Thursday, October 30, 2008

Unta..... di atasnya Rasul yg mulia......

Firman ALLAH Pencipta agung (mafhum):
`Maka apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana unta diciptakan?'
17: AL-GHASYIYAH

Kata Enstein :` Barangsiapa yg mahu mengkaji alam ini, nescaya dia akan mengetahui bahawa si Pencipta pastilah Maha Bijaksana dan tidak bermain2 dalam penciptaanNya.'

Si unta ini datang dari Quba', direbut ia oleh Ansar, mintak unta itu berhenti di rumah mereka, kerana di atasnya Rasul yg mulia, dan sahabat yg setia......akhirnya di rumah rakan karib ayah RasulNya ia memilih tempat berhentinya- di rumah Abul Ayyub Al-Ansari...

Unta menghuraikan kekusutan sahabat ttg berapa jumlah tentera musyrikin di dalam Badar Al-kubra. Perisik yg ditangkap Ali r.h. kata- `kami makan unta, kami sembelih sehari2, kadang 9, kadang2 10 ekor.' Rasul yg mulia menjawab- `jumlah mereka 900-1000 org kerana seekor unta boleh dimakan oleh 100 org!

Unta itu menurut perintah ALLAH, enggan ia berjalan lagi di Hudaibiyah. Duduk diam ia di atas tanah. Sahabat r.h.m. ambil kayu, lalu menyucuk punggang unta, arahkan ia meneruskan perjalanan, Rasul yg mulia bersabda- `ia diberhentikan ALLAH yg telah menjalankan ia.'

Nak minum susu unta, sebelum sampai ke Hudaibiyah,di sebelah kiri kanan perjalanan, ada ladang unta. Boleh minum, beli bawa balik- 5 riyal saja!

Cuma, jgn turun sujud dari i'tidal mcm unta (tgn jatuh dulu), Rasul yg mulia menegahnya!

Tuesday, October 28, 2008

7 pemuda beriman- Di mana kan ku cari ganti.........

Di hadapan mercu tanda ashabul-kahfi
Entrance pintu gua

ALLAH SWT berfirman (mafhum):
`(Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan org2 muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: ` Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kpd kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kpd kami untuk keselamatan ugama kami.' 10: AL-KAHFI

Kami ceritakan kpdmu (wahai Muhammad) perihal mereka dgn benar; sesungguhnya mereka itu org2 muda yg beriman kpd Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dgn hidayah petunjuk.' 13: AL-KAHFI

`Dan Kami kuatkan hati mereka (dgn kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: `Tuhan kami ialah Tuhan yg mencipta dan mentadbir langit dan bumi........' 14: AL-KAHFI

7 pemuda ini tidak bersama dgn pemerintah yg zolim;

7 pemuda ini menyelamatkan aqidah mereka;

7 pemuda ini tinggi tawakkal mereka kpd ALLAH;

7 pemuda ini ditidurkan ALLAH 309 tahun!

Benarlah kata Rasul yg mulia - `Sesungguhnya pemuda yg bertaqwa kpd ALLAH lebih disayangi ALLAH dari si tua yg bertaqwa.'

Di mana pemuda kita?

Di jalanraya!
Di lebuhraya!
Di balairaya!
Di pasaraya!
Di pesta ria!
Akhirnya jadi Hantu raya!

Ya ALLAH! Selamatkanlah anak2 muda kami..........

Sulh Hudaibiyah- Ke arah pembebasan Makkah

Sebahagian rombongan jamaah

Semangat tuu... walau tgh panas sungguh!

Tahun 6H, termeterai Hudaibiyah, terserlah kebijaksanaan dan kehebatan pandangan politik Rasulullah saw.

Si Umar r.h. membantah keras krn disuruh pulang ke madinah, nak buat umrah dtg semula tahun depan! Sakitnya hati krn kain ihram dan niat sudah dipasang. Rasul saw yg mulia kata- `tak apa, kita terima saja.....'

Perjanjian apa ini kata Umar - sahabat yg beriman yg tinggal di makkah, tidak boleh dikembalikan ke Madinah, si kafir yg ada di Madinah, boleh pulang ke makkah! Rasul saw yg mulia kata- `tak apa, kita terima.......'

Gencatan senjata 10 tahun! - Gembira Rasul saw krn peperangan adalah pilihan terakhir bagi Islam, perdamaian dan keamanan menjadi agenda utama.

