Sunday, July 26, 2009

Berebut sakan


Salam.

Memang dah perangai binatang suka berebut sesuatu.

Kalau kucing, apa yg mereka tak rebut. Friskies dah dituang, penuh semangkuk, datang sekor kucing makan, kucing lain akan datang buat hal, akhirnya bergaduh.

Kalau masuk musim mengawan, kucing jantan akan `pancut' sakan untuk menandakan sempadan/border masing-masing. Kemudian mereka akan bergaduh untuk rebut kucing betina. Ada yg luka parah, cuma tak syahid sahaja.

Begitulah binatang. Cuma manusia kadang-kadang lebih teruk dari haiwan-haiwan ini.

Berebut harta!
Berebut takhta!
Berebut perempuan!
Berebut dunia!

Mereka lupa Rasul saw ada memberi peringatan:

`Demi ALLAH, bukan kefakiran itu yg aku takut menimpa kamu. Bahkan, yg aku takut menimpa kamu ialah apabila dibentangkan dunia (dan segala isinya) kpd kamu, sepertimana telah dibentangkan dunia itu kpd orang-orang yg sebelum dpd kamu. Lalu kamu berebut-rebut mengambil dunia itu, seperti mana org sebelum kamu berebut-rebut mengambil dunia, lalu akhirnya kamu dibinasakan ALLAH, sepertimana mereka (org-org sebelum kamu) dibinasakan ALLAH (kerana berebut akan dunia).'

Anjing lain la, spender pun jadi rebutan!

4 comments:

Anonymous said...

Ramai sekali yang berebut untuk kehidupan di dunia, tapi jarang sekali yang berebut untuk kehidupan di akhirat...Rebut boleh rebut tapi apa yang kita rebut? Sendiri mahu jawab...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

Sahabat...
Usah kau tangisi dunia ini kerana ia akan musnah...
Ketika orang lain berebut-rebut memiliknya tanpa peduli pada pemilik dunia ini..
Memadalah kita hanya dengan yang halal walau sedikit
"Ma Qalla wa Kafa Khairun Mimma Kasura wa Alha!!"

Ust Halim Nasir said...

Alhamdulillah, indah sungguh kata2 ini. Semoga jadi pedoman buat hidup yg sementara ini.