Friday, April 10, 2009

Gerakkan saraf neuron anda!


Assalamu'alaikum.

Mari fikirkan:

1. Mengapa Khairy Jamaluddin tak tersenarai dalam kabinet?

2. Mengapa kaum Cina banyak sokong YAB Hj Nizar di Bukit Gantang?

3. Mengapa sebahagian Melayu masih bertegas menolak PAS, terutama di Bukit Gantang?

4. Hari ni suratkhabar Kosmo siarkan ttg kisah Misha Omar masih guna handphone model lama- Sony Ericsson K810i. Apa hebatnya berita ini?

5. Bila Ngar Ko Ming DAP baca Al-Quran, adakah dia mempersenda atau tersalah sebut?

6. Bekas Pres MCA, Tun Ling Liong Sik pernah berkata- `Kalau balik kpd hukum Islam, ini memutar jarum ke belakang!.' Ini mempersenda atau tersalah sebut?

7. Bila pemikiran org melayu di malaysia di asak dgn doktrin- `Islam itu melayu, melayu itu Islam' semata-mata, berapa ramai agak2nya akan bertambah jumlah umat Islam di Malaysia ni?

8. Bila Tun Mahathir kata kabinet yg `positif', apa maknanya?

9. Mengapa Najib tak sebut Islam Hadhari dalam ucapan pengenalan jemaah kabinetnya kelmarin?

10. Akhirnya, mengapa banyak sangat replika kapal selam dalam penamaan P059 Bukit Gantang 29 mac hari tu?

Ayuh, gerakkan saraf neuron anda!

3 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Satu lagi soalan, mengapa kita tak sempat nak pekena capati ulam sama-sama di sg petani tempoh hari? Rugilah...

Basuh Baju said...

jawapannya senang je..BN dah terdesak kerana ditolak rakyat.. hahaha saraf neuronku bergerak..haha

Ainur68 said...

Waalaikummusalam,
Jawapannya...;
No 1 : Aku tak tahu
No.2 : Aku tak tahu
No 3 : Pun aku tak tahu
Pendek kata memang aku tak tahu semua jawapan. Belajar biar pandai, jangan memandai2. Saraf neuron aku dah beku dah kut...