Dgnnya, Islam dapat disebarkan dgn meluas krn peperangan tidak akan berjalan selama 10 tahun.

Benarnya Rasul yg mulia ini...... 7H, setahun kemudiannya, si Pedang ALLAH, Khalid ibni Walid, menyatakan keislamannya, bersama2 Amru Al-A's. Islam bertambah garang kerana kedua2nya adalah Jeneral perang terulung!

8H, dalam keadaan Abu Sufyan yg semakin hilang kekuatannya, Rasulullah saw memimpin ketumbukan tentera yg besar, membebaskan bumi Makkah dari kesyirikan berhala yg menyesatkan. ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!

Bijaknya Rasul yg mulia dalam mengatur strategi politiknya...... Diisi perjuangan dgn ketaqwaan, keilmuan yg tinggi.

Jauhi politik semangat semata2 - Semangat bendera dan semangat ramainya yg hadir di tempat ceramah, tetapi jiwa kosong dgn ibadah, solat tunggang langgang, fatihah lintang-pukang, isteri dan anak dibiar jahil di dalam kehidupan! Masakan kemenangan di kirim ALLAH!

Who's the most handsome?

DI KILANG KELAMBU KAABAH, MAKKAH AL-MUKARRAMAH.

3 beradik keluarga Hj Mohd Nasir dan Hajjah Hindun.

Paling kanan, abg ku, merangkap guru ku, Ust Salehuddin.

Paling kiri, adikku, yg bongsu dalam keluarga, Ust Abd Rahim.

Di tengah2, aku.

Agak2 siapa paling mancho dan handsome sekali?

Jawapannya...... selepas ini...............!

Nasi kambing mandi..... sudah kena nak lagi!

Punya sedap... mentua lalu di belakang pun tak nampak....


Menu wajib kami kalau berkunjung ke Haramain.

Kambing yg dimasak bersama nasi di dalam tanah! (operation underground!)

Aku, abangku ust Salehuddin, adikku Ust Rahim dan Romzi, groundstaff syarikat di makkah, pasti akan menikmati hidangan ini.

Di malaysia ada nasi ni, tapi tak kick, tak boleh lawan yg ada di haramain.

Pesan ku kpd para hujjaj yg akan berangkat tak lama lagi, selesai segala manasik nanti, cari2lah nasi mandi ni, sbb sedapnya hingga menjilat jari!

Agullaq ya syeikh!...

Thaqifah Bani Saa'dah.... segalanya bermula bagi Abi Bakr r.h.

DI HADAPAN TAPAK THAQIFAH BANI SAA'DAH, MADINAH AL-MUNAWWARAH.

Kewafatan Rasulullah saw membingungkan jazirah arab, khususnya Madinah. Umar r.h. bersedia menebas kepala sesiapa saja yg mengatakan Rasulullah saw wafat. 'Rasululah saw hanya pengsan, spt pengsannya Musa a.s. Sekejap lagi sedarlah dia.', demikian penegasan Umar r.h.

Bukan Umar r.h. tidak tahu bahawa yg hidup pasti mati, tetapi kecintaan yg tingi kpd Rasulullah saw seolah2 menghilangkan segala keyakinan yg ditanamnya sejak dia mengenal Islam di Makkah. Dia hilang pertimbangan......

Muncullah akhirnya teman Rasulullah saw di Gua Thur, teman hijrahnya ke Madinah, Abi Bakr r.h., tampil menghilangkan keraguan si Umar dan org ramai. Dia berpidato:
`Wahai manusia, barangsiapa yg menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad itu telah mati, barangsiapa yg menyembah ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu hidup, tidak akan mati!.`
Lalu dia membaca firman ALLAH SWT (mafhum):
`Dan tiadalah Mhammad itu melainkan ia seorg Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa org Rasul. Apakah kalau Muhammad itu mati, atau ia terbunuh di medan peperangan maka tumit2 kamu akan berpaling ke belakang (meninggalkan Islam sesudah kewafatannya)? Dan bargsiapa yg berpaling (dari kebenaran), maka ia tidak akan memberi mudharat kpd ALLAH sedikitpun, dan ALLAH tetap akan memberi balasan kpd hamba2nya yg bersyukur.
144: ALI-IMRAN

Umar tersentak, dan dia kembali ke alam nyata, menelan hakikat dgn seribu kepahitan.

