Friday, May 1, 2009
Pekerja ALLAH
Salam.
Selamat Hari Pekerja untuk semua. Tak kira sektor swasta atau awam.
Anda semua punya jasa yg banyak membangunkan negara ini ke arah mencapai piawaian yg boleh dikecapi oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.
Jangan lupa juga bagi org2 Islam. Kita adalah pekerja2 ALLAH, pekerja bagi Islam yg mulia ini.
Apa tugas sebagai pekerja ALLAH? Kata Almarhum Syeikh Mohamad Al-Ghazali, tugas2 itu merangkumi melakukan pembaharuan di dalam Islam.
Maksud beliau ialah:
1. proses yg berperanan mengawasi ketulenan atau keaslian Islam
2. menghakiskan karat2 yg memudaratkan kilauannya.
Islam di akhir zaman seolah2 sudah hilang keasliannya. Diperkenalkan kpd masyarakat jenama2 Islam yg baru, yg disadur dgn ayat2 al-quran dan hadith2 Rasulullah saw, wal hal sebenarnya adalah pembohongan atas nama Islam. Semuanya untuk survival politik yg sempit, bukan untuk menunjukkan kehebatan Islam.
Terlalu banyak karat2 yg sekarang in sdg memalapkan Islam di mata dunia.
Inilah tugas kita! Pastikan Islam yg tulen sampai ke tangan anak cucu kita, dan untuk generasi seterusnya. Kikis buang segala karat2nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Zaman ini ramai yang cemerlang dalam melaksanakan kerja dunia, namun segelintir sahaja yang mampu menjadi pekerja Allah yang cemerlang. Semoga satu hari nanti Malaysia dapat ditadbir oleh pentadbir yang mampu mendidik rakyat menjadi "Pekerja Allah" yang cemerlang.
Post a Comment