Sunday, May 31, 2009

Sejarah tercipta di Masjid Batu, Permatang Pauh.

Cikgu Azizi Abdullah memulakan bicara pembuka kata


Membahaskan kisah Ka'ab bin Malik r.h. selepas teater
Sebahagian hadirin di dalam masjid




`Ka'ab' merayu dan merintih......

Terbaring lesu- menunggu kata dari Tuhan!

Bersyukur- Taubat 'Ka'ab' diterima ALLAH

Penulis bersama Sabri Yunus (Watak Ka'ab bin Malik)

Menjamu selera selepas persembahan. Sabri Yunus bersama Hj Azizi Abdullah.

Salam.

Alhamdulillah, seperti yg dirancang, program teater Menunggu Kata Dari Tuhan, biiznillah, berjaya dipersembahkan di dalam Masjid Batu, Permatang Pauh, SPtengah.

Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin Abi Umayyah di pulau oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari kerana secara sengaja tidak menghadiri Perang Tabuk, kawasan yg agak jauh di utara Madinah.

Ketika Rasulullah saw mengeluarkan arahan supaya sahabat bersiap untuk berjihad menentang tentera Rom di Tabuk, ALLAH SWT menguji mereka dgn 3 keadaan:
1. Cuaca adalah tersangat panas
2. Perjalanan agak jauh
3. Buah tamar pula sdg masak ranum

Sahabat bersiap untuk ke Tabuk, Ka'ab pula berlengah2, sehingga terlepas untuk ke Tabuk. Sekembali Rasulullah saw dari Tabuk, para sahabat yg tidak ke Tabuk dtg mengadap Rasulullah saw dan menyatakan keuzuran masing2, termasuk Ka'ab, Murarah dan Hilal.

Mereka tidak dipedulikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat selama 50 hari!

Rasulullah saw melarang org ramai bercakap2 dgn Ka'ab. Murarah dan Hilal.

Kata Ka'ab- `Aku merasakan seluruh penghuni bumi menolak aku! Bumi Madinah ini bukan bumi yg aku kenal sebelum ini!'

Kata Ka'ab lagi- `Aku beri salam pada Rasulullah saw dalam majlis, aku tertanya2, apakah Rasulullah saw menggerakkan kedua2 bibirnya untuk menjawab salamku?'

Ka'ab dan 2 sahabat lagi menangis tanpa henti kerana Rasulullah saw tidak memperdulikan mereka lagi. Masuk hari ke -40, datanglah utusan Rasulullah saw bertemu Ka'ab untuk menyampaikan arahan Rasulullah saw supaya mereka bertiga memisahkan diri dari isteri2 mereka- tidak dibenarkan menggauli isteri2 mereka!

Mereka bertiga terus merintih, merayu kpd ALLAH SWT agar mengampunkan dosa mereka kerana tidak ke Tabuk. Sehinggalah apabila masuk hari ke-50, selepas subuh, berlari2lah Abu Qotadah r.h., menyatakan kpd mereka bertiga bahawa ALLAH telah menerima taubat mereka.

Di Masjid Nabawi........ Rasulullah saw mengizinkan org ramai untuk ucapkan tahniah kpd Ka'ab, Murrah dan Hilal r.h.m. Rasulullah bersabda- `Bergembiralah dgn kebaikan di hari yg engkau tempuhi sejak dilahirkan ibu engkau! Kata Ibn Taimiyyah r.h.m - Inilah maknanya, bahawa tiada peristiwa paling hebat yg kita tempuhi dalam hidup kita, semenjak dilahirkan ibu, melainkan hari di mana taubat kita diterima ALLAH SWT.

Atas penerimaan taubat itu, Ka'ab r.h. menginfaqkan separuh dpd kebun tamarnya di jalan ALLAH SWT.

Moral- Jangan abaikan tugas berjihad membela Islam kerana tidak mungkin kita akan mampu menanggung kemurkaan ALLAH SWT!

Berjihadlah dgn apa saja yg kita mampu, yg penting Islam berada di persadanya.

8 comments:

Yusof Ahmad said...

Dakwah dgn berteater satu pendekatan baru utk hidupkan roh Islam.Berjihad satu tuntuntan.Tak semesti dgn perang pd zaman skrg.Infak lah pd jalan Allah bg membantu sahabat seagama....

citra_trindah said...

Memang memukau. satu kelainan yang elok diperluaskan kerana saya melihat sambutan masyarakat begitu memberangsangkan semalam. tahniah utk ajk Masjid & Ustaz.

Ust Halim Nasir said...

Syukran buat citra trindah.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

dikir barat sudah, sitcom pun sudah, filem sudah, drama pun sudah.... kini sudah tiba masanya Sabri Yunus pergunakan ilmu dan bakat unik yang dimilikinya untuk menjunjung agama Allah.

Pintu PAS terbuka 24 jam sehari untuk saudara. Ayuh bersama-sama kami memperjuangkan agama Allah.

Ust Halim Nasir said...

Takbir!

Abu Faqihah 74 said...

lah sampek ro bagambar ngan 'wan ismail golok'...
tahniah ajk masjid batu...
bila nak jemput aku...hehe

Ainur68 said...

Salam ustaz

Izinkan saya "reproduce" entry ustaz kali ni sebagai e-mail dan panjangkan e-mail tersebut. Saya tak pernah pulak dengar cerita Ka'ab sebelum ni.

Ust Halim Nasir said...

Salam buat ainur68. Panjang2kan pahala ini.........