Abi Bakr pula menerima amanah ALLAH, menyambung risalah yg ditinggal Rasul yg mulia.

Di sinilah, segalanya bermula baginya.....

Sahabat setia, pewaris syurga.

Dunia dan segala isinya kecil berbanding imannya!

Monday, October 27, 2008

Semoga indah barzakhmu


Allah hu maghfirlahu warhamhu........

Semoga dibalas ALLAH segala pengorbananmu...

Hari Sabtu, 25 Okt 08, jam 4.30 ptg, aku dikejutkan dgn satu panggilan telefon dari sahabat ku di Alor Star, saudara Azmi Din. Azmi menyatakan bahawa Abang Johari telah pergi bertemu ALLAH SWT, kembali ke sisiNya sebagai satu ketentuan Ilahi semenjak azali.

Siapa Abg Johari? Staff PKNK, antara salah seorang insan yg turut sama `mempromosikan' kan aku di Kedah se awal kedatangan ku ke Kedah pd tahun 95.

Dia mengidap penyakit buah pinggang yg serius, dan sebelum kembali bertemu ALLAH SWT, Hosp Alor Star adalah rumahnya yg kedua, kerana 17 tahun lamanya dia menggunakan mesin pencuci darah, menggantikan buah pinggangnya yg rosak kedua2nya.

Aku tidak pernah jumpa seorg pesakit buah pinggang yg tak duduk diam spt Abg Johari ini. Kuliah maghrib ku di sekitar Alor Star jarang dia tinggalkan, kecuali kalau benar2 dia tidak sehat. Ceramah mana yg tiada muka dia, termasuk sebok membantu memenangkan calun2 pilihanraya yg berjuang di atas landasan Islam yg mulia ini, se olah2 dia tak pernah sakit!

Mei 08, dia menerima buah pinggang yg baru dari penderma di KL. Pembedahan pemindahan buah pinggang dilakukan di Hosp Selayang. Sukses! Alhamdulilah. Dia pulang ke Alor Star dgn buah pinggang yg baru, bersamanya harapan hidup yg baru.......

Kata Kak Timah, selera makannya bertambah baik. Dia ajak kak Timah untuk pergi tunai haji sekali lagi, dan arahkan anak sulung perempuannya supaya kumpul duit dan buat haji sama.

Kehendak ALLAH tiada insan yg mampu menahannya. Selepas Ramadhan 08, dia kembali tidak sehat, sehingga dimasukkkan ke Hosp Alor Star di pertengahan Syawal yg lalu, sehinggalah dia terpaksa bernafas dgn bantuan alat bantuan pernafasan. Abg johari akhirnya koma!

Dan di pagi sabtu 25 okt itu, Doktor yg merawatnya membuat keputusan supaya dia dibawa keluar dr hosp, balik ke rumah, bacakan yasin, dan serahkan kpd ALLAH SWT. Akhirnya dia pergi buat selama2nya................... Pd usianya 50 tahun.

Kpd Kak Timah sekeluarga, sabarlah menghadapi dugaan hidup ini, krn itulah kitaran hidup yg ditentukan ALLAH. Ada hidup dan mati.Kepada anak2 yg ditinggalkan, galaslah harapan ayah yg mahu melihat kita berjaya dunia akhirat. Kpd sahabat yg membaca coretan ini, AL-FATIHAH untuk aruah Abg Johari. Semoga kuburnya menjadi salah satu taman dari taman2 syurga......

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Bagaimana kamu boleh ingkar kufur kpd ALLAH, sdgkan dahulunya kamu mati (tidak ada), lalu ALLAH menghidupkan kamu. Kemudian kamu akan dimatikan, kemudian kamu akan dihidupkan semula, kemudian kpd ALLAH kamu dikembalikan (untuk dibalas segala amal).'
28: AL-BAQARAH.
Kau tetap di dalam doaku...........

Sunday, October 26, 2008

Tghari yg indah.......

Bersama ibu tercinta...

Menu tgh hari tu.....

Buat hidung gatal......

Kelmarin, mak dan kakak dari Putrajaya sampai ke Kota Kuala Muda,Kedah, ziarah besan kakak yg akan berangkat ke Haramain minggu depan untuk menunaikan ibadah haji. Aku dan isteri hadir sama tgh itu, menerima jemputan menjamu selera di rumahnya.

