Wednesday, July 22, 2009

Belayar tanpa perahu?



Salam.

Telah berkata Abi Bakr r.h.:

`Barangsiapa masuk ke dalam kubur dgn tiada membawa bekal, maka ia seperti belayar di laut tanpa perahu.'

Dgn adanya kapal/bot, pelayaran menjadi mudah.

Ada kompas, ada radar, yg memudahkan navigasi kita di laut. Tahu ke mana hendak dituju.
Tahu darat, pulau dan pelabuhan.

Belayar tanpa perahu? Meredah lautan dgn kudrat tubuh badan saja. Bayangkan, di tengah malam yg gelap, lautan yg luas, kita berenang merentasi laut, tanpa kompas, tanpa alat yg boleh membantu hala tuju kita.

Kita akan sesat, tak tau di mana utara selatan. Akhirnya keletihan, lemas dan tenggelam.

Mati! Jasad hilang, tak ditemui.......

Firman ALLAH (mafhum):

`..............Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan...'
HUD: 114

Fastabiqul khoirat........

2 comments:

Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

Ya Akhi...

"Tarju nnajaata..wa lam tasluk masalikaha...Inna ssafinata la tajri 'alal yabasi!!"

"engkau harapkan kejayaan sedang engkau tidak pun melalui jalan memilikinya..sesungguhnya kapal itu itu tidak belayar di atas daratan!"

Love Islam said...

Soddaqta ya akhi......