Monday, May 18, 2009

Tunggu apa lagi?


Salam.

Yg pasti, rangka yg dijumpai di atas adalah rangka manusia.

Di zaman mana dia hidup? Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui. Mungkin 'Ad, Thamud, atau sesiapa sahaja. Yg pentingnya, mereka adalah manusia yg lebih dahulu mendiamai planet bumi ini.

Firman ALLAH SWT (mafhum):
` Maka masing-masing Kami binasakan dgn sebab dosanya, ada di antaranya yg Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dgn batu;dan ada yg dibinasakan dgn letusan suara yg menggemparkan bumi; dan ada yg Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yg Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) ALLAH tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yg menganiaya diri mereka sendiri.' AL-'ANKABUT: 40

Banding saiz tubuh kita dgn mereka? Boleh jawab sendiri.

Walau kecil, tapi gedebe, berlagak lebih cerdik dari Rasul.

Islam kolot, penghalang kemajuan, tak sesuai, Islam untuk melayu sahaja, dan macam2 lagi tanggapan negatif terhadap Islam. Senang cakap, seolah2 mereka kata ALLAH tersilap la bawak turun Islam ni- na'uzubilah!

Benar kata Rasul yg mulia- Yg mula2 akan dirungkai buang dari Islam adalah HUKUM, dan yg terakhir yg akan dicabut dari Islam ialah SOLAT.

Entah berapa banyak kes ragut, yg akhirnya membawa kematian kpd mangsa.

Entah berapa banyak pak guard melayu yg maut di tembak perompak bersenjata.

Entah berapa jumlah bayi tertonggeng dgn tali pusat masih belum terpotong di dalam tong2 sampah.

Entah berapa banyak la perut2 yg buncit dek kerana memakan benda haram- judi, rasuah dan riba.

Entah berapa kes org kena langgar oleh pemandu2 mabuk. Minum arak yg dilesenkan.

Nak tahu berapa jumlahnya? Tanyalah DS Najib. Tentu dia ada jawapannya, kerana dia PM.

Apa khabar Pak Lah? Seronok bercuti?
Apa khabar Perak? Bila nak mengundi?

1 comment:

Ainur68 said...

Kita doakan yang terbaik utk rakyat negeri Perak. Sesungguhnya kita tidak mengetahui melainkan Allah.