ini dipanggil 'Air mata buaya'. Lakunan mantap, mempengaruhi jiwa.

Ada air mata artis. Air mata cari makan. Air mata 'Action!' dan 'Cut!'.

Ada air mata org politik. Menangis sakan di pentas utama. Mengharap simpati untuk kekal lama. Perwakilan ternganga. Sekali lagi, air mata buaya!


Dgn kalimah 'InsyaALLAH' pun, org boleh berlakun. InsyaALLAH nak hadir program, tapi tak hadir pun. Duduk di rumah, bersila depan tv. Bila terjumpa rakan dan teman, terus mencipta 'uzur syari'e'.

Dgn demonstrasi pun org boleh berlakun. Konon membela Islam yg suci, isteri di rumah, kain tudung pun tak terbeli.

Kaki rasuah!


Kaki judi!

Kaki todi dan brandy!

Siam kata pergi, Ipoh kata mali!

Tiba-tiba muncul jadi juara membela Islam. 'Suci lagi menyucikan'. Kalah Air Mutlak!

Ingat amaran ALLAH:
QAF: 18


Maksudnya: 'Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya), melainkan ada disisinya malaikat pengawas yg sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Berlakunlah, award dan anugerahnya di akhirat!

Monday, January 4, 2010

Jangan berlakun


Maksudnya: `Dan apabila dikatakan kepada mereka: `Marilah berhakim kpd hukum Al-Quran yg telah diturunkan ALLAH dan kpd hukum Rasulullah,' nescaya engkau melihat org-org Munafiq berpaling serta menghalang (manusia) dgn bersungguh-sungguh dpd menghampirimu.'
AN-NISAAK: 61

Salam

Ayat ini diturunkan di Madinah.

Mendedahkan sikap sebenar golongan Munafiq di Madinah.

Pandai berlakun, berpura-pura di hadapan Rasulullah saw.

Tiba dalam bab hukum-hakam, mereka tidak sanggup untuk mematuhi Rasulullah saw, bahkan berusaha keras siang dan malam untuk menghalang jgn tertegaknya hukum ALLAH.

Pertahan nama ALLAH dari dipermainkan org adalah satu kewajipan.

Menyeru manusia supaya patuh kpd hukum ALLAH, dan melaksanakannya dalam kehidupan bermasyarakat, dgn kuasa yg ada, juga satu kemestian.

Jangan jadi Munafiq, sebab golongan ini memenuhi kerak-kerak api neraka!

Friday, January 1, 2010

Cerah hatinya!

Al-HAJJ: 46

Maksudnya: `Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya- dgn melihat kesan-kesan yg tersebut - mereka menjadi org yg ada hati yg dgnnya mereka dapat memahami, atau ada telinga yg dgnnya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yg sebenarnya bukanlah mata kepala yg buta, tetapi yg buta itu ialah MATA HATI yg ada di dalam dada.



Salam.

Habis sampaikan kuliah di Masjid Batu smlm, seorang mu'allaf bernama Haikal telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dlm masa 10 minit.

Haikal buta semenjak dilahirkan. Dia dari keluarga berbangsa Cina.

Dia memeluk Islam ketika berusia 15 tahun. Keluarganya tidak membantah.

Dia mengenali Islam sejak berusia 9 tahun lagi, hasil pergaulannya dgn rakan-rakan sebayanya yg beragama Islam.

Sekarang dia sedang menuntut di National Blind school di Afrika Selatan, dalam bidang Syariat Islam dan Bahasa Arab. Sekarang sedang bercuti musim panas. Pulang ke Malaysia.

Antara perkara paling menarik yg diperkatakan Haikal ialah berhubung dgn Ahli Parlimen Islam di Afrika Selatan. Semuanya penghafaz Al-Quran.!

Sedap la bersidang dan berhujah bila Quran dalam kepala.

Mungkin tak da istilah walk out bagi MP di sana! Atau pun, parlimen bertukar jadi tempat sarkas.

Apa pun, kutipan derma mlm tu semuanya untuk Haikal. Dia nak beli lap top braille.

Selamat maju jaya untuk Haikal.