Selesai makan, aku bawak mak pulang ke rumah ku di Bandar Laguna Merbok, SP. Mak tidur semalam di rumah ku, dan tgh ni, aku berkesempatan makan tgh bersama mak dan isteri. Suasana begini mmg aku nanti2kan, maklumlah kami dipisahkan dgn jarak hampir 400km (SP-KL), ditambah dgn kesebokan jadual kuliah di merata tempat, dan aku pulak tak lah kerap pulang ke KL.

Sekejap lagi, kak midah akan ambik mak dan bawa pula ke rumah anaknya (anak saudaraku) di Bandar Astana, SP, tidur semalam di sana, dan esok akan pulang ke KL. Bila pulak aku nak dapat suasana ini lagi...... Ya ALLAH, ampuni dosa ibu....... Hindun Bt Husin.

Firman ALLAH SWT (mafhum):-
`Dan hendaklah engkau merendah diri kpd keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dgn berkata): ` Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kpd mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ku semasa kecil.' 24: AL-ISRAK

Saturday, October 25, 2008

Kenangan lalu............. JUN 1984

Salji tgh turun........


Masih ku ingat detik itu..... Jun 1984, usia ku sekitar 19 tahun, di kawasan pergunungan salji Dabbo, di sempadan New South Wales dan Melbourne, aku dan bersama pelajar2 baru yg lain
menghabiskan cuti musim sejuk kami di sana.

Masih ku ingat, ketika kami turun dari bas yg membawa kami dari Sydney, beberapa org senior rupanya sedang menunggu kedatangan kami. Velayuthan, Zaifuddin, Zulkifli, dan beberapa org senior yg lain melempar kami dgn ketulan2 ais salji yg dikepalkan.

Ketika kecil2 dulu, org kata salji ni bila turun, mcm ais batu yg disagat. Itulah yg aku rasakan ketika turun dari bas menuju resort penginapan kami. ALLAH HU AKBAR! Mcm tak percaya apa yg sedang berlaku di waktu itu.

Sepanjang 2 minggu di sana, kami pelajar2 baru tak lepas peluang langsung. Downhill (istilah main salji turun bukit) dgn menaiki cable car dpd bawah sampai puncak bukit, then turun menuruni bukit. Hebat juga la, cuma borang dah habis untuk fill masuk Olimpik Musim Sejuk. he he he ..........
Punyalah kami lanyak tempat tu, sampai `mat saleh' penjaga resort tu halau kami kerana masa bermain dah habis! Nak buat macamana, budak2 hitam msia.......

Mlmnya, angin sejuk bertiup dgn kuat, menyucuk sampai ke tulang hitam. Tak terbayang kemusnahan kaum `Ad yg dimusnahkan ALLAH dgn tiupan angin puting beliung 7 mlm 8 hari, yg anginnya bersifat sejuk... mereka musnah spt batang tamar yg reput! (rujuk Surah Al-Haqqah).

Apa pun, tentu handsome gambar di atas kan? Banding dgn badanku hari ini.......

Salam buat rakan sepermainan di sana yg sekarang dgn hala tuju hidup masing2..........
Salam buat Sallehin (Alor Gajah), Addenan (Sabah), Mahadi (Tapah), Rahim (KL), Saharuddin (Manjung), Tarmizi (K.Ketil)), Ehsan (Manjung), Wan Haniff (Sitiawan), Jamislan (Parit)........

Good on U mate!

TUA? VETERAN? atau ORG LAMA?


Tua? Mungkin sampai..... mungkin tidak.
kalau sampai, jangan jadi Si-Tua yg:

- tak sedar diri;
- lupa diri nak mati;
- berhati muda walau kulit leher dah sebaris dgn lembu korban;
- meracau, merapu, cakap tak serupa bikin, spt kebanyakan ahli politik yg dah nyanyuk;
- dah tak da kuasa, tapi rasa ada lagi;
- dah tak layak, tak da kualiti jadi
pemimpin, perasan di sanjung lagi;

Maka jadi lah si tua yg disebut Rasulullah saw- Panjang Umur di dalam Ketaatan kpd ALLAH SWT.

Si tua yg kalau habis nyawa, dikenang anak cucu, dicerita habis kebaikan, dikenang segala pengorbanan.

Jgn jadi si tua, yg bila hidup, org nampak mcm tak wujud,
bila dah tak da, org tak rasa apa-apa,
paling parah, batu nesan di kencing orang!

