Monday, August 10, 2009

Fahami jiwanya



Salam.

Sudah 2 hari, anak bongsuku, Nurhafizah, yg sedang menuntut di Jordan, mengadu sakit perut. Melalui perbualan telefon, katanya, mungkin tersilap makan. Perut kembung, berangin, sesekali dia memuntahkan makanan yg masuk sebelumnya.

Cuma semalam, mungkin agak serius sikit, lalu rakan serumah membawanya ke hospital berdekatan Universitinya. Masuk air sebotol (glukose drip), ubat-ubatan dan diarahkan berehat secukupnya.

Sepanjang 2 hari ni lah isteriku menangis tak kira waktu.

Aku katakan pdnya, biasa la sakit perut, nanti mkn ubat, biiznillah, sembuh la. (Aku juga risau, cuma disembunyikan di dalam hati!)

Dia kata, kalau ada sayap, dia terbang sekarang ke Jordan. Habis semua dibacanya- 9 bulan dia duduk dalam perut saya lah, bla bla bla..................

Mlm tidur, aku lena, siap berdengkur lagi. Dia gelisah, ke kiri ke kanan, sesekali menjeling handphone di sebelahnya, menanti berita terbaru dari Jordan.

Wahai lelaki! Inilah wanita.

Jiwanya mudah tersentuh, berbanding lelaki. Air matanya terlalu murah untuk dialirkan, berbanding kita, lelaki ego ini.

Wahai suami! Fahamilah isterimu kerana dia punya 9 nafsu 1 aqal, berbanding lelaki, 9 aqal dan 1 nafsunya.

Wahai suami! Jangan perlekeh isterimu kerana airmata kesedihannya, kerana mmg demikian keadaannya dia dicipta ALLAH SWT.

Ya ALLAH! Sembuhkan anakku. Isyfi, antassyafi.

4 comments:

Ainur68 said...

Semoga anak Ustaz cepat sembuh....biasalah tu orang pompuan, namanya pun seorang ibu!

Love Islam said...

T.kasih buat Ainur68 atas keperihatinan.

Yusof Ahmad said...

sABOR LA YONG OOI,UST TU SAJE TAK MAU NAGIS TAKUT YONG LAGI MENGELABAH,BAGI UBAT HPA DGN ALLAH SIHAT MAKLUM RINDU MASAKAN EMAK NYE.
SBOR JE LE UST AL GOMBAK...

Love Islam said...

Buat syeikh yusuf, hero mesti bawak bertenang la....