Sunday, February 14, 2010

Kita adalah Satu Malaysia!


Maksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kpdmu (wahai Muhammad) sehingga engkau mengikut ugama (cara hidup ) mereka........................."
AL-BAQARAH: 120

Di India, mana-mana yg menyambut Hari Valentine, akan ditangkap dan dibotakkan kepalanya.

Di Arab Saudi, mana-mana kedai yg menjual bunga ros untuk tujuan sambutan ini, kedainya akan disita.

Di Malaysia, sambutlah, tak da masalah.

Persetankan fatwa Majlis Fatwa Kebangsan yg bersidang di Kucing pd 2005, yg mengharamkan umat Islam menyambutnya. Peduli apa, yg penting hari ni gadis remaja tak payah pakai seluar dalam!

Kerana apa? Kerana kita Satu Malaysia!

3 comments:

Ashaabul Kahfi said...

Salam ustaz,saya juga kecewa dengan situasi ini,dalam berita utama tv3 di terangkan tentang haramnya sambutan ini,tetapi dalam masa yang sama dibuat iklan menginterview pada kanak2 islam untuk buat ucapan hari kasih sayang pada keluarga..betoi2 mangkok la TV3 ni..

PRO ISLAM said...

Salam Ustaz,

Matlamat 1 Malaysia suatu hari nanti akan jadi macam dengan 1 Indonesia. Semuanya cacamerba. Satu Malaysia apa kalu peruntukan dalam perlembagaan diragut, hak kerajaan negeri dibawah PR dibeza-bezakan. Mangkok hayun sungguh depa ni....

Budak_Perak said...

Apa pandangan ustz. dlm isu ini..?

Harussani bidas Sisters in Islam .. Sampai bila perlu membidas kenapa tidak di haramkan Pertubuhan ini..???
Sepatutnya majlis fatwa kebangsaan perlu mengharamkan pertubuhan SIS (Sisters In Islam ) berikutan pandangan yang diberi sangat bertentangan dengan Islam merujuk dari Al-Quran dan Hadis .

Kerajaan perlu bertindak tegas berkenaan penyalahan tapsiran pihak NGO ini yang membahayakan masyarakat umumnya dan Umat Islam khususnya berkenaan dengan sudut AKIDAH dah perlaksanaannya.

Berapa lamakah rakyat Islam Malaysia perlu bersabar dengan sikap acuh tak acuh kementerian dalam negeri berhubung masaalah ini..

Apakah yang menyebabkan mereka (SIS) ini menjadi kebal dalam sudut undang-undang berikutan tapsiran yang menyeleweng dari fakta Al-Quran dan Al-Sunah.

Pandangan mereka hanya mengikut acuan barat berkitabkan orientalis Barat yang menentang Islam .

Berikutan laporan Pandangan Datuk Harunsani Zakaria - sumber Utusan
PUTRAJAYA 18 Feb. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.
Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.

''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam hal ini, Harussani memuji bekas model sambilan yang didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang bersedia menjalani hukuman sebat.

''Dia mengaku kesalahannya dan mahu dihukum secara Islam, jadi Kartika seorang yang jujur dan mempunyai kesedaran," kata beliau.

Sisters in Islam hari ini mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.