Thursday, July 2, 2009
Kubur? Sendiri kasi jaga la!
Salam.
Ada cadangan dari Kabinet - 2012 wajib lulus B.Inggeris dlm SPM untuk melayakkan dapat sijil SPM.
Kalau gagal subjek ugama dlm SPM, tak pa kan?
Tak merugikan negara kan?
No hal punya, sbb kubur masing-masing jaga. Kalau berasap dalam kubur nanti, pandai-pandai la hilangkan asap tu.
Tidakkah itu yg sebahagian melayu selalu dendangkan - 'Jangan jaga tepi kain orang!' Maknanya, jangan sebok-sebok la nak nasihatkan orang. Jaga aje lah anak beranak awak.
'Kalau awak nak masuk syurga, awak pergi la. Kami nak masuk neraka, apa yg awak sebok-sebok kan sangat!'
Mereka lupa akan ciri-ciri sebaik-baik ummat:
`Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dpd segala perkara yg salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kpd ALLAH (dgn sebenar-benar iman)..........'.
ALI-IMRAN: 110
Pastikan mereka lulus subjek Pengetahuan Ugama Islam.......... dalam SPM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
Lu, Lu...Gua, gua...kat dunia bolehlah cakap begitu kan. Dalam kubur nanti...tolong! tolong!
Kalau kita tak bagi tau dan nasihat kat depa-depa ni, nanti akhirat depa ungkit-ungkit pula awat demo tak bagi tau. Kalut juga kita. Tapi tak pa kita bagi tau kat kita mampu dgn apa cara sekalipun.Mengkalu depa tak peduli mampuih pii.
Post a Comment