Tuesday, May 5, 2009

Politik Semut


Salam.

Salam sekali lagi kepada org2 politik yg gilakan jawatan, mengidam macam wanita mengandung 3 bulan. Mari belajar politik dari semut, halus tubuh fizikal, tapi tinggi daya `pemikiran'. Penuh dgn produktiviti yg membina kehidupan berhemah dan berdisplin.

ALLAH SWT berfirman: (mafhum)-
`(Maralah angkatan itu) sehingga apabila mereka sampai ke lembah semut, maka berkatalah seekor semut: `Wahai sekalian semut, masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman (a.s.) dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya.'
AN-NAML: 18

Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya berada dalam satu perjalanan yg jauh. Tentulah banyak barang2 makanan yg dibawa oleh Sulaiman a.s. dan pasukannya.

Ketua semut itu tidak mengarahkan semut2 yg lain supaya nganga mulut mereka di bawah telapak kaki kuda Sulaiman a.s. dan tenteranya, kerana hentakan kaki kuda itu sudah boleh menjatuhkan barang sebiji dua gula, atau makanan ke tanah.

Diajarnya semut-semut yg lain supaya jgn tamak, rakus dan haloba. Bawak bertenang dulu di dalam lubang (rumah) masing-masing. Nanti bila Sulaiman a.s. dan bala tenteranya dah jauh berlalu, baru la kutip apa yg perlu dikutip.

Ukur baju di badan sendiri la! Awak tu dah la semut, nak banding dgn kaki kuda pun jauh langit dgn bumi. Nanti tak sempat nak nganga, dah mati hancur lumat dipijak dek kuda2 Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya.

Nak lawan jugak ke? Nak jawatan juga? Terasa nak mencabar lagi?

Hentikan la, buat aje la kerja kita apa yg sesuai dgn keadaan diri kita.Tengok-tengok la sama 'ilmu kita, tahap pemikiran kita, keupayaan kita menguruskan sesuatu.

Hentikanlah kerja mengeruhkan suasana. Nanti buat org bertambah menyampah lagi kat kita. Nanti kalau kena pijak, tak bangkit2 dah, silap-silap jadi Pengerusi Tetap Cawangan je!

Pengerusi Tetap Cawangan pun kira ok la tu. Jawatan juga. Bertugas setahun sekali.

4 comments:

Nasrudin said...
This comment has been removed by the author.
Nasrudin said...

Assalamualaikum

Malu sungguh diri ini pada sang semut . Terasa kerdil dari mereka . kerdil aqal dan kerdil jiwa .

Ainur68 said...

Begitulah perumpamaan yang Allah beri kan kepada kita agar kita berfikir. Antara binatang2 yg disebut didalam Al-Quran termasuklah sang labah2 dan sang lebah.

jazman said...

assalamualaikum

Kalau semua paham senang la