Thursday, August 27, 2009

Ruginya


Salam.
Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga pertama
baginda mengucapkan 'Amin', begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat,
para sahabat bertanya "Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'? Rasulullah saw
menjawab 'Malaikat Jibril datang dan berkata "Kecewa dan rugilah seseorang yg BILA
NAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata
'Amin'. Kemudian jibril berkata lagi " Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN
HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK
SYURGA" lalu aku mengucapkan 'Amin'. Kemudian katanya lagi "Kecewa dan rugilah org
yg BERKESEMPATAN (HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK
TERAMPUN DOSA-DOSANYA." lalu aku berkata 'Amin'.
(AHMAD)

YA ALLAH! Ampunilah segala dosa kami!

4 comments:

pacheko said...

Salam ustaz

Alhamdulillah, mungkin berkat dari selalu mengikuti kuliah maghrib ustaz di masjid K.Lama & Kulim dan
mungkin berkat dari usaha saya sendiri dengan keizinan yg maha esa,pada tanggal 1 Rejab
yang lalu saya telah berjaya berhenti merokok hingga hari ini dan selama-lamanya.Ramai yang
berkata susah nak berhenti merokok bagi perokok mcm saya yang dah 20 tahun merokok, nanti sakit
la dan mcm2 lagi tapi yang pasti semua tu dusta semata-mata.Hari ini saya bertambah sihat tanpa sebarang
kesan dari berhenti merokok.Bagi sahabat2 perokok, kuatkan keazaman kita untuk berhenti.Mungkin bulan
Ramadhan masa yang terbaik utk berhenti merokok, insyaallah.

pecinta_Islam said...

assalamualaikum ustaz..salam ziarah..dan selamat menyambut bulan ramadhan
:)

Ainur68 said...

Amin.

Ust Halim Nasir said...

Salam buat syahbandar87. Tahniah buat pacheko kerana dah berjaya buang tabiat buruk tu. Alhamdulillah......