Friday, April 3, 2009

Pepatah Omputih.......


Assalamu'alaikum.

KHALIFAH UMAR BIN ABD AZIZ r.h.m.

1. Dilantik Khalifah Umayyah yg seterusnya pd Safar 99H.

2. Dalam tempoh hanya 2 tahun 5 bulan, Umar r.h.m. telah menghiasi muka bumi dgn keadilannya, mengembalikan hak mereka yg dizolimi dan menghidupkan segala bentuk sunnah yg mulia.

3. Antara isi ucapan sulungnya sebagai Khalifah:
`Saya ingin berpesan kpd kalian agar bertaqwa kepada ALLAH, kerana sesungguhnya taqwa kpd ALLAH itu merupakan asas kpd setiap perkara dan tidak ada lagi benda lain yg boleh menjadi galang gantinya.

Beramallah kalian semua untuk kehidupan akhirat kerana sesiapa yg melakukan yg demikian, nescaya ALLAH akan menjadi pelindungnya di dalam setiap urusan duniawinya.

Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian, kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati dpt menjauhkan hati dpd terpesona dgn kelazatan dunia.

Wahai manusia! Sesiapa yg taat kpd ALLAH, maka WAJIB kita mentaatinya, tetapi sesiapa yg melakukan maksiat terhadap ALLAH, MAKA KITA TIDAK PERLU MENTAATINYA. Justeru itu, taatlah kpd ku selama mana aku taat kpd ALLAH, sebaliknya jgn mentaatiku jka aku ingkarkan ALLAH.'

4. Kata pepatah omputih- NEW BROOM SWEEP WELL!

5. Harap2 PM ke-6 memahami tanggungjawab mengangkat rakyat ke tahap memahami Islam secara jelas dan terang, bukan berselindung di sebalik slogan2 yg memualkan.

6. Apa pun, teori RAHMAN berhenti pd tarikh ini.




No comments: