Tuesday, March 23, 2010

Fikir

Assalamu'alaikum wrm.

1. Anak-anak yg dalam perjalanan ke sekolah, berfikir di tengah perjalanannya ttg subjek yg paling meluat yg akan dihadapinya pd hari ini. Tak ketinggalan, memikirkan guru yg paling tak popular di hatinya, yg akan datang menjenguk klasnya hari ini.

2. Orang yg bekerja di pejabat, lesu menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yg bertimbun-timbun, kerja yg terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yg tak pernah padam.

3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yg akan di 'transit' ke nursery, tak ketinggalan ko-korikulum yg memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yg semakin ' bersopan' mutakhir ini. Pening!

4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yg difikir - Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yg terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yg bersedia untuk memutar otak-otak mereka. Quran? Lain tahun baca!

5. Ahli-ahli politik yg 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yg mengada-ngada, yg lebih kpd nak glamor dalam tv sahaja. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.

6. Tiada fikir yg baik, kecuali untuk memertabatkan Islam dan kehebatannya.

3 comments:

Faridah Ahmad said...

Salam ustaz,gelagat wakil rakyat paling mengecewakan..bila dapat jd YB,mula sibuk tukar kereta baru dgn plate number yg gah.rumah mcm istana,rakyat??terpaksa ikat perut krna kos sara hidup tinggi,ada yg masih tak da air paip wlpun dah lama merdeka,hidup dlm ketakutan krn kadar jenayah cukup menakutkan..sedih tgk nasib rakyat yang tak banyak brubah,kalaulah ada YB seperti khalifah Umar Bin Abd. Aziz...

mi-phg said...

Assalamualaikum
Inilah kerenah dan mehnah yang sedang dihadapi oleh orang yang sedang berehat dibawah pohon yang rendang dalam jangka waktunya sangat singkat sedang perjalanan yang dia akan lalui masiiiih terlalu jauh dan perjalanan ini jika dipandu oleh nafsu celakalah dia akan tetapi jika dipandu oleh takwa akan selamatlah dia .Sesungguh pohon yang rendang itu adalah dunia.

عبده العمراوى said...



شركة كشف تسربات المياه بالظهران
شركة كشف تسربات المياه بالخفجى