Tuesday, October 6, 2009

Rasul mencintainya

Bukit Uhud



Gua tempat Rasulullah saw dirawat ketika luka dalam Perang Uhud



Umrah 07

Syawal yg berbaki............
Jangan kau lupa Uhud

Uhud...................
Menjadi saksi bagi segalanya
Ketaatan sahabat
Kealpaan sebahagiannya, mengundang duka
Dunia terbentang di hadapan, secara tiba-tiba
Harta dunia menggelapkan mata.....................

Uhud.....................
Menanggalkan keimanan milik si munafiq
1,000 tentera, berbaki 700!
Hasutan, pujukan dan rayuan, si syaitan Abdullah bin Ubbay
Si kepala munafiq, penghuni kerak api neraka

Uhud..................
Si Singa ALLAH, menunaikan janjinya
Dirobek dada, terburai perutnya
Dinobat ALLAH dan RasulNya
Penghulu bagi segala syuhadak di syurga yg mulia

Uhud.................
Khabar angin ditiup musuh
Rasul yg mulia sudah tiada!
Sahabat terperanjat
Hilang semangat!
Sebahagian pulang ke Madinah
Bukan lari dari medan perjuangan!
Itu dosa besar
Bacul namanya
Semuanya kerana 'kesedihan' kerana 'kehilangan' Rasul yg mulia
Akhirnya kembali semula
Ternyata berita dusta

Uhud..................
70 sahabat menuju syurga!
Hamzah, Mus'ab dan Ibn Jahsy
Berjanji setia sehidup semati
Pertahankan ad-din yg suci

Uhud.................
Jangan lupa si Pedang ALLAH!
Kholid al-walid
Bijak melancar strategi
Tumbang pasukan pemanah
Selesai Hudaibiyah, dia pula tumbang
ke pangkuan ad-din yg suci
Perang Mu'tah menjadi saksi
Rom lari tak cukup kaki!

Uhud...........................
Mengajar kita
Kemenangan dgn susah dan payah
Tiada kemenangan percuma!
Tiada kebal bagi RasulNya
Patah gigi gerahamnya, luka pipinya
Tembus baju besinya
Pengsan ia beberapa ketika

Uhud...................
Rasul yg mulia ada bersabda:
'Inilah dia bukit, kita mencintainya, dan dia mencintai kita.'

ALLAH HU AKBAR!


3 comments:

Ainur68 said...

Salam,

Ustaz doakan semoga ana dapat melihat bukit Uhud yang penuh sejarah itu bersama2 suami dan anak ana tak lama lagi.

naimayob said...

salam...
tgk bukit uhud terkenang masa kerjakan haji tahun 2002..nti ada rezeki boleh pergi lagi.

tp x sempat nk memanjat...tgk tinggi sgt..

begitu besar pengorbanan Rasulullah s.a.w

PRO ISLAM said...

Salam,

Saya ni blogger baru belajar dan sering ikuti kuliah ustaz kat masjid Rahman SP. Tengok bukit uhud tu teringat masa pi haji 2004. Dok rasa nak pi lagi tapi bila tak tau.
InsyaALLAh.