Salam buat warga tua yg taatkan ALLAH, dan kasihkan RasulNya.......

Tuesday, October 21, 2008

FIQH AL-AULAWIYYAT- Islam itu memudahkan.


Baru balik dari menyampaikan kuliah maghrib di MASJID AR-RAHMAN, SG PETANI. Alhamdulillah, kuliah malam ini membincangkan tentang kemudahan yg dikurnia Islam kpd kita. Tidak memberati, malahan meringankan.
Kisah yg dibahaskan adalah tentang 3 org lelaki yg menemui Saidatina A'isyah r.h., bertanyakan tentang amalan-amalan Rasulullah saw. Hasil maklumat yg mereka terima dari A'isyah r.h., mereka merasakan bahawa mereka perlu berhempas pulas untuk melaksanakan amalan2 krn alasan mereka, kalau lah Rasul yg suci dr dosa itu melakukakan amalan yg tiada tolok bandingnya, maka bagaimana mungkin mereka yg banyak dosa.
Lalu berkata lelaki pertama: `Saya berjanji untuk sentiasa menunaikan solat malam (tahajjud) selama2nya, dan tidak akan tidur.'
Berkata lelaki kedua: `Saya berjanji untuk berpuasa selama2nya, dan tidak akan pernah batal.'
Berkata lelaki ketiga: ' Saya berjanji tidak akan berkahwin untuk selamanya, kerana perkahwinan itu mengganggu ibadah saya.'

K
etika Rasulullah saw mendengar kisah ini dari A'isyah r.h., Rasulullah saw memanggil ketiga2nya dan bersabda: `Demi ALLAH, aku adalah org yg paling takut dan yg paling bertaqwa kpd ALLAH swt dari antara kamu semua, namun begitu , aku tetap berpuasa dan berbuka, solat dan tidur dan aku juga berkahwin dan mempunyai isteri, dan barangsiapa yg tidak menyukai sunnahku, maka bukanlah ia termasuk ke dalam golonganku.' (syaikhan).

Maka tidak ada konsep kerahiban di dalam Islam. Islam meraikan segala2nya, hak badan, hak nafsu dsb. Tidak dibenarkan memberatkan diri di dalam amalan sunat, sehingga menyusahkan diri sendiri.

Abdulah bin Mas'ud r.h. meriwayatkan bahawa Rasululah saw telah bersabda (mafhum):
'Binasalah org-org yg melampau.'

Rasul saw yg mulia ada mengingatkan: (mafhum)-
`Amal yg disukai oleh ALLAH ialah yg berkekalan walaupun sedikit.'



Bersyukurlah, kasihani yg susah.

Kasihan si kecil ini ya ALLAH....... merangkak mencari sedikit rezeki......

Tersenyum burung itu............ rezeki 'menggolek' tanpa susah mencari.................

Menderita si 'org putih' jurugambar, walau menerima hadiah dunia, akhirnya membunuh diri sendiri.............. tidak sanggup tension lagi melihat derita ini..........

Bersyukurlah atas segala ni'mat yg tak mampu kita hitung......

Si kaya, jenguk2lah ke bawah, lihatlah saudaramu yg susah....

Si miskin, berusaha, bekerjalah, walau zakat dan sedeqah menjadi hak yg ditentukan ALLAH.....

ALLAH pencipta agung mengingatkan: (mafhum)

'Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorg kpd ALLAH, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya- sdg ia menyayanginya- kpd kaum kerabat, dan anak2 yatim, dan org2 miskin, dan org yg terlantar di dlm perjalanan, dan kpd org2 yg meminta , dan untuk memerdekakan hamba2 abdi................ 177: AL-BAQARAH.

Rasul yg mulia, Muhammad saw ada mengingatkan: (mafhum)-
`Jauhkanlah dirimu dari api neraka walaupun hanya dgn (bersedeqah) sebiji buah tamar.'
(Syaikhan)

Yg memberi lebih baik dari yg menerima! Fastabiqulkhairat.........

Kebahagiaan...... Dari mana sumbernya?


