Monday, April 27, 2009
Unta masuk lubang jarum?
Tidakkah Al-Mutakabbir itu salah satu dari asmaulhusna, milik ALLAH 'azzawajalla?
Namun manusia kerdil merampasnya dari Allah.
Sombong ada di mana-mana, dalam versi yg berbagai2.
Org politik sombong cara mereka, baru dapat kuasa dah lupa diri. Berlagak jadi Tuhan yg baru. Halal jadi haram, haram dah jadi halal. Ada yg dah jadi wakil rakyat, dah lupa nak jenguk2 org di bawah.
Di kaunter-kaunter perkhidmatan untuk masyarakat pun, ada juga spesis org2 sombong, layan kita mcm kita ni tak tahu sepatah apa pun.
Di jalanraya, ada keturunan pemandu2 sombong, nyalakan hi-beam sesuka hati dia di tgh malam, kata mereka- peduli apa dgn org lain, ini kan kereta kita. Mcm la dia seorang yg bayar cukai jalan.
Dalam keluarga pun kadang-kadang ada juga sifat sombong- anak penakan tak berapa sudi nak bertegur sapa dgn pak penakan dia, jgnkan nak sms tanya khabar, salam pun tak sudi.
Yg paling parah- Bodoh sombong. Org kata, cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.
Sabda Rasul saw- `Tidak akan masuk syurga org yg di dalam hatinya ada sebesar zarrah akan sifat sombong. Lalu sahabat bertanya ` Ya Rasulullah, apakah sombong itu? Rasulullah saw menjawab ' Engkau menolak kebenaran dan menghina manusia yg lain.'
Org sombong nak masuk syurga juga? Boleh, dgn syarat yg ditetapkan ALLAH dalam ayat 40 Al-A'raf:
`Sesungguhnya org-org yg mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yg angkuh (merasa dirinya lebih) dpd mematuhinya, tidak sesekali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit (doa mereka ditolak), dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga UNTA MASUK DI LUBANG JARUM. Dan demikianlah Kami membalas org2 yg melakukan kesalahan.'
Agak-agak, bila unta nak masuk lubang jarum?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
org sombong tak pe lagi... kite jgn layan... tapi dala sombong bodo lak tu... tu yang hangin tu... heheh
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html
Mintak Allah jauhkan kita dari sifat2 sombong.
assalamualaikum....
saya ada satusoalan ttg Multi Level Marketing(MLM)..
smlm lps balik dari kuliah ustaz di hutan kampung,saya berjumpa kwn...dia bertanyakan saya saya ttg MLM ni....
mcm mn dgn duit yg kita dpt,sbb kita x bt kerja,just cari org bwh kita je...keuntungan berdasarkan org yg di bwh kita...klu ramai maka income bnyk la....
adakah plan ini menindas orang di bawah kita..saya nk tau pendapat ustaz..
kwn saya ajak saya masuk,tapi saya ragu2 dgn sumber pendapatan yg di perolehi...
Post a Comment