Wednesday, May 20, 2009

Jgn lupa asal-usul

Salam.

Manusia amat mudah melupakan asal-usul kejadiannya. Maklumlah, dah berpangkat, ada jawatan besar2, gaji pun, boleh tahan juga, berangka-angka.

Dia lupa nak ingat balik starting point dia dari mana. Dari mani yg hina! Ayam tak patuk, itik tak sudu!

Tak da masa nak mengingati ALLAH.

Tak da masa nak ke rumah ALLAH, menadah telinga mendengar nasihat berguna.

Tak da ruang hartanya nak diinfaq di jalan ALLAH, kerana katanya, ini semua adalah atas usaha dan susah-payahnya. Apa hal pulak nak diberi dgn senang pd org lain.

Ada masa pulak untuk kerja-kerja maksiat. Ada cukup masa untuk melayani GRO. Ada cukup masa untuk `exercise' pinggang dalam dang-dutnya.

Ada masa untuk bersantai di Hawaii. Ada masa untuk ke Hollywood.

Breakfast- NY, Lunch- London, Dinner- Paris. Hebat!

Tak da masa untuk ziarah insan kamil- Muhammad saw.

Tak da masa untuk ke Makkah, Madinah- Haji dan Umrah. Bagi mereka, ini kwsn `padang pasir' yg membosankan!

ALLAH SWT memberi amaran:
`Binasalah hendaknya manusia (yg ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?
`(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan ALLAH?'
`Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dgn persediaan untuk bertanggungjawab'
'ABASA 17-19



2 comments:

Ainur68 said...

Begitulah manusia sering dilalaikan dengan urusan dunia ni sampai lupa asal-usul sendiri. Sampai lupa tujuan asal kenapa jin dan manusia dicipta.

Agak2 jin lupa tak asal usul dia?

Abu Faqihah 74 said...

Jin Shamsudin jer kot yang lupa...