Wednesday, July 15, 2009

Hadirlah, walau seketika.

Salam.

Ya Rasulullah!

Entah bagaimana cantik rupa parasmu,
kami merinduimu......
menantimu, agar hadir di dalam mimpi kami..........walau seketika.

Ya Rasulullah!

Pahit getir perjuanganmu,
susah payahmu,
luka berdarah di tubuhmu,
di Taif,
di Uhud...............
diasak di dalam Ahzab.........
batu bersusun di perutmu,
namun jihad tidak pernah padam.

aaaah! masakan kami layak bertemumu di dalam mimpi...............
kami bakhil untuk bersolawat ke atasmu,
mengaku pejuang Islam, tapi............
banyak takut dari berani,
banyak kenyang dari berlapar,
banyak tidur dari tahajjud.............

Hati bersalut noda dan dosa,
jiwa kotor,
cakap kotor.

Namun, jauh di sudut hati ini,
kerinduan ini tak dapat dibendung lagi.

Kami cemburu dgn sahabat-sahabatmu,
Mereka memegangmu,
memelukmu,
menjadi pembantumu, ada yg mati dihujung telapak kakimu........
mereka puas, sepuas sohibul ya sin, yg dibunuh kaum sendiri,
syahid dan jannah menjadi pengganti.

Ya Rasulullah!
Hadirlah walau seketika, sekelumit masa.
Ya ALLAH!
Ubatilah rindu ini.

4 comments:

cakcibo said...

Ustaz,nak tanya sikit,masa kuliah di Sg.Tapah dulu Ustaz ada bagitau nak update dlm blog tentang evolusi angka mengikut yang di cipta oleh cendiakawan islam.I'm looking forward about it.Terima kasih,Wasalam.Insyaallah jumpa di Jln Pemimpin Sabtu & Ahad ni...

Love Islam said...

Buat cakcibo, tolong bagi alamat e-mail. payah nak explain dalam kuliah. Melibatkan diagram. Ana e-mail kat anta.

cakcibo said...

cakcibo_70@yahoo.com,terima kasih.

IBAN MUSLIM said...

Salam,
Jika ustaz tak keberatan, forward ke emel ini juga. Sekadar untuk mempertingkatkan ilmu.

T/ksh

ibanmuslim@gmail.com