Alhamdulillah, di dalam kuliah maghrib mlm semalam di Masjid Batu, Permatang Pauh, aku telah menyelesaikan bab mencapai kebahagian yg digariskan oleh Alah dan RasulNya saw. Hujan lebat bermula lepas asar sehingga maghrib tidak menghalang para jamaah untuk hadir ke masjid, dan seterusnya bersama2 mengikuti kuliah yg aku sampaikan.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya itu menggariskan beberapa sumber2 penting yg akan menghasilkan kebahagiaan kpd manusia. Antaranya:

1. keimanan yg hakiki

2. ketenangan - as-sakinah

3. keamanan batin - jiwa yg tenang

4. pengharapan - atas pahala dan syurga dr ALLAH

5. kepuasan - dlm melaksanakan ibadah, puas menjadi hamba ALLAH

6. cita-cita - berazam untuk menjadi hamba ALLAH yg benar2 bertaqwa

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Adakah org yg telah dilapangkan ALLAH dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya (sama spt org yg tertutup mata hatinya). Maka kecelakaan besarlah bagi org2 yg keras membatu hatinya........' 22: AZ-ZUMAR.

Maka jgn lupa, kebahagiaan yg dinyatakan Rasulullah saw di dalam hadithnya (mafhum):
`Kebahagiaan yg paling hebat (utama), ialah panjang umur di dalam ketaatan kpd ALLAH.'

Ya ALLAH, jadikanlah kami dari golongan yg beruntung itu.....

Laut Mati....... Esanya Allah dan benarnya Al-Quran

Syukur Ya ALLAH, sampai jua akhirnya.....

Mengikut sejarah, ada 8 buah perkampungan di disini, yg dimusnahkan ALLAH.

Tanggal 5 Sept 08,(Jumaat), bersamaan 5 Ramadhan 1429H, aku, isteri dan anakku, bersama dgn rombongan pelajar2 baru dr Maktab Mahmud Alor Star, berkesempatan melawat kawasan perkampungan Nabi Lut a.s., yg sekarang bertukar menjadi Laut Mati. Terasa gerun dan amat terpegun melihat kawasan yg suatu masa dahulu dihuni oleh penduduk dlm sekitar 8 buah kg. Penduduknya diseru dgn kebaikan dan keimanan oeh Lut a.s., supaya meninggalkan perbuatan keji dan terkutuk, perbuatan liwat yg bertentangan dgn fitrah kejadian manusia yg dicipta ALLAH SWT.
Firman ALAH SWT (mafhum):
' Dihiaskan (dan dijadikan indah) kpd manusia; kesukaan kpd benda2 yg diingini nafsu, iaitu perempuan2 dan anak-pinak.........' (14: ALI-IMRAN).
Mereka menentang Lut a.s., memberi amaran kpdnya supaya jgn mencampuri urusan mereka yg dirasakan benar dan baik bagi mereka. ALLAH SWT merakamkan keangkuhan mereka dgn firmanNya (mafhum):
'Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (dpd mencaci dan membenci kami) nescaya engkau akan diusir keluar!' (167: ASY-SYU'ARAA').
Maka akhirnya, kesombongan mereka membawa kemusnahan total, yg dilipat di dalam sejarah kemanusiaan, yg dikenang sepanjang zaman, sebagai peringatan berguna, menambah iman dan ketakutan kpd Pencipta.
Firman ALLAH SWT (mafhum):
'Dan KAMI hujani mereka dgn hujan (azab yg membinasakan ), maka amatlah buruknya hujan azab yg menimpa kaum yg telah diberi amaran.' (173: ASY-SYU'ARAA').

'Maka apabila dtg (masa perlaksanaan) perintah KAMI, KAMI jadikan negeri kaum Lut itu tunggangbalik (tertimbus segala yg ada di muka buminya), dan KAMI menghujaninya dgn batu-batu dari tanah yg dibakar, menimpanya bertalu-talu.' (82: HUD).

Demikianlah layanan ALLAH terhadap kaum yg ingkarkan para Rasul a.h.s. Kami berlindung kpdMu Ya ALLAH dari tertimpa kemurkaan dan azabMu.... Ampun dosa dan kesalahan kami Ya Robb!

Monday, October 20, 2008

Permata hati kami..........

Inilah potret 3 orang permata hati kami anugerah ALLAH SWT. Yg kanan sekali, Mohd Hafiz, (21),, yg kiri sekali, Khairul Anuar (20), dan di tengah2, paling comel dan debab, Nurhafizah (18), yg kini sedang menuntut di Universiti Muktah, Jordan, di dalam jurusan Bahasa Arab. Potret di ambil sekitar tahun 1990.