Friday, March 12, 2010

Islam bukan 'escapism'

Assalamu'alaikum wrm.

Cuti sekolah tiba lagi.

Antara acara besar dalam musim cuti sekolah ialah Walimatul 'Urus - Kenduri Perkahwinan. Berpuluh-puluh kad jemputan diterima, sampai ada yg terlupa nak pergi. Punya banyak!

Malang pula bagi sebahagian mak bapak yg menjadi tuan rumah majlis itu. Inilah saatnya, mereka menjadikan Islam itu sebagai `escapism' bagi mereka.

Apa maknanya? Mudah cerita begini. Berpuluh tahun mereka tak pernah jejakkan kaki ke surau / masjid, malahan ada yg meluat dgn program-program di surau / masjid. Mengata kat orang! Malahan AJK surau / masjid pun mereka tak kenal.

Bila anak nak menikah, baru la kelam-kabut. Baru la jumpa Islam. Baru la nak terhegeh-hegeh cari no tel tuan imam yg tertera di papantanda surau / masjid, wal hal sebelumnya, tandas surau/masjid pun mereka tak tahu ada di bahagian mana.

Baru la nak terhegeh-hegeh ajak jamaah surau / masjid buat tahlil di rumah dia. Dia nak 'rasuah' jamaah surau / masjid dgn semangkuk kari ayam dan sepiring acar timun. Piiiiiiiiirah! Kedai nasik kandar pun berlambak-lambak ada menu tu. Order, makan dan bayar je.

Yang si ibu tu pula, baru la tercari-cari kain. Nak tutup kepala, bukan tutup aurat! Jambul tersembul keluar, mendada megah kehadapan.

Pasang khemah depan rumah jiran pun bukan mintak izin jiran. Pakai pacak aje besi dan khemah. Tak hormat jiran. Tak tau hak jiran. Mementingkan diri sendiri.

Kepada golongan-golongan seperti ini, kita nasihatkan kepada mereka supaya melihat Islam itu sebagai Nizam Al-Hayat (Peraturan Hidup), bukan sebagai jalan escapism untuk melunakkan org lain bahawa mereka juga berpegang dgn Islam.

Mereka mesti mendekatkan diri dgn rumah ALLAH dan program-program yg disusun, atau, nanti bila mereka mati, suruh aje la anak-anak mereka balut mereka dgn kain batik yg mereka dapat dalam tiap kali pilihanraya.

Satu lagi pesanan buat mereka - Iman kami tak boleh dibeli dgn semangkuk kuah kari!

Kepada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga, semoga diberkati dan diredhai ALLAH kehidupan sebagai suami-isteri.

6 comments:

Anonymous said...

Salam... Ustaz,Wajibkah menghadiri kenduri kahwin yg mana tuan rumah yg buat kenduri tu bersifat sepertimana yg digambarkan?.Di tempat saya pun ramai yg macam tu...nak kenduri baru nak kalot pi masjid. Ikut hati macam malas je nak pi kenduri rumah puak ni..Minta Ustaz tolong perjelaskan,InsyaAllah.

Faridah Ahmad said...

Salam ustaz,inilah dunia akhir zaman,semoga Allah bukakan pintu hati mereka supaya kembali kepada jalan ALLAH.

Ust Halim Nasir said...

Salam. Telah disebut di dalam Kitab Bimbingan Mukminin, ms 194, di bawah tajuk Adab Makan, telah berkata Imam Ghazali r.h.m.:
" Hendaklah ia menolak undangan, di mana makanan yg dihidangkan itu dari barang yg ada syubhat, ataupun jika dalam majlis undangan itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran, ATAUPUN ORANG YG MENGUNDANG ITU BERSIFAT ZALIM, ATAU FASIQ, ATAU SUKA BERMEGAH DAN MEMBESAR DIRI."
Wallahu a'lam.

PRO ISLAM said...

Salam, Ustaz.

Puak2 ni yang ramai dok tentang Islam kalau tak kena dengan naluri depa. Semoga ALLAH membuka hati depa yang berkarat tu insaf agar rajin2 pi masjid atau surau selepas kenduri di rumah depa.

mi-phg said...

Salam... bukan setakat itu malam malam anak anak dibiarkan merayau sampai ke pagi membuat dosa

awdawd said...

Permainan Sabung Ayam Online di Agen BOLAVITA , dengan minimal deposit hanya Rp 25.000 saja , dan minimal betting hanya Rp 10.000 saja sudah bisa mainkan permainan Sabung Ayam

http://agensabungayam.logdown.com/post/7857894-prediksi-pertandingan-sabung-ayam-menang-atau-kalah-menurut-bolavita

Produk Kami Judi Sabung Ayam Online S128, SV388 & KungfuChiken.

https://www.sateayam.vip/
https://m1.hj128.vip/
Daftar Sabung Ayam sv388
Daftar Sabung Ayam Online S128

Agen Sabung Ayam Online Bolavita Banyak Bonus dan Promo Mari Bergabung :

Promo Sabung Ayam Terbaru 8x Win Beruntun.
Bolavita Bisa Deposit Via OVO & GO-Pay.
Sabung Ayam Deposit Via Pulsa XL & TSEL 25rb.

Promo Promo BOLAVITA

Telegram : +62812-2222